CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Sayang Kak Long

Hatiku berasa tidak senang. Ligat otakku memikirkan masalah yang bakal timbul. Hari ini hari isnin. Pagi ini kuliah sudah bermula. Namun aku tetap di hospital ini. Aku bersama ahli keluargaku tetap menjadi penunggu yang setia di luar bilik suram dan sunyi. Di hadapan pintu Unit Rawatan Rapi, aku melihat kelibat seorang pekerja hospital yang setia menjaga pintu bilik itu.

XXXXX
“Kak Long! Kak Long….”jerit hati kecilku.
“Bilalah kakakku akan sedarkan diri?” pertanyaan itu hanya tinggal pertanyaan.
Bilik itu dipandang dengan pandangan yang sarat dengan harapan yang tinggi menggunung. Suara-suara kakakku yang sedang membaca Surah Yassin jelas kedengaran. Mulutku tidak berhenti mendoakan keselamatan kakak sulungku. Sungguh aku tidak menyangka. Terlalu cepat semua ini berlaku. Aku sememangnya tidak rapat dengannya kerana perangainya yang suka menyendiri dan tidak suka berkongsi. Dia sering dipinggirkan oleh adik beradik yang lain. Sungguh aku amat menyesal.

XXXXX


Aku masih ingat ketika kakakku terlantar di wad pada hari sabtu lepas. Aku masih dapat mendengar suara kakakku seperti tersekat di kerongkongnya. Terasa amat payah apabila dia mahu mengeluarkan satu perkataan. Aku duduk di tepinya. Wajahnya yang pucat dipandang sayu. Aku tidak tegar melihat keadaannya yang lemah tidak berdaya. Aku hanya melayaninya seperti biasa. Masih belum dapat menerima hakikat bahawa kakakku sedang terlantar di katil. Mulutnya tidak berhenti menanyakan tentang adik-adiknya yang lain.


“I..pah, ni..ni ma..ana Ni..ni??” Tanya kakakku payah.
“Nini dengan Hafiz dalam perjalanan dari Baling, Kak Long.” Jawabku perlahan.
Begitulah seterusnya pertanyaannya acap kali diulangi sehingga penat aku menjawab. Keadaanya sangat lemah. Tubuh badannya langsung tidak dapat digerakkan kecuali lirikan mata dan anggukan yang lemah. Ibu bapaku menyuruh kami pulang ke rumah dahulu. Dalam hati aku mendoakan kakakku akan sembuh.


XXXXX


“Hello!” Sapaan ayahku kedengaran di corong telefon.
“Ye, ayah.kenapa telefon ni?” Tanya kakakku, Nini.
“Kak Long tenat sekarang! Bawa adik-adik datang segera ke hospital” kata ayah dengan nada yang cemas bercampur sedih. Kami bergegas ke Hospital Kajang. Dalam perjalanan kami tidak henti-henti mendoakan keselamatan Kak Long.


XXXXX


Sesampainya di sana, kelihatan katil kakaku ditutupi langsir dan kedengaran bantuan pernafasan diberikan. Aku dan yang lain terus memeluk ibu dan ayahku sambil menangis. Ibu menangis tidak henti-henti.
“Banyakkan doa untuk Kak Long. Bila-bila masa Kak Long akan pergi…” Kata ibuku lemah.
Aku seaakan tidak percaya dengan kata-kata ibuku. Kak Long akan meninggal? Kak Long tidak pernah sakit teruk sebelum ini. Mustahil sama sekali. Air mataku berlinang kembali. Saudara mara datang bagi mendoakan keselamatan Kak Long. Mereka turut membacakan Surah Yassin dan surah-surah lain.
Jantung kakakku telah berhenti berdegup selama 15 minit mengikut kata doktor.
“Kak Long sakit apa?” soalku di dalam hati.
“Kenapa badannya lebam-lebam, kaki dan tangannya bengkak??” pilu hati ini mengenangkan penderitaan Kak Long.


XXXXX


Sejam kemudian kami sekeluarga dipanggil untuk berjumpa dengan kakakku. Doktor menyuruh kami bersedia dengan segala kemungkinan. Ibu dan ayah tidak henti-henti membacakan surah-surah dan menyebut nama Tuhan yang satu di telinga kakakku. Ayah mengucapkan kalimah dua syahadat. Suasana sayu itu telah disaksikan oleh beberapa orang saudara mara termasuklah atuk dan nenekku. Masing-masing membacakan doa dan surah-surah untuk kakakku yang sedang nazak.


XXXXX


Alhamdulillah, kakakku ternyata masih dapat bertahan. Dia dapat meneruskan hidupnya hingga ke hari ini. Bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) menjadi tempat tinggal kakakku. Bertemankan jururawat-jururawat serta doctor-doktor pakar yang berwibawa. Kakakku masih dirawat. Sehingga kini masih belum mengetahui sakit sebenar yang dihidapinya melainkan kegagalan buah pinggang kakakku berfungsi.


Aku amat terkilan kerana terpaksa meninggalkan kakakku yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik itu. Kini aku di kampusku. Di dalam kelas bahasa Melayu inilah aku mencoretkan peristiwa sedih yang menimpa kami sekeluarga. Sudah lama kakakku terlantar. Segala jenis ikhtiar telah dilakukan bagi mengubati penyakit kakakku. Namun semua hampa belaka. Aku Cuma berharap agar kakakku dapat pulang ke rumah dengan senyuman dan menyambut ramadhan bersama kami.

P/s kalo rase tak best..mintak maaf la..ni kisah benar..bkn nak harap simpati cuma ingin berkongsi pengalaman. Harap menghayatinya. (Karya ini dikarang semasa Kuliah BM  2008)

5 comments:

Sunah Sakura said...

kegagalan buah pinggang ye...

Bila Ku Kata Cinta... said...

miz iffah..luv ur writing...hmm..nilai kekeluargaan+feelin+emosi... semua ini kisah benar kah?

aimie amalina said...

hayoooo..
cite kisah sape ni kak ngah?

Suhaili Sarif said...

kak long ipah ke?

ijA said...

kakak sendiri ke? iffah

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers