CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman

Assalamualaikum pembuka bicara~~~


Dengan ini saya menyelitkan sedikit resepi yang telah dicuba sendiri.  Bukan apa, hobi ini memang lama dah tersemat dalam diri.  Dulu belajar kat sekolah teknik pun tentang makanan.  Segalanya buat saya gembira.  Hasil setiap masakan sangat membanggakan.  


Saya sangat gembira kalau dapat memasak.  Tak kiralah sedap atau tak yang penting saya telah mencubanya.  tapi ada dua benda yang saya tak pandai buat iaitu tebar roti canai dan kelim karipap.  Kadang-kadang malu juga tengok orang lelaki pandai mengelim.  Hebat betul.


Saya gembira kalau masakan saya menjadi dan orang yang makan masakan saya kenyang.  Secara tak langsung saya  kenyang juga.  Kadang-kadang tak makan langsung.  Mungkin kenyang dengan makanan sendiri.


RESEPI 1:



Bahan-Bahannya :-)

1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
(Kalau tak ada letak serbuk penaik sahaja boleh dah tapi jangan banyak sangat, kang naik melampau)
1/2 camca teh garam halus*
(***disatukan, gaul dan diayak)

1 3/4 cawan gula halus(Lebih pun ok.  Sebab tawar)
3 biji telur gred A
(GRED A paling besar saiznya, kalau kecil tambahlah sebiji lagi)
1 cawan minyak jagung/sayur(kalau tak ada juga minyak masak pun boleh)
1 camca teh esen vanilla

200 ml susu cair#
1 cawan air panas#
1 camca teh nescafe#
(###disatukan dan kacau hingga sebati)

Cara membuatnya :-)
  1. Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar. Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati.
  2. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata.(Memang cair adunannya.  Jangan panik oke)
  3. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  4. Kukus atas air mendidih selama 1 jam.(Api perlahan)
  5. Tutup penutup dengan kain towel supaya air dari wap tak kena kek.  kalau tak nak tak apa.
  6. Sejukkan kek sebelum dihidangkan(Ini penting, nanti hancur pula kek itu)
  7. Boleh tabur GULA ICING kat atas ala2 snow.
  8. Dah siap.  MASAK 1JAM SETENGAH DAH BOLEH MAKAN.  MUDAH KAN? TADA~~~~~~~~~~~~~~


resepi asal:http://tiffinbiru.blogspot.com


Post by,
Miss Ran 

4 comments:

jude razali said...

owh..rumit sunggoh!!!!
sile pos ke kediaman tan sri razali...hahahaha

Unknown said...

hoho alasan..
dao razali br kol i suh ajar u masak..
i ngat i nak aja u ikut blog je

Anonymous said...

[url=http://DISECTINGMYTHEORY.com/?p=148]free games online[/url]

Unknown said...

anon?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers