CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Ke mana hilangnya Beto?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan ramai yang tanya dalam entry sebelum ini tentang kehilangan Beto. Aku cuba sampaikan melalui kistot. Baca dan jangan tanya lagi kerana aku sendiri tiada jawapan khusus untuk soalan itu. Harap semua berpuas hati dengan kesudahan persoalan tentang Beto.

"Wawa, kau sebenarnya nak apa dari aku?" Jaja menyingkap isi hatinya secara telus. Dia tahu niat Wawa dan Lala mendekatinya cuma hanya kerana Beto. Bukan ikhlas untuk bersahabat dengannya.
"Aku nak kawan dengan kaulah. Kita macam sekepala. Sama-sama senget," Wawa ketawa. Tapi tidak Jaja.
"Wa, aku tau kau mahu tahu pasal Beto kan? Kan aku sudah cakap yang Beto bukan boyfriend aku..." Wawa terdiam. Lama.
"Aku tak tahu kenapa semua orang cari aku pasal Beto. Handsome sangat ke dia tu? Aku naik rimas..." Luah Jaja lagi.
"Apa kau fikir aku macam orang lain ke? Ada aku tanya pasal Beto lagi dengan kau? Tak ada kan? Aku memang ikhlas nak berkawan dengan kau. Memang mula-mula sebab Beto tapi kau jugak cakap yang kau lama tak contact dia. Jadi aku malas tanya lagi. Biarlah Beto dengan keputusan dia..." Wawa tersentap. Keikhlasannya diragui. Giliran Jaja pula terdiam.
"Kau jangan marah Wa... sejak aku kenal Beto, girls sms, inbox aku tanya pasal Beto. Aku naik rimas... ini kau pulak... Beto dengan aku cuma kawan. Aku tak kenal sangat dengan dia..." Wawa diam. Dia tak salahkan Jaja kerana dia juga mengalami situasi sama. Semua bertanya tentang Beto tapi dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Beto tiba-tiba menghilangkan diri.
"Jaja, biarlah Beto dengan keputusannya. Aku pun malas fikir mana hilangnya dia. Mungkin kembali ke pangkuan keluarganya. Dia di sini untuk urusan kerja kan? Lagipun memang dia pernah cakap dia akan pergi satu hari nanti kan?" Jaja mengangguk lesu. Dia tahu hakikat itu.

Memang sejak dulu Beto pernah kata semua ini hanya sementara. Dia akan pergi menghilangkan diri saat waktunya tiba. Yang pasti Jaja, Wawa dan Lala telah merelakan pemergian Beto. Walaupun berat hati, mereka anggap Beto satu kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan. Doa sentiasa diiring supaya sahabat mereka bahagia selamanya.

Tamat~~~

8 comments:

Unknown said...

Aku teka si Lala merelakan dalam paksa... mohon Lala tabah.. sbb dia bukan seorang yg kuat mcm Jaja ok bai

Admin said...

Setiap pertemuan ada perpisahan, yang beda cuma jalannya(◕‿◕)

Kira Sakura said...

Oo begitu. tiap persoalan mesti punya jawapan dan setiap situasi mesti punya sebab. tapi bezanya cume kita tau atau tak je kan

Unknown said...

tak suka perpisahan.andai tau akan berlaku perpisahan tak rela berlaku pertemuan.

hana hadi said...

by2 beto. mungkin suatu hari kita bertemu semula :)

Ooh Deo said...

Hi cik iffah..^__^ iffah jgn ganggu si beto tu..biarkan dia pergi..hehe

reenapple said...

setiap pertemuan ada perpisahan. =)

Nur Zulaikha said...

name die perghh..beto..hehehe
akk ni bnyk je idea..kte ni ha tgah kering

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers