CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Pergi saja....

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Pergi!!!” Dentuman pintu kuat kedengaran. Di dalamnya ada suara perempuan sedang menangis kelukaan. Sakitnya bila ditinggalkan. Sakitnya bila dikhianati insan tersayang. Dan lebih sakit bila kebenaran terungkai setelah dia sah menjadi isteri kepada suami yang dia benci kini. Maira menangis kesedihan. Teresak-esak di balik pintu kamar utama. Bagaikan tiada penghujung tangisan itu. Sungguh beban yang tergalas di hati kecilnya sangat menyesakkan dada. Sesekali dia menarik nafas kasar. Tangisan tetap setia menemani si isteri.
Xxxxxx
“Maira…” Suara lembut menyapa gegendang telinganya. Yang pasti bukan suara si suami pendusta. Bukan suara serak lelaki itu. Matanya yang bengkak dibuka. Perlahan kelopak dinaikkan. Silau menebus pancainderanya.
“Maira… bangun nak,” Mak Lah menghulurkan tangan yang kudrat tak seberapa untuk membangunkan semula Maira dari pembaringan di lantai marmar yang sejuk tanpa alas.
“Mak Lah, jangan risau. Saya bangun sendiri… lagipun Mak Lah bukan kuat sangat… saya ni gemuk tau…” Perlahan Mak Lah berundur memberikan laluan kepada Maira. Puan muda dalam rumah besar ini. Dia sudah lama menantikan orang baru yang menyerikan rumah ini. Sejak kematian Datin Suhana, rumah ini menjadi sunyi. Redzwan sibuk dengan kerja. Datuk Reza sibuk dengan outstation. Tak pernah lekat di rumah. Katanya rumah lagi mengingatkan dia kepada arwah isteri. Pernah juga Redzwan bersuara untuk mengantikan tempat papanya keluar negara, tapi tidak dibenarkan sama sekali.
“Maira apa pulak cakap macam tu. Ni tuan muda panggil sarapan. Beria dia suruh Mak Lah… dengan isteri pun nak malu. Tahulah baru kahwin…” Mak Lah gelak sendiri. Maira hanya mampu diam.
‘Mak Lah, tak tahu apa-apa…’ Bisik hatinya.
“Mak Lah turunlah dulu. Nanti saya turun. Cakap kat abang, jangan tunggu. Nanti lewat pergi kerja…” Maira melemparkan senyuman dan berlalu ke tandas. Lama dia duduk dalam bilik kecil itu. Dingin pagi masih terasa. Tiada air mata lagi yang ingin dikeluarkan pagi ini. Beribu sesalan bermain di mindanya.
Xxxxxx
Ketukan pintu dari luar mengejutkan Maira Aqila dari lamunan panjangnya. Dia panik tiba-tiba.
“Ya…” Perlahan saja suaranya.
“Maira, jom bincang!” Tegas sahaja getar suara Redzwan. Maira termangu. Untuk apa mereka berbincang. Sekali lagi air matanya begitu murah untuk mengalir terus.
“Maira… please. Bagi abang tengok muka isteri abang. Dari semalam Maira berkurung…” Lembut saja kata-katanya. Maira tak juga berganjak. Dia tak mahu termakan kata-kata manis si suami. Walaupun mereka cuma berkenalan selama enam bulan. Lelaki itu terus memutuskan ingin mengikat perhubungan secara halal. Maira gembira sekali. Redzwan sweet orangnya. Walaupun rupa tidaklah setampan Aaron Aziz tapi sikapnya yang lembut dan pandai berkata-kata membuatkan Maira Aqila jatuh cinta.
“Sayang… sorry… apa yang sayang dengar semalam bukan 100% betul… abang… abang…” Maira merengus dari dalam.
“Awak tak payah nak sedapkan hati saya dengan cerita rekaan awak tu. Cukuplah saya dah termakan kata-kata manis awak selama ni. Saya ingat awak ikhlas terima apa adanya saya… saya ingat…awak betul sayangkan saya macam arwah mak ayah sayangkan saya…tapi…” Tangisan hiba jelas kedengaran. Sekali lagi Redzwan terduduk. Dia tak mampu melawan kata-kata isterinya. Ada betulnya.
Masa perkenalan memang dia hanya mahu menyakat Maira Aqila. Perempuan chubby yang bekerja yang sama bangunan dengan syarikat papanya. Tapi dia tak bermaksud untuk bermain-main soal nikah kahwin. Dia tahu perhubungan itu pada mulanya hanyalah drama. Dia ingin buktikan kepada Hakim dan Aizat yang dia sememangnya mampu mengorat sesiapa sahaja dengan kelebihannya. Bukan pada rupa tapi pada kata-kata manis yang sememangnya buat mana-mana perempuan bisa cair.
“Maira, abang nak pergi kerja dulu. Maira boleh pergi mana-mana buat masa ni. Abang izinkan… tenangkan diri… nanti bila Maira dah okey, datanglah semula ke sisi abang. Tempat isteri semestinya di sisi suaminya… Assalamualaikum…” Derapan langkah terakhir suaminya jelas kedengaran. Namun, Maira masih berdegil dalam bilik air itu. Dia masih dipenuhi dengan kuasa amarah.
Xxxxxx
Seminggu telah berlalu. Suasana di kampong memang terasa lainnya. Lagu judika sedang bermain di corong radio.
Berulang kali kau menyakiti…
Berulang kali kau khianati…
Sakit ini… cuba fahami…
Ku punya hati bukan untuk di sakiti…
Air mata sekali lagi menitis. Maira Aqila terasa rindu sekali dengan suaminya. Walau benci macam manapun dia dengan penipuan lelaki itu, tetap rindu terbit di hati. Kasihnya masih utuh. Cintanya masih hangat membara. Namun antara benci dan rindu dia masih dilema.
“Buat apa menangis sorang? Kan baik ada orang sudi hadiahkan bahunya…” Belum sempat Redzwan menghabiskan kata-kata Maira meluru masuk ke rumah semula. Dia belum sedia menerima lelaki itu semula. Setelah segala tipu daya terbongkar lebih seminggu lepas. Masih segar kata lelaki itu di ingatannya.
“Hai Maira… makin comel pulak lepas kahwin aku tengok kau…” Tawa lelaki itu sungguh sinis. Maira hanya melemparkan senyuman.
“Hakim, saya banyak kerja…” Segera dia meminta diri. Malas mahu melayan kawan suaminya Redzwan. Dia sememangnya tidak berkenan sejak mula dikenalkan. Namun, tak pernah dia menunjukkan rasa itu di depan Redzwan bimbang suaminya kecil hati. Hati suami perlu dijaga. Itu yang dia pegang. Walaupun cuma beberapa hari dia bergelar isteri seorang lelaki namun dia perlu berusaha menjadi isteri yang baik. Itu prinsipnya.
“Please Maira… dengar dulu apa abang nak cakap…” Maira duduk berteleku. Hati kata mahu tapi minda kata jangan. Sudahnya dia setia di balik pintu sahaja. Kalau arwah emaknya ada, pasti telinganya ditarik. Lawan cakap suami!
“Maira Aqila… abang mengaku abang memang salah. Hakim dengan Aizat cabar abang untuk mengorat Maira. Satu hari tu dia mengadu kat abang yang Maira sombong sangat. Padahal diorang cuma nak berborak. Tapi Maira selalu mengelak. Jadi diorang sangka yang Maira ni jenis sombong. Abang bermatian cakap Maira tak sombong. Sebab kita pernah berbual dan Maira mesra sangat masa tu…” Maira masih diam.
“Abang punya kereta tak ada bateri. Abang terpaksa naik bas dengan Maira. Lepas tu kan abang tak bawak duit kecil. Kelam kabut abang nak turun balik dari bas. Mujur ada Maira Aqila, tolong bayarkan. Sampai sekarang tiket bas tu abang simpan kalau Maira nak tahu… abang tak pernah cerita sebab abang malu…” Maira tersentak.
‘Maknanya dia memang sayangkan aku sejak mula?’ Hatinya berbisik.
“Ya, dari situ abang dah sedar kewujudan Maira Aqila… lepas tu Aizat dengan Hakim cabar abang. Mungkin diorang tak percaya yang Maira bukanlah jenis yang sombong. Abang pun sahut cabaran diorang. Tapi bukan sebab nak buktikan apa-apa… Cuma abang nak beranikan diri mendekati Maira… lama kelamaan hati abang jatuh sayang dengan Maira. Rindu tu sentiasa ada… sekarangpun masih ada…” Air matanya jatuh. Maira ingin sekali mendakap tubuh suaminya sekarang. Tapi kakinya tak mampu bergerak. Kaku di situ.
“Maira, demi Allah abang sayangkan Maira sepenuh hati. Tiada pelangi seindah dan secantik isteri abang. Pelangi yang mewarnai kehidupan abang yang makin kelam dihujani tiap masa. Sejak mama pergi, abang seperti anak yatim piatu. Walaupun sudah dua tahun pemergian mama, kekosongan itu sangat terasa hinggalah abang jumpa Maira…” Maira menghentakkan kepala di daun pintu. Tergopoh-gopoh Redzwan mendapatkan Maira di dalam.
“Maira… kenapa ni sayang…” Cemas sungguh wajahnya.
“Abang… ka…ki… sakit…” Muka isterinya berkerut menahan sakit.
“Kenapa kaki?” Laju je dia memegang kaki Maira. Maira mengaduh sakit lagi.
“Kenapa? Rasa macam mana? Abang panggil ambulans ye?” Hatinya tak keruan. Tiba-tiba Maira Aqila ketawa. Kuat!
“Abang ni… Maira sesemut je. Siap nak panggil ambulans…” Redzwan terduduk. Dia mula kembali tenang. Dan akhirnya dia juga ketawa.
“Kenapa lambat sangat datang? Penat tunggu!” Adu si isteri manja.
“Abang bagi masa kat sayang je. Lagipun abang sengaja nak bagi Maira rindu,” Maira menjeling suaminya geram.
“Eh tak baik tau jeling suami macam tu…” Maira ditarik ke dalam pelukannya. Rindunya sungguh tak tertahan. Seminggu dia kembali bujang. Seminggu dia terasa kehilangan. Namun, dia tahu dia perlu beri masa kepada isterinya. Dia juga tahu sakitnya dikhianati, dikecewakan. Sudah banyak kali dia rasa itu. Semuanya sebelum mengenal insan bernama Maira Aqila.
“Abang…”
“Ya…”
“Thanks… thanks for everything…” Air mata Maira bertakung lagi.
“Hai, kenapa makin cengeng isteri abang ni? Ada isi dah ke?” Tawanya meletus. Wajah Maira merah.
“Abang ni kan… mana adalah…” Dicubit lengan si suami manja. Terus air matanya kering sendiri. Dia tahu kenapa Allah takdirkan dia dengan Redzwan. Dan semua ini bersebab. Dia bersyukur sekali kerana jodohnya begitu serasi dengannya. Selalu ada saat dia sedih dan sweet yang pastinya. Lelaki idaman hatinya.
“Sayang abang!” Luahnya kemudian muka dibenamkan ke dada suaminya. Malu!
“Sayang sayang juga…” Senyuman sepasang suami isteri meleret. Tiada derita yang berpanjangan. Tiada kecewa yang tiada kesudahan. Dan tiada hujan yang berkekalan. Pergi saja segala kedukaan yang singgah di hati. Biarlah semuanya terkubur di situ. Semua pasti akan berakhir dengan kebahagiaan cuma corak kisahnya berbeza.

^_^ Dini, thanks kau buat aku rasa nak menulis lagi =)

5 comments:

Azwar Syuhada said...

Kak Iffah penulis novel ke?? Cerpen ni menariklah.. :)

aamalinaazman said...

ohhhh
kembaliilaaa
cucu
kembalilaahhh menaip bai-bait
coretan
nukilan
buah fikiran
mu


P.s: ade ase nak menulis x, cm ni?hahahaha ;p

Nong Andy said...

ya... dah lama betul ko tak menulis Fah...

aku ingat ko dah merajuk tak nak tulis cerpen lagi heeeeee...

Tia Fatihah said...

sweet. itulah kehebatan ikatan antara suami isteri. kekasih? heheh. mana boleh ada adegan peluk untuk memujuk. haha. nice story :D

Leeza dayasari [santai leeza] said...

lama tak singgah sini. bermaksud saya dh byk ketinggalan cerita.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers