CORETAN TERBARU NADH

Hidup kena berani macam bawak kereta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sejak jadi drebar tak bergaji ni, aku selalu perhatikan gelagat pemandu. Ya, kebanyakannya buat undang-undang sendiri. Ada juga yang takut-takut. Bagi aku bila nak bawak kereta, perkara utama yang perlu ada ialah keberanian.

Kalau nak masuk simpang berapa tahun kena tunggu sebab takut. Pemandu kereta lain memang takkan baik hati sangat nak kasi lalu, pandai-pandai kena pecut. =_=' Lepas tu kalau nak tukar lane, agak berjam nak tukar. Akhirnya, kau kena buat UTURN sebab dah terlepas simpang. Ya, sangat membazir masa, tenaga dan juga minyak. Minyak dahlah mahal *sigh*

Macam tu jugak kehidupan, kita adakala kena buat keputusan yang sememangnya berisiko. Kalau kita teragak-agak, sampai bila-bila pun tak ada perubahan dalam hidup kita. Masih di takuk lama. Contoh senang, kau suka perempuan tu. Kau nak buat bini tapi kau berat mulut nak cakap. Takut kena tolak. Padahal belum cakap lagi, dah macam-macam tanggapan negatif. Bila perempuan tu jumpa calon lain, barulah kau nak menyesal bagai. Sia-sia okey?

Jadi, aku nak tekankan di sini ialah jangan takut. Cuba berani mengambil risiko. Tak kiralah impaknya negatif ke positif, sekurangnya kita dah berani mencuba. Untuk usaha itu, tahniah. Ada masa perlu jadi berani. Tapi itulah, semuanya bergantung pada situasi juga. Ada ayat motivasi untuk semua. Ingat, berani kerana benar takut kerana salah. =)

23 comments:

Seneorita Baharin said...

wow banyak contoh yg diberi akak, terbaekk, baek lepas ni kena lebih berani, jangan berani kat belakang je kat depan penakot bukan maen kan...hee :) rindu kat akak ipah!hee

hana hadi said...

berani!!! cayok2 :)

Hana berani kalau benda tu melibatkan diri sendiri. Kalau melibatkan orang lain hana xberani.nak fikirkan perasaan orang lagi. daripada fikirkan perasan orang lain baik fikirkan diri sendiri

Eza Boom Boom :) said...

betul2, jangan tewas sebelum mencuba. :)

Alyn Roslan said...

ya betul tu, kena berani bawak kereta ni, alyn pun baru dpat lesen so memang kena BERANIKAN diri,,ye dak..hehe

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

tak suka memandu, terutamanya kereta manual

diana said...

betul la..kadang2 sikap tak berani kita tu akan menyusahkan orang lain..

laskar pelangi said...

Betul tu.Kena berani amek risiko. Nanti menyesal plak kan kalau tak amik risiko:)

kiera'sakura said...

ye setuju sangat, kalau gagal selepas mencuba sekurangnya gagal kita bermaruah :)

Yana Sakura said...

semangat naik..wink2..hee..maceh akak :)

Mas Zull said...

assalamualaikum iffah...betul2 tu sokong sangat...:)

Nong Andy said...

jadi aku harap org yg berkenan dgn betofah tu beranilah luahkan perasaan dgn cik pelangi.. lepas tu jgn lupa beranikan diri hantar pinangan.. eh..?

Anonymous said...

aku takut kalau ko memandu pelahan..nati ko ngatuk..
ehhh !!

cikjetoll

shahani honey said...

btul...btul...btul...mmg kena berani wat kptsn n amik risiko...klu x smpai bila2 kita tetap d tahap yg sama....

\(^_^)/

Yan Ty said...

Superb agree w u dear. tambah2 tajuk entri. kdg2 ty rs knp de org yg takut sgt ke atau pemalas nk amik risiko?

Aien Alien said...

berani bertempat la kan...jangan takut2 nanti rugi. senang cerita... :D

Diari Si Froggie said...

dari contoh bawak kereta kepada contoh calon bini.. peh! memang jelas lagi tepat.. haha. Betul2 dalam hidup nie nak maju kena sentiasa ambil risiko.. kalau tak tunggu jela kat tempat lapuk ^^

Dik bee said...

betul jgn teragak2 bila memandu tp keselamatan pun harusss dijaga..

pasal nak ngorat tu pandai2 la... asalkan jgn menyesal kemudian hari sudeh

NIA SI DRUMSTICK said...

bawak kereta pon nia still takot2 lg ni..macam mane ni.ahaha

deno said...

betu jugak kata ifa tu... btw, dneo belum pun ada lesen.. hehehe

Encik H said...

aku xnak la kata 'tak pernah', sebab nampak macam kompiden sgt..tapi honestly, aku jarang bebenor buat keputusan teragak2..

kalau aku rasa x yakin, aku takkan buat..kalau aku rasa teragak2, aku takkan pegi..biar la org kata aku x berani pun. aku x kisah..

pada aku, hidup bukan semestinya kena berani..tapi hidup kena yakin..berani takkan bawak aku ke mana2 kalau keyakinan tu takde..:D

kopi pasta said...

biar lamabat asalkan selamat

ingatlah orang tersayang

sekian. iklan tv3

kay_are said...

memang macam2 gelagat pemandu ni.. ade yang ok ade yang tak..so nasib r jenis macam mane yang kite jumpe.. hmm

azstory said...

Kena ada self-confident.. kalau tak, mmg jadi tak jadi jela jawabnya.. same goes to implement dlm kehidupan..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers