CORETAN TERBARU NADH

Segmen:Apa kata kamu tentang cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik untuk join
Sebenarnya puisi ni memang dah buat lama. Simpan sebab rasa best. Dan kebetulan ada segmen pasal cinta. Untuk pengetahuan aku memang jiwang. Semua berkisar tentang cinta. Sangat suka tengok segala tentang cinta! Sila review blog ini okeh!

cinta sangat indah
jika kau tak mengerti
usahlah kau cuba redah
cinta tersemat dalam hati

kau usahkan bertanya lagi
kerna aku tak ada kata
yang mampu aku ungkai
cinta hadir tak kira masa

bukan untuk dipersenda
bukan untuk dikhianati
cinta untuk kita rasa
lantas simpan dalam hati

cinta bukan madah pujangga
cinta bukan helah dunia
cinta dari lubuk rasa
menyemai indah ketika derita

cinta bukan puisi kosong
cinta bukan laungan semata
cinta hadir tak langsung
cinta kuasa luar biasa

cinta itu milik kita
cinta bukan pasangan saja
cinta bukan untuk jaja
cinta hadir dalam jiwa

ketika cinta sayu menyeru
angin malam sangat menderu
ketika itu hati terpilu
menanti sapaan sang bayu

bukan omongan kosong belaka
cinta indah untuk dirasa
bukan hanya dijeling mata
cinta hadir tanpa diduga

usah kau tangis akan cinta
kerna ada yang akan tiba
mengganti kasih yang hiba
semoga dirimu terimanya

cinta boleh berganti
kasih boleh dicari
impian boleh dilakari
doa sebagai pengiring diri

kau jangan terus tewas
kau jangan jadi bangga
yang elok kau tebas
kelak kau jadi mangsa

Pesanan ini bukan rekaan
rasa ini bukan mainan
entry ini bukan tiruan
buat yang dalam percintaan

tagged:ady dan sunah hehe
 Post by,
Miss Ran 

15 comments:

al_hakim said...

kreatif dan nice..mmg jiwang..hehe

Unknown said...

erk mekasih..lame da wat..pnh gune puisi ni 2 contest tp tk berjaye jugak..nmpk sgt tk best

Sunah Sakura said...

erk! kenapakah saya ditag? lalala~

Unknown said...

suke hahaha

cacing said...

wahlaweh!! cacing baca pai terawang-awang tu.. heee..... ni buat sendiri ke??? cayalah!!

deeya said...

penuh betol bunga-bunga cinta dalam taman hati miss ran nie la .. hahakz !

Unknown said...

@cacing terawang hati2..takot langgr burung...hehe buat sendiri la

@deeya hehe jiwang itu sy deeya..hak3

Syah Sheera said...

miss ran..
best la ayt nye...
syahdu sngguh..

Unknown said...

Tp sayng ade gak yang tak caya ni hasil nukilan sy..sedih kan?

Cik Pulau said...

waahh.. terbaek la.. terkedu cik pulau..
terus tak berani nak join ni.. hadoii.. ^^,

Unknown said...

hehe ade plak..biase je..cube la join..

Puan Nurussalwa said...

"cinta dari lubuk rasa
menyemai indah ketika derita"

a very nice one~

:)

Unknown said...

@nurussalwa

erm hayatinya=) dan hargailah cinta

me suya said...

Suya pun review segmen ni tru puisi.. kita ni orang seni kah miss ran?
heeeeeee dalam hati ada taman

Unknown said...

erk layakke sy dgelar org seni??

dalam hati ada taman

dalam tangan ada jambangan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers