ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni bukan aku nak mengajar korang ABC. Sempena Ramadhan kali ni sebagai blogger. Pertama kali ni. Jadi semua teruja manjang. Haha apa itu ABC? Ramai dah tahukan. Khususnya yang perempuan. ABC maknanya Allah bagi cuti.
Bagi cuti apa pulak? Bagi rehat dari Solat, berpuasa. Adalah pantang larang lagi. Ingat senang ke jadi perempuan ni? Aku selalu dengar orang kata. Untunglah perempuan. Ada masa rehat. Tak payah beribadah. Jawapan aku tidak untung sama sekali.
Jadi perempuan ni tak seistimewa yang digambarkan oleh kaum Adam. Dah tu rehat bukan boleh goyang kaki je. Mereka ada simptom yang berbeza. Sakit selalu korang dengar masa datang bulan. Ya, masa inilah perempuan asyik moody je. Sebab mood tengah swing. Sakit yang ditanggung takkan dapat lelaki bayangkan.
Ada yang sampai cramp (yeke aku eja ni) kaki, ada yang tak boleh sejuk, ada yang senggugut sampai kena telan panadol, ada yang sakit pinggang sampai tak selesa nak bersandar, ada yang tak selesa sepanjang hari, ada yang akan baring 24 jam sebab letih. Susah sebenarnya waktu rehat ni.
Tapi ramai lagi yang jeles dengan kaum Hawa lebih-lebih lagi masa Ramadhan. Pantang tengok kakak dia makan sembunyi kat dapur. Heboh satu rumah kakak tak puasa. Yang perempuan mestilah malu. Tapi dah memang tak boleh puasa kan? Nak buat macam mana. Bukan sengaja.
Itupun makan sorok-sorok. Makan pun lebih sahur pagi tadi. Kalau yang ada kat tempat kerja nak makan kat mana? Dalam tandas? Takkanlah. Untung ke tak puasa di bulan Ramadhan ni? Tak ye kawan-kawan. Serius makan pun sikit je. Sama lapar dengan orang puasa.
Lepas tu kena ganti pulak. Korang lepas raya dah malas nak puasa kan? Puasa sunat jarang je buat. Tapi perempuan wajib ganti. Nak tak nak kena berlapar. Time tu korang sibuk makan depan dia. Sentap okey. Jadi korang jangan jeles dengan orang perempuan masa ABC ni.
Apapun setiap mahluk yang diciptakan Allah memang ada kelebihan dan kekurangan. Jangan cemburu lagi. Okey? Entry autopublish. BUSY!
9 comments:
ye2...bkn lelaki tw...sokong 100%..
bizi kewww~~~ ;p
heee.bizi die ye..
seligak sampai 140 ha..hehe
ayooo..
suke entri ni 250%!
susah taw..bukan senng jadi ABc =)
ceyt susah ke weyh
hehe, selalu puasa ni :P
betul2..nak makan pun kena sembunyi..
bizi wat pe nye cik iffah oiii =p
wah gitew..mmg sakit pinggang
and memang xbest sbb xleh makan pung...pas2 adik2 semua kepoci.haha
betul2, setuju..
sangatlah susah jadi kaum hawa ni..
Post a Comment