CORETAN TERBARU NADH

Mangsa fesyen di hari bahagia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahu kenapa. Orang sangat mementingkan hari bahagia mereka. Hingga lupa apa itu dosa pahala. Apa itu wajib dan sunat serta harus dan makruh? Apa itu adat dan agama? Semua nak sempurna hari bahagianya. Semua nak kelihatan cantik dan kacak. Tapi perlu ke jadi mangsa fesyen? 

Apabila hati berpaksikan fesyen semata-mata. Semua jadi tak kena. Badan macam balut nangka pun tak kisah. Susuk tubuh yang tak berapa nak lawa pun ditayangkan. Kadang yang dalam pun nampak sekali. Sebab nak melawa punya pasal. Masalahnya cantik ke? Cantik ke baju yang seksa itu di mata Allah?

Fikirkan sama ada bahagia sekejap cuma atau bahagia selamanya. Jangan jadi mangsa fesyen. Bukan saja buruk di mata manusia, malah buruk di mata Allah. Itu yang lebih utama sebenarnya. Kahwin satu ibadah. Bukan kahwin untuk suka-suka dan melaram bagai raja. Serius aku tak berkenan dengan pakaian yang mendatangkan dosa berlipat ganda kepada pemerhatinya!
Nota Iffah: Ikan Kaloi, pm address cepat. Kang tak dapat pos hari ni pulak.

20 comments:

.........cP~ said...

Salam.

Kadang tu pengantin jadi mangsa keteringinan saudara mara dengan ahli keluarga. Pernah hadapi pengantin yang menangis bila pakai baju pengantin sebab tak suka. Tiba2 je baju tu altered jadi ikut badan. Tapi, terpaksa jugak pakai. Sedih kot tengok.

Boni JLL3 said...

tu la..zaman dah pun berubah.. tu yang jadi masalahnya bila semua orang berebut nak ikuti peredaran zaman

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

biasanya mak dan adik beradik gak yg paksa suh pki itu ini..sian gak pengantin ni

Sunah Sakura said...

erm..risau juga dengan majlis sendiri...

syiela said...

kdg2 mengikut kehendak ahli keluarga terdekat

kiera'sakura said...

sbb tue smpi skang bju kawen akak x dpt lagi.. huhu.. pokok pangkalnya diri sndiri.. nak macam mana diri kena tegas..

Alieza Dayasari said...

pilih lah yang terbaik buat semua....

Asrul "iLham" Sany said...

itu terpulang pada individu... sy pun tak brani nak komen lebih2...

CikUna said...

waaaaa.... tak pernah kawin tak tahu.. tak tahu.. lari !!!

iRa said...

Raja dan ratu sehari la katakan. Semuanya nak berfesyen :)

Cik Asma BLuppy said...

masing2 da besar panjang boleh pikir baik & buruk..

harap2 tak macam tu.;)

Nong Andy said...

fesyen dan kecantikan itu godaan. ah.. aku pon selalu tergoda.. a. aku manusia yang lemah (alasan tu!)

Tapi memang baguslah n3 ni berpesan-pesan. biar tersedar yang membacanya. (Macam akulah tu)

Bila org lain nampak cantik, kita sibuk juga nak nampak cantik.. lumrah manusia.. Harap2 aku selalu beringat, cantik di mata manusia tak banyak faedahnya, yang paling penting cantik di mata DIA.

ah.. terima kasih sekali lagi Iffah

*ah.. thanks juga Komen kat blog tu, terharu aku :D

reenapple said...

uhuuuuu.. aku pun tak suka.. hehehe. Itulah.. tapi perempuan dgn cantik, tak boleh dpisahkan... mereka mahu jadi cantik... harap3 aku tak jadi cenggitu... tolong ingatkan aku ya.. =D

missSenget said...

aku pn risau dengan mjlis sndiri nanti..

harap2 aku kuat lah masa tu..

efa nur said...

setuju sgt...zaman skrg nie mcm dh xkisah itu semua.. janji nk nampak cantik..nk semua org puji..huhu

risau jugak mcm mane laa kalau efa kawin nti...owwhh...

msredcheesecake said...

entahlah... trend yg sgt sukar nak diubah... dah berakarumbi... msred pun takde idea nak galakkan kawen pentingkan jaga halal haram...msred dulu pun silap...

Halimatun Sa'adiah said...

jgn jd mangsa fenyen..tak sume sesuai dgn garis panduan agama kite...

maszull said...

assalamualaikum iffah... betul tu janganlah kita jadi mangsa keadaan...:)

Cik Pulau said...

harap2 baju masa kawen ai nanti takde la jadi mangsa fesyen... mudah-mudahan.

Rapunzeel Cikilolo said...

wow. fashion hari bahagia. rasa nak pakai baju kurung je. haha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers