CORETAN TERBARU NADH

Trend orang sekarang

Baru aku perasan. Tadi aku pergi akikah anak sepupu aku. Kira macam mana. Dia anak saudara ayah aku. Kira anak dia ank buah akulah. Wah kecil sungguh bayi itu. Tapi yang aku nak sampaikan sebenarnya pasal nama.

Aku dah pening dengan nama. Nama bukan main lagi. Aku risau anak tu tak larat nak sebut nama sendiri. Sebab panjang sangat. Macam trend keluarga seri iman. Memang nama kami adik beradik gempak. Ayah yang bagi.

Mula dengan nama kakak sulung.
NURUL ATIKAH
AMEERAH ADEELAH
ZATIL ILYANI
AHMAD FATHI ANNANI
IFFAH AFEEFAH
'ADZIEMAH FITRIAH
RAZAN SYAZNA

Nama siapa paling sedap? Sekarang nama cucu seri iman pulak.
Arwah MUHAMMAD AMMAR AR-RIDHO
AISYAH SAFIYYA aka Ecah (2 tahun)
QAIREENA AZ-ZAHRA aka ayeen (Baru 4 hari)

Cucu yang dalam perut tak tahulah namanya macam mana. Tapi apa yang penting maksud nama tu baik. Oh lupa nama anak buah aku tu Muhammad Zarith As-Sufi.

Korang rasa bagus ke letak nama panjang dan islamik bunyinya? Korang kalau ada anak nak letak nama apa? Ehem jom berangan sat. :-P

Ps: Nama dia sedap jugak disebut.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

Ku Azhar said...

nk letak nma Ku Azhar Jr! hehehe

Umie Nadhirah said...

zarith!!! ohsem nama tu.. boleh tau maksudnya?..

aamalinaazman said...

errrrrrrrrr
nanti opah bg taw esok
hehe
wow
comei2 nyela name keluarga seri iman ni
hihihi
kak ngahh
opah nk tito dahhh..nunite!

maszull said...

salam iffah...nama yg panjang ni keladang susah gak nak menyebutnya tapi kalau ada maksud yg baik rasanya x salah kot...:)

Luqeem™ said...

pilih yg ada 2 sebutan je..lg snang nk ingat..:D

Jom Makan said...

Kalo ltak name pnjang tpi pnggil pakai nckname mamat,wati dan lain2 pn x bleh jgak kn..

Cik Pulau said...

ridho???
dah macam dalam citer nikita plak.. hehe

Unknown said...

aku nak letak nama2 tuhan..

mas saari said...

kalau nama tu panjang tapi ada makna takpe...

Kira Sakura said...

Aisyah Safiyya

sedap nye nama tue... lembut jer nk sebut..

akak suka nama Sumayyah... =)

aDisH.sHidA said...

akak suka nama yang simple.....dan ada maksud nyer....eh eh anak buah kita ada yang nama sama la...aisya myrza (ecah) aina safiyah

Halimatun Sa'adiah said...

ske nama2 yg islamik drpd nama yg ala2 novelis...
nant nama anak sy nk ltak ahmadinejad ok x?? hehehee

Meera-Haire said...

anak sapekah tu muhammad zarith..

Sunah Sakura said...

pergh..i nak letak iffah afeefah lah camni

KaK LimAh Si SupiR said...

kalo name hatin fatihah sedap takkk? :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers