CORETAN TERBARU NADH

Konvokesyen aku datang!

Lama sungguh tak update. Pitam!

Sebenarnya aku nak beritahu semua yang membaca blog ni yang aku dah nak konvo. Yehuuu! Selamat konvo Ipah!

29.05.2013 di PICC Putrajaya. Datanglah ramai-ramai.

Orang kata belajar kat maktab perguruan ni senang. Aku pelik. Pernah ke diorang duduk belajar selama 5 tahun setengah kat sana. Dari asasi hinggalah final year degree. Dah rasa? Mudah?

Ramai yang masuk sebab elaun. Aku setuju. Tapi kehidupan kat maktab taklah mudah bagai dikata. Kami belajar juga. Cuma keadaan dalam maktab memang tak sama dengan universiti. Life campus sangat berbeza.

Di maktab sememangnya mendidik menjadi guru. Disiplin dibentuk. Kami tak bebas macam pelajar universiti. Kami ada kelas tiap hari sampai petang. Kami wajib pakai baju kurung setiap hari kecuali masa sukan. Tapi semua itu bersebab.

5 tahun setengah telah berakhir. Tipulah kata tak rindu zaman belajar. Kami bukan semata belajar jadi cikgu. Tapi kami juga belajar erti sahabat, tanggungjawab, erti hidup. Macam-macam lagi. Rindu!

Psst, kalau suruh aku belajar balik kat maktab. Jawapan aku....korang fikirlah sendiri :-P

9 comments:

Mizz Aiza said...

selamat berkonvo.. :D

♥fie yasmin♥ said...

congrat iffah..

Nong Andy said...

wah.. lama juga 5 tahun.. dulu kan Iffah.. aku cita-cita nak jadi cikgu tau heeeeee... tapi aku tak di takdirkan jadi cikgu.. takdir tu untuk ko.. hehe

tahniah dan moga ko cepat-cepat jadi cikgu.. for your info aku dah lama beli gelas yang ada tulis 'happy teacher day'

aku beli utk ko.. tapi sebabkan ko belum juga start mengajar jadi dia dah berjeruk jadi tempat letak pen kat meja komputer aku akakakakaak..

ah.. sebenarnya aku rindukan korang-- kengkawan blogger aku. kau salah satunya :)

Teena Tna said...

Tahniah..selamat berkonvo!

Hazmin Hamudin said...

Kiranya sama macam asrama sekolah la ye.. kalau kat universiti tu boleh dikatakan bebas la jugakkan.

Tahniah ye nak konvo dah

Dayang Deno said...

ifa!!!! tahniah! dah nak konvo ya... deno pun sama!:)

deno konvo esok ifa! sama-samalah kita berkonvokesyen! ^_^

Abang Menaip said...

Assalamualaikum, saya singgah sambil follow blog ni :D tahniah berjaya belajar sampai konvo :)

a said...

tak dpt nak pegi tgk ko konvo pah.. aku ade exam.. tahnah wes.. takmo sdey2 ari kejadian okeh.. that's your happy day.. ambik gambo banyok2 k =)

Kira Sakura said...

takyah lah belajar dah skang time untuk mengajar pulak hihihihi :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers