CORETAN TERBARU NADH

Jom kahwin!

Taip padam. Taip dan padam. Akhirnya aku pilih tajuk. Jom kahwin! Rasa gatal je tajuk tu. Tapi bukan itu niat aku. Aku cuma nak ajak korang berfikir bersama-sama aku. Aku bagi soal jawab bagi korang mudah faham apa yang aku nak sampaikan.

A: Jom kahwin.
B: Kenapa tiba-tiba?
A: Ala umur kita dah sesuai untuk kahwin kan. Lagipun awak single saya single. Awak tak jealous ke tengok kawan-kawan awak dah kahwin?
B: Perlu ke kahwin hanya sebab saya cemburu dan saya single? Awak tahu tak kahwin ni bukan setakat suka-suka, sayang, sweet?
A: Bukanlah. Maksud saya kan elok kalau kita kahwin. Saya suka awak. Jangan risau saya akan bahagiakan awak...
B: Awak mungkin dah sedia. Tapi saya tak. Kahwin bukan semata-mata nak bahagiakan pasangan. Kahwin tu bukan untuk menghalalkan hubungan semata-mata. Kahwin bukan sebab awak nakkan saya. Kahwin bukan semata-mata awak nak lari daripada bebelan mak ayah awak tiap hari suruh kahwin. Saya tak rela dijadikan alasan atau alat untuk awak lepaskan diri awak dari masalah.
A: Awak, janganlah serius sangat. Cool okay?
B: Soal nikah kahwin tak boleh dibuat main. Kalau awak fikir kahwin itu cara untuk selesaikan masalah bermakna awak silap, sebab lepas kahwin banyak lagi masalah yang akan timbul dengan pemikiran sebegitu. Faham?
A: Okey, okey. Saya diam. Lupakan je okey?
B: Ubah gaya pemikiran awak dan saya akan pertimbangkan lamaran awak tu. Assalamualaikum...

Kesimpulannya, kahwin bukan perkara mudah. Fikir semasaknya. Jangan sebab orang suruh kahwin, kita ikutkan juga. Teguhkan iman terlebih dahulu sebelum menjalankan misi mencari imam mahupun makmum.

Ps: Belum masanya untuk korang tanya aku bila aku nak kahwin. LOL kbai.

11 comments:

Unknown said...

kawen ni nak tempuh seumur hidup insyaAllah..
ianya bukan satu ujikaji..

abang bro EL said...

jom...

ewanthology said...

kahwin bila bersedia fizikal dan mental.

Unknown said...

mujur la aku dah kawen ekekek kbai ^_^

Yana Sakura said...

apa yg penting sekali bg bakal pengantin perempuan adlh ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, agama dan akhlak seseorg itu..maka selamatlah dia :D

#kpd sesape nk kawen jgn lupa p kursus kawen dlu yekk ^_^ peace yaw! Haha

Unknown said...

Kalau kawen tu macam order nasi lemak kat tepi jalan , xde istimewala perkhawinan tu,,
Ye dak..
Aku nak aku , ko dan lelain yg bujang.
Kawen sekali dlm seumur hidupppp...
Ade jodih , kwen la aku,,,
Ehhh!!

kay_are said...

setuju! kawin nibukan bende mudah.. tanggungjawab lepas tu kne pikir..jangan pikir nak seronok kejap je..

Anonymous said...

Mujur aku dah kawin hehehe....



* tiru kata2 datin ppp pulak kekekeke..


Nong andy

Dayang Deno said...

jom kahwin? alamak deno single lagi... hihi

Salim Harmanain said...

jom kawen. mak kita suruh.

lol :p

Kira Sakura said...

kawen untuk seumur hidup. banyak benda kena tolak tambah darab bahagi sebelum betol2 bersedia nak menempuh perkahwinan tue. mmg jodoh dah ditetapkan tapi dari diri sendiri kena berusaha menjadikan perkahwinan tue sesuatu yang bernilai bukan untk jalan keluar dari masalah :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers