CORETAN TERBARU NADH

Ada apa dengan 2.2.2013?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa jadi 2.2.2013? Inilah jawapannya, biar gambar bercerita. =)
Cak! Redbox The Curve
Sesi melting2 bersama retis ehh
Berjalan sebelum jumpa MAMA ehh
Sarapan yok!
Masa untuk semua pulang ke sarang eh

Okey, barisan pelakon drama di atas ialah Pari-pari putih aka FBI kononnya. Iffah Betoffah sebagai anak yang ditirikan oleh PPP. Pelakon skandal seantero dunia, Umar Nurfitri sebagai retis dengan pakej suara mengancam *melting, Dik Bi sebagai penyanyi latar dan tukang gelak serta Zaitul Akmar my gay muncul bagaikan pelangi petang selama dua jam dalam kotak merah dan memberikan impak mantap dalam plot cerita. Akhir sekali, pelakon tambahan Cik Mat *suami PPP dan Mija *anak PPP sebagai penambah rasa dan jurukamera ehh~~~


TERJAH BLOG MEREKA DENGAN KLIK NAMA DI BAWAH~~~

*Aku tahu gambar aku dah bersepah kat FB, tapi aku tetap nak kekalkan misteri sebab itu prinsip aku. Biar orang upload, jangan aku yang upload =)

Iffah Betoffah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Iffah Betoffah in da house!
Kali ni aku nak cerita pasal Facebook. Iaitu account FB Iffah Betoffah. Iffah tu aku. Betoffah tu siapa? 

Okey aku minat Beto Khusyairi. Tak adalah fanatik. Cuma dia je terlintas kat otak aku. Senang nak sebut. Beto. Beto. Beto. Lepas tu menjadi trending bila sebut Iffah je Beto. Bila sebut Beto je Iffah. Maka siapa entah kasi nama gelaran Betoffah kat aku. PPP ke budak-budak Masih Cinta. Aku lupa. Lekat sampai sekarang.

Bila ubah ramai jugak perasan. Negatif dan positif responnya.

Tak matang!
Pelik.
Jenama kedai kasut.
Orang jual ayam.
Hebat.
Gempak.
Gedik *ini aku tambah.

Jadi, bila ramai yang bersuara, aku nak tanya pendapat korang pulak. Adakah terlalu pelik guna nama macam ni? Adakah tak matang? Adakah gedik? Adakah menjengkelkan? Ataupun semuanya terpulang kepada aku. Fb aku, suka hati aku nak letak nama apa? Yang kau sibuk kenapa? Korang rasa? Aku cuma nak pendapat. Tapi tak janjilah nak tukar atau tak. *Kalau family aku baca, habislah aku =_='

#Aku di Damansara ketika ini. Berjimba-jimba selagi ada daya. Kbai

Dia boleh bertukar wajah dan berubah...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey tanpa membuang masa dan aksara. Aku tunjukkan wajah header yang baru.
Suram tapi ceria
Seperti biasa, entry ini tanda terima kasih kat Han sebab rajin editkan blog aku. Aku mintak semalam, semalam jugak dia siapkan. Hebat orang pandai tukar-tukar baju blog ni. Nak belajar jugak, tapi tak payahlah. Han kan ada?

Sebenarnya cemburu dengan Han, masuk blog dia selalu tukar baju blog. Satu entry, satu baju aku agak. Haha selamat tinggal pelangi aka kek lapis, dan selamat datang baju hitam legam. Aku request hitam, putih, kelabu, suram, emo.Tapi dia kasi yang ceria jugak tang header. Jangan tanya aku siapa perempuan berenam kat atas tu. 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers