CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Eh dia ni suka hati peluk orang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia merenung ke dalam kedai. Tiada apa yang menarik untuk dibeli. Kasut idaman masih belum dijumpai. Segera dia memalingkan mukanya ke arah jalan bertentangan. Lelaki itu asyik memerhatikannya. Rabiah kaget seketika.

“Stalker?” Dia gerun. Lantas mempercepatkan langkahnya. Izuddin tersengih sendiri melihat gelagat gadis itu. Lama sudah dia tercegat memerhatikan lagak seseorang yang istimewa di kaki lima deretan kedai.
“Akan aku miliki hatimu wahai gadis misteri,” Izzudin pantas meneruskan perjalanannya. Kerja di KLCC membuatkan dia lebih gemar membawa motorsikal. Senang nak bergerak. Kota raya sentiasa sibuk dengan kenderaan pelbagai rupa dan warna.

Xxxxx

Tali leher dilonggarkan sedikit. Dia letih. Kerja mula menimbun. Entah mengapa fikiran masih menerawang mengingatkan gadis misteri itu. Dia tahu hatinya sudah terpaut. Kini hanya menanti hari untuk dirisik. Mana tahu gadis itu kepunyaan orang.

“Janganlah jadi bini sesiapa lagi!” Izzudin segera memejam mata. Dia amat berharap.
“Oit Din! Apasal kau ni? Kena sampuk?” Azhar ketawa berdekah.
“Amboi tak sayang mulut ke? Aku tengah merindukan seseorang ni,”
“Mulalah nak berangan tu. Kau baru 25. Rilekslah!”
“Zar, aku tak kisah umur. Aku memang nak kahwin sekarang. Hati aku dah terisi kau tahu?” Izzuddin tersenyum. Azhar menggeleng. Dia malas memikirkan soal itu. Baginya bujang itu sangat seronok.
“Kau kenal ke dia tu siapa? Entah bunian mana yang kau tengok tu,” Izuddin sengih.
“Entahlah. Tapi aku yakin dia manusia. Esok aku nak usha dia lagi. kalau dapat maklumat pasal dia bolehlah aku terus meminang,”
“Kau serius? Terus meminang? Agak-agaklah angau pun. Kenal pun tidak,” Azhar sengaja berkata begitu. Dia risau tentang sahabatnya. Yang terlalu ghairah untuk menikahi seseorang yang tak tahu asal usul.
“Ya apa masalahnya? Kau tunggu jelah khabar baik dari aku Zar! Itu janji aku,” 

Tekad sungguh Izuddin. Azhar tergamam. Dalam hatinya hanya berdoa yang terbaik. Betullah orang kata apabila cinta mendatangi kita, semua jadi kabur. Yang nampak jelas hanyalah cinta.

Xxxxx

Suara panggilan emaknya diendahkan. Rabiah masih berguling di atas katil. Rasa malas semakin terasa. Tadi sibuk berjalan mencari sepasang kasut. Prom night di akhir semester memang dinantikan. Maklumlah setelah lama bergelumang dengan buku semata-mata.

“Biah!!!” Suara kakaknya pula memukul gegendang telinga. Nak tak nak dia melangkah lemah ke muka pintu.
“Ada apa?”
“Makanlah. Kenapa dari tadi berkurung je? Nak jadi katak bawah tempurung ke apa?” Rabiah mengeluh.
“Apanya? Apa kaitan katak? Orang penatlah. Nak betulkan segala urat berselirat,”
“Eloklah tu. Belum kahwin dah berselirat. Kang beranak susah,” Ketawa Madihah.
“Kak Di, orang tak larat nak ketawa. Cakap kat mak orang diet okey?” Sengihan tak ubah seperti kerang busuk. Lantas Madihah menutup pintu. Malas dia melayan adiknya seorang ni.
“Argh penatnya!!!” Rabiah menggeliat. Letih teramat. Lupa dia seketika tentang lelaki yang memerhatikannya petang tadi.

Xxxxx

Suasana rumahnya meriah. Ramai yang datang. Rabiah hanya melemparkan senyuman dan menghulurkan salam. Baginya adab sopan masih utama. Walau dia rimas dengan kehadiran tetamu.

“Biah, buat air untuk tetamu ni,” 

Lambat dia pergi.Malas bukan main. Entah siapa tetamu emaknya kini. Hati mula rasa serba tak kena. Ya, lelaki yang dikenali ada dalam kalangan mereka. Siapa dia? Kenapa dia di sini? Semuanya berlegar dalam otaknya. Namun, persoalan terpaksa dikuburkan melihatkan isyarat emaknya yang masih menanti air. Segera dia menyelesaikan tugasnya.

Air ditatang ke depan. Tangan menggigil, peluh mula lahir di celah-celah liang roma. Dia takut. Pandangan lelaki itu sungguh tajam umpama sebilah pisau menanti mangsa untuk ditusuk.

“Hah, Biah lama sangat buat air. Kesian tamu ni,” Ketawa mula kedengaran. Rabiah malu.

Segera dia melemparkan senyuman dan lari ke atas. Bimbang tindak tanduknya gagal disembunyikan. Rasa yang berbaur mula memenuhi segenap ruang fikiran.

Pintu ditutup rapat. Air mata mula mengalir. Entah apa sebabnya. Jiwa perempuannya terhiris. Mungkin hanya kerana sepasang mata sang teruna. Segalanya kacau bilau. Mata terlelap tanpa dipaksa.

Xxxxx

Akad nikah telah dimeterai. Akhirnya, mereka bersatu. Rabiah berjiwa kelam. Segala yang terlaksana terlalu pantas baginya. Kadang dia sendiri tak memahami apa kehendak hati. Namun, apapun tak boleh dipatah balik. Dia kini milik Izzudin yang sah. Tiada apa yang perlu disesali.

“Assalamualaikum,”

Tersentak lamunannya. Lambat sekali dia berpaling. Debar kian terasa. Alangkah terkejut Rabiah melihatkan suaminya benar-benar dekat dengannya kini. Malu menyerbu muka. Merah!

“Kenapa tak jawab salam abang?” Sengih.
“Dah jawablah!”
“Bila?” Izzudin mendekat lagi.
“Dalam hati,” Geram. Takut kian terasa.
“Okey, alasan tu abang terima. Setiap kata yang lahir dari mulut isteri tercinta indah je abang dengar,”
Zap! Tangan melingkar di pinggang. Terkejut bukan main Rabiah. Dia tak sedar bila masa Izzudin mengambil kesempatan begitu sekali. Kini degupan jantung mereka bersatu. Memang sudah sah suami isteri namun malu tetap terasa.

“Eh! Apa dia ni suka hati peluk orang?” Kata-kata isterinya membuatkan Izzudin ketawa berdekah-dekah. Pelukan dileraikan serta merta. Muncung mulut Rabiah diketawakan begitu sekali. Sekali lagi dia terpanar. Melihatkan wajah gembira suami membuatkan dia begitu damai. Seolah-olah tak mahu masa ini pantas berlari. Ingin saja dia bekukan wajah suaminya sampai bila-bila. Rabiah senyum.

“Rabiah, sorrylah. Abang ingat bini abang tadi. Rupanya perempuan mana entah abang peluk,” Sindiran gurauan.
“Tak kelakar okey!” Geram.
“Alahai merajuk pulak. Baru beberapa jam jadi isteri abang dah merajuk. Kalau berpuluh tahun akan datang macam mana ye?”
“Entah!” Dia malas layan. Segera mengambil tuala. Dia ingin membersihkan diri. Kekok Rabiah berlama-lama di dalam bilik pengantin. Berdua dengan suaminya pula. Tangannya ditarik serta merta. Izzudin memandang redup.
“Sayang kejap!”
“Kenapa? Orang nak mandi. Melekit tau tak?”
“Kejap je. Sayang tak nak tanya kenapa abang pilih sayang? Kenapa abang nak sangat nikah dengan sayang? Kenapa abang tak nak tunang dulu? Kenapa abang tak nak contact sayang semasa persediaan perkahwinan kita?” 

Rabiah terdiam. Beribu persoalan bermain di mindanya. Cuma malu nak luahkan terlebih dahulu. Dia hanya memandang semula suaminya. Mukanya mengharap seribu penjelasan.

“Abang pilih sayang sebab Allah dah takdirkan abang jumpa sayang masa kat bandar dulu,” Senyum.
“Abang dah tanamkan dalam hati abang. Abang nak nikah sayang walau apapun dugaan yang mendatang. Lagipun, istikharah abang membuatkan abang yakin dengan pilihan hati abang selama ni,”
“Tapi orang…”
“Syyyhhh…Abang dah nekad. Abang nak kita bercinta lepas kahwin. Abang nak isteri abang rasa kehangatan cinta secara halal. Abang tak nak cinta kita disulami nafsu semata. Abang takut kita berdua terjerumus dalam lembah maksiat yang sangat menggoda. Takut sangat!” Usai kata-kata akhir dari Izzudin, Rabiah terus mendakap erat. Lama.

“Eh dia ni suka hati peluk orang!” Terasa disindir. Namun, ketawa keduanya pecah berderai. Semoga bahagia milik mereka selamanya. Cinta selepas kahwin indah jika kita ikhlas dengannya. 

THE END

Nota Iffah: Khas buat kembar aku yang dilamun cinta. B, ni hadiah hari jadi untuk 15.2.2012 nanti. Aku roommate yang baik kan? Hehe korang harap terhibur. Amatur menulis memang tak setanding dengan penulis berpengalaman. Ini suka-suka. Korang tak rasa ke hari ni entry aku jiwang-jiwang belaka?

Ps: Dia muncul jadi ANON.

23 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

seronok ny jd rabiah! ^_^

Farhan Hanif said...

sweetnya...hahaha

efa nur said...

best nyew!! romantik gitu...untung biah dapat din..hikhik :D

ieda said...

menarik ;)

Naniey TJ said...

mmmm..... ada peningkatan... trskan usaha....

aimie amalina said...

Iffah Afeefah = juwong!
hehehehe

tapi ttp besssttt :))

cik Kartun said...

hihiho tersenyum2 CK bace.. :D
nice.. sweet sgt

Woofer Storm said...

best siot...

beruntung kita ada laki macam abg izzudin..kau hado??ehhee

reenapple said...

sweet.. nak cinta lepas kahwin jugak lah..hehehe

Anonymous said...

buuuuuu

-dia-

msredcheesecake said...

Untungnya rabiah dpt hasben camtu..... Kalau dapat kene jaga elok2....

EZAD AMIR said...

Wahhhh ipah!!!menarik seyh...!!!
Nanti kalo ko bsara jd cikgu,aq ambik ko jd penulis kt syarikat aq..ekeekekek..mcm la ada syarikat.

Luqeem™ said...

best la izzudin. haha.

matlamat yg tetap akan mendatangkan hati yg cekal. :D

QasehSuci said...

perasan...jiwang2 sepnjg hari...heheh

kiera'sakura said...

auwwwwww suka suka suka... suka sgt ... serius :D

Cik Pulau said...

Euuwww... yuu..
memang skang ni jiwang2..
dah sampai seru ke yu..
hikhik.

budak penjara said...

oh ko dh jd penulis cerpen ye skang ni

Nong Andy said...

hehehe... itu dia! cerpen dah mari :)

Nurul Syakira Zainal said...

Anda telah ditag :)

http://sayebuatblogini.blogspot.com/2012/01/pictures-of-year-2011-contest.html

mystery boy said...

indahnye kisah ni . . . . . . . .nak jugak, . . . . . . . bahagianye dia, . . ermm :)

miss R said...

bestnya crite ni :) hebat.

Nurul Syafiqa said...

wah kan best kalau semua lelaki fikir macam tu ..

MR & MRS MAKMUM said...

so sweet ~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers