CORETAN TERBARU NADH

Iffah Betoffah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Iffah Betoffah in da house!
Kali ni aku nak cerita pasal Facebook. Iaitu account FB Iffah Betoffah. Iffah tu aku. Betoffah tu siapa? 

Okey aku minat Beto Khusyairi. Tak adalah fanatik. Cuma dia je terlintas kat otak aku. Senang nak sebut. Beto. Beto. Beto. Lepas tu menjadi trending bila sebut Iffah je Beto. Bila sebut Beto je Iffah. Maka siapa entah kasi nama gelaran Betoffah kat aku. PPP ke budak-budak Masih Cinta. Aku lupa. Lekat sampai sekarang.

Bila ubah ramai jugak perasan. Negatif dan positif responnya.

Tak matang!
Pelik.
Jenama kedai kasut.
Orang jual ayam.
Hebat.
Gempak.
Gedik *ini aku tambah.

Jadi, bila ramai yang bersuara, aku nak tanya pendapat korang pulak. Adakah terlalu pelik guna nama macam ni? Adakah tak matang? Adakah gedik? Adakah menjengkelkan? Ataupun semuanya terpulang kepada aku. Fb aku, suka hati aku nak letak nama apa? Yang kau sibuk kenapa? Korang rasa? Aku cuma nak pendapat. Tapi tak janjilah nak tukar atau tak. *Kalau family aku baca, habislah aku =_='

#Aku di Damansara ketika ini. Berjimba-jimba selagi ada daya. Kbai

18 comments:

Nana Lee said...

aku jeles..tak tahu kenapa..tp aku memang sangat2 suka dia jgk..hahaha..:p

MalizaMah said...

amboi2... haaaaaa.. beto eaaaa...
:-)

Ooh Deo said...

bukan ade ke pasal entry iffah yg gtau siapa yg bg nama2 samaran kt iffah? hehehehe..

Anonymous said...

lega aku jimba dgn ko..ehhh...

aku rasa itu gedik... ehhhhh

tapi itulah cara org mengigati kita kan..contoh akak pelangi ..

akak cumei - aku hahahhah

akak miko ..

hahahah

Yana Sakura said...

amboii..kemain kak pipa..menyempat ag ea update blog..ahaha :p

pendapat saya? Who cares? ahaha (akk salu kata cmtu so, itulah pndpt sy..ehh)

#kabi

cimöt said...

beto+cimot=?

cam tak best je..hak hak hak

Anonymous said...

selepas aku tgk header ko yang cumei nih...aku nak kembali lah ke dunia blogging..

ohohohohoho...


dan org pertama aku nak suh han ekjaskan aku puye page dan header... hahahhahaha

hana hadi said...

yang pelik tulah orang kan ingat :)

Nong Andy said...

amboi.. berpoya2 lagik!
(nada jeles)


Betoffah...

buatkan aku ingat BENTO

--> sejenis makanan keh..keh..

*apa2 pun aku Okey dengan 'Betoffah'


gedik? hurmm takde la sangat..

aku pun kalau boleh nak gak buat nama 'Nong Cullen' time fanatik tgk twilight kekekekekkeke

NIA SI DRUMSTICK said...

Xda la..hehe..be yourself..xpelu pk apa org kata..

reenapple said...

Tak adalah. Itu hak memasing2. Sekurannya kalau yang faham minat kau pada Beto, diorang faham. Kalau tak, biarkan je la bukan kau ubah nama facebook diorang pun kan??

#tetiba kau buat aku rasa nak tukar nama facebook kepada SYAH AMAR sebab aku minat Amar Ashraf. Eheheheh

Unknown said...

apa makna betoffah tu??

Encik H said...

Aien kata aku ni macam Beto..dia kata karekter Beto tu macam aku..heheh

Unknown said...

wah, ade makna tersirat disebalik nickname tu rupanya.

Dikbee said...

aku jeles sbb combination nama ko ngan beto sgt comel... aku nak jugak tapi camner nak combine dik bee + aaron aziz??? X sesuai gitu... huhu

Kira Sakura said...

terpulang la kat ipah. selagi menda tue boleh mendatangkan bahagia. dipersilakan :D

kay_are said...

ikut suke masing masing je r.. macam aku, untuk fb aku lebih suka guna name betul.. dalam blog ni je aku lebih suke name kay_are tu.. baru misteri ye tak? =P

Tempat Ping Blog said...

saye mula minat beto bila tengk citer rindu bayangan.. die memang santai. a cool guy.. berjimba tu bahasa klasik ek.? ape maksud tu.. :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers