CORETAN TERBARU NADH

Kasarnya perempuan tu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang pernah jumpa tak perempuan kasar cara cakapnya, kasar perbuatan tapi pemakaian tak nampak macam pengkid atau tomboy. Kalau dress up macam lelaki kita tahulah cara dia kasar kan. Ini pakai baju kurung, maki orang, cakap suara lantang, gelak kuat, jerit tak tentu hala. Macam dia sorang je ada. Personaliti agak kelelakian tapi taklah berjiwa lelaki.

Pernah?

Mesti korang akan kata kasarnya perempuan tu! Ganas gila. Tak malu ke jadi perempuan? Patut perempuan sopan santun. Malu-malu. Tapi zaman sekarang makin ramai perempuan kasar perlakuan dan percakapan. Sampaikan orang pun takut nak dekat. Kang kena debik macam mana? *debik tu pukul*

Itu kalau kita cuma perhatikan perilaku mereka. Kalau lelaki yang nak mengorat? Confirm takut sebab silap cakap, kakiku di mukamu. Tak pasal-pasal kena tampar kan? Tapi kenapa mesti takut? Kasar macam manapun perempuan tu, hati dia lembut. Tetap akan menangis kalau sedih. Cuma dia tak reti tunjukkan kat orang.

Perempuan kadangkala kasar untuk jadi pelindung dirinya. Bila dia rasa tak selamat, dia akan cuba jadi orang yang ditakuti dan nampak macam sukar dibuli. Perempuan seperti ini memilih dengan siapa dia perlu kasar tindakan atau percakapan. Perempuan ini juga menjadi kasar supaya dia tak nampak lemah di mata lelaki. Ego untuk serlahkan kelembutan dia. Mungkin... Oh ya, Zaitul kata jinak-jinak merpati.

Apapun tanggapan korang tentang kasarnya seoarang perempuan itu hak korang. Cuma yang aku tahu, lagu 150 juta itu ada makna tersendiri. Salah satu liriknya ialah "Aku punya manja kau saja boleh rasa". Jadi beruntunglah lelaki yang memiliki perempuan seperti itu. Nampak kasar tapi dalam hatinya ada taman. Untuk perempuan-perempuan di luar sana, just be your self. Cuma jangan keterlaluan =) Pesan untuk diri sendiri juga.

23 comments:

Hafizin Jamil said...

tuan blog macam tu lah agak2nya..haha

ahsfantasy24 said...

yess.. lagu tu best,
kasar tu selalunya protection :)

Aien Alien said...

kasar dari luaran. sisi lembutnya hanya yang tertentu boleh rasa. lagu tu best. :D

Rapunzeel Cikilolo said...

kasar bertempat la kan. kalo kasar tak bertempat nanti jadi kurang hajar.

tapi perempuan yang kasar akan manja dengan seorang lelaki je kot, suami die.

Rtp Farra Arisha said...

walaupun luaran mereka kasar, tapi jauh disudut hati mereka mempunyai hati lembut di dalamnya. :) and rough girls are the best protectors for themselves! :p

paripariputih said...

kenapa aku rasa n3 ini spt ditujukan pada aku wahai Iffah he he he ^_^ <------ budjet muka nak mintak tapak kaki ko la la la la MKTLDD :P

boni kacak said...

saya pernah dapat seorang gf yang kasar.. pergh. asyik nak marah je. salah sikit pun nak marah.. saya pulak yang stress.. hahahaha

Mas Zull said...

assalamualaikum iffah...betul tu ingatan utk kekawan n diri kita sendiri...:)

reenapple said...

err.. kau pun kasar jugak ke?? BUkan ke kau sweet? huhuhu

zila manaf said...

kami kasar tp kamin ttp ade feminimnya ahakkkk

nazra said...

biar kasar asalkan hati bahagia ^_^

Rozuan Ismail said...

perempuan kena kasar tapi biar bertempat. untuk pertahankan maruah diri

al_hakim said...

kak iffah la orang tu.kahkah

Sunah Sakura said...

perempuan paling garang sebelum kawen adalah yang paling manja selepas kawen, ustaz mana ntah cakap, i baca kat FB ri tu...

eh, de kaitan ke?

Leeza dayasari [santai leeza] said...

setuju awk. pompuan ni kadang2 kasar bkn sbb dia tak lembut. act jauh di sudut hati dia .. dia seorang yg sensetif dan sgt penyayang. org ckp watak luaran wanita yg kasar, tp dlman dia seorang yg penyayang. tak sure lah sejauh mana kebenaran ini.

نورعيم said...

nak ngaku ni!

org pn kasar sebenarnya. hihi.

anamizu kaito said...

kdg2 KASAR tu ada sebab.
bkn nk membuta tuli je kan.


*lama x dtg lawat Iffah :)

misz aisya said...

akak, mse mule mesuk maktab kan, kengkawan laki takot ngan sy sbb diorg kate sy garang. heheh.

tp bile dah lme kenal, diorang ok je ngan sy.

bukan garang or kasar, cuma xnak dipijak. :)

Nong Andy said...

Kasar? hurm... ramai kot pempuan yg kasar sekarang.. yg ayu n lembah lembut tu dah kian sedikit.. kekekekeekek... perangai ala tomboy.. walaupun berambut panjang / bertudung.. biasa! ramai sangat yg lagu tu.. tapi bila dgn buah hati.. amboi!! keh,,keh,,keh,,

missSenget said...

kasar selagi bukan carutan dan kejian kt bibir dia, ok je..

perempuan mcm tu lg menarik perhatian..

TiranaAduka said...

bergantng pd keadaan.jika perlu kena kasar.tapi berhemah

kiera'sakura said...

akak lebih memilih untuk jadi perempuan yang garang dan kasar supaya takde orang boleh kata kita gedik. *gedik2 selalu tue dgn org yg akak rapat dan selesa je :p

kasar tue ada banyak maknanya. kasar tak semestinya kena menggunakan perkataan yang berbau makian atau menyakitkan hati mereka yang mendengar

kay_are said...

kadang2 kne r kasar dan grang ni.. bukan ape kalau lembut sangat silap2 boleh kne pijak kepale lame2 kan.. lagi pun aku nampak jenis kasar ni takde r gedik terlebih.. huu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers