CORETAN TERBARU NADH

Cara terbaik untuk pulih dari sakit putus cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey sedang aku chat dengan seorang member pasal putus cinta. Aku terfikir satu idea. Ya, cara terbaik atau penyelesaian terbaik yang aku jumpa untuk merawat hati yang sedang kecewa sebab putus cinta. Aku tak tahu orang lain punya cara. Tapi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku dapat jumpa satu. Memang berkesan. *bergantung pada orang jugak.

Caranya mudah saja.

Cari orang baru. Cuba rapat dengan dia. Mula memang payah nak terima orang baru sebab kita akan terkenang-kenang jugak orang lama. Tapi lama kelamaan dengan berkat doa dan usaha, kita boleh dengan mudahnya melupakan dia. Hati pulak boleh terima orang baru. Tapi itulah yang aku buat pemerhatian ni terhadap perempuan sahaja.

Lelaki aku tak tahu. Tapi sebab hati perempuan kan rapuh. Mudah jatuh cinta. Mudah membenci. Adakala mudah melupakan. Jadi, kalau cinta lama tu menyakitkan, jangan fikirkan sangat. Cari lain. Tapi itulah kena bersedia jugak untuk dikecewakan. Pastu terduduk bangun balik. Sampailah jumpa yang benar-benar diciptakan untuk kita. 

Bukan bermakna aku menggalakkan korang bercinta, cuma dalam Islam kan ada cara bercinta yang digalakkan. Apa caranya? Cari sendiri =) Selamat mencuba. Kalau cara aku cakap ni salah, korang boleh bagitau aku cara yang sesuai. Sebab ini hanya pendapat seorang perempuan yang tak punya apa-apa melainkan hati ehh...

Lirik Lagu Nafasku- Jamiel Said

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
LIRIK NAFAS KU

By Jamiel Said (Moro Music Publishing)

Siapa namamu
Yang memanggilku
Yang melindungku di setiap hariku

Kaulah nafasku
Penyambung hatiku
Sehaluan dengan jantungku

Duduk denganku
Jangan kau pergi

Kau yang pertama, membuatku bahagia
Kau yang terakhir, yang inginku bersama
Kau yang dambar, kau yang ku perlu
Degupanku untukmu

Kau yang pertama, membuatku bahagia
Kau yang terakhir, yang inginku bersama
Siapakah dirimu
Yang ada di sisiku
Saatku hembus nafas akhirku

Kau pendampingku
Matahariku
Yang menghangatkan malamku yang sejuk

Kata-katamu, penawar hatiku
Yang melembutkan hatiku yang beku

Pegang tanganku
Jangan kau pergi

Kau yang pertama, membuatku bahagia
Kau yang terakhir, yang inginku bersama
Kau yang cinta, takkan berubah degupanku untukmu

Kau yang pertama, membuatku tertawa
Kau yang terakhir, yang ingin ku menanya
Sanggupkah dirimu, berada di sisiku
Saatku hembus, nafas akhirku...


Kredit to Jamiel Said Music. Especially, tag nama aku sebab aku mintak lirik lagunya.Terharu sangat-sangat... Jamiel, kalau dah popular jangan lupa kami yang jatuh suka masa dengar lagu ni live kat Uptown Danau Kota tu... Love your voice! Eh
*Masa nak menghilang ramai cari, bila ada tak ada yang menghargai. Itulah manusia~~~

Aku berubah?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey setelah sekian lama aku diamkan diri. Bukan diamkan apa, cuma jauhkan diri dari aktiviti berblogwalking. Korang sedar tak ni? Tak kisahlah tak sedarpun. Aku bukan sesiapa. Ehh... Stop talking nonsense Betoffah. =P

Aku sebenarnya tak tahu nak mula macam mana. Macam mana nak kasi korang faham yang aku sedang mengalami perubahan. Mungkin ada yang perasan mungkin ada yang tak. Aku berubah menjadi seorang yang aku sendiri pun tak yakin, "Ini aku ke?" Aku menjadi makin jauh dengan sesiapa yang pernah aku rapat sebelum ni. Aku menjadi lagi sensitif walaupun aku malas nak mengaku sebenarnya. Kadang benda kecil pun aku jadi marah. Tapi tak menangis. Kan aku kata aku susah nak menangis. Paling teruk pun bergenang je.

Aku berubah menjadi lebih malas. Yang ini paling nyata. Aku malas nak online. Aku malas nak tulis entry. Aku malas nak berblog walking. Aku rasa perlu nyahkan diri aku dari alam maya. Sebab aku rasa aku dah jauh berubah. Aku rasa aku perlukan perubahan yang positif. Aku ingat lepas habis belajar aku akan fokus kepada menulis. Ya, menulis secara serius. Orang kata aku ada bakat. Tapi aku tak yakin. Lepas tu semangat nak menulis dan berkarya tu makin lama makin tenggelam dan hampir hilang.

Aku juga rasa penulisan aku pun berubah. Dulu ada orang suka. Puji melambung. Cakap aku menulis dari hati. Aku menulis dengan matang. Penulisan yang baik. Nampak ayu bila baca setiap entri aku. Entah tang mana yang ayu aku pun tak tahu. Lama-lama aku dah tak punya rasa yang sama. Keghairahan menulis itu makin hilang juga. Tak macam aku dulu-dulu. Sampai aku rasa, aku patut berhenti berblogging. Sebab rasa itu dah berubah. Ke aku je yang rasa tu? Aku yang rasa aku berubah sedangkan tak? Aku penat fikir yang pastinya~~~~
#Mungkin akan menghilangkan diri...hurm hurm

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers