ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey setelah sekian lama aku diamkan diri. Bukan diamkan apa, cuma jauhkan diri dari aktiviti berblogwalking. Korang sedar tak ni? Tak kisahlah tak sedarpun. Aku bukan sesiapa. Ehh... Stop talking nonsense Betoffah. =P
Aku sebenarnya tak tahu nak mula macam mana. Macam mana nak kasi korang faham yang aku sedang mengalami perubahan. Mungkin ada yang perasan mungkin ada yang tak. Aku berubah menjadi seorang yang aku sendiri pun tak yakin, "Ini aku ke?" Aku menjadi makin jauh dengan sesiapa yang pernah aku rapat sebelum ni. Aku menjadi lagi sensitif walaupun aku malas nak mengaku sebenarnya. Kadang benda kecil pun aku jadi marah. Tapi tak menangis. Kan aku kata aku susah nak menangis. Paling teruk pun bergenang je.
Aku berubah menjadi lebih malas. Yang ini paling nyata. Aku malas nak online. Aku malas nak tulis entry. Aku malas nak berblog walking. Aku rasa perlu nyahkan diri aku dari alam maya. Sebab aku rasa aku dah jauh berubah. Aku rasa aku perlukan perubahan yang positif. Aku ingat lepas habis belajar aku akan fokus kepada menulis. Ya, menulis secara serius. Orang kata aku ada bakat. Tapi aku tak yakin. Lepas tu semangat nak menulis dan berkarya tu makin lama makin tenggelam dan hampir hilang.
Aku juga rasa penulisan aku pun berubah. Dulu ada orang suka. Puji melambung. Cakap aku menulis dari hati. Aku menulis dengan matang. Penulisan yang baik. Nampak ayu bila baca setiap entri aku. Entah tang mana yang ayu aku pun tak tahu. Lama-lama aku dah tak punya rasa yang sama. Keghairahan menulis itu makin hilang juga. Tak macam aku dulu-dulu. Sampai aku rasa, aku patut berhenti berblogging. Sebab rasa itu dah berubah. Ke aku je yang rasa tu? Aku yang rasa aku berubah sedangkan tak? Aku penat fikir yang pastinya~~~~
#Mungkin akan menghilangkan diri...hurm hurm
#Mungkin akan menghilangkan diri...hurm hurm
18 comments:
Mari kita hilangkan diri sama-sama. Aku pun sedang rasa begitu. =(
pah.. aq rasa aq pun berubah jgk.. jgn fikir mcm tu ok.. chill la.. waluapun aq xpndai dalam bidang penulisan.. tp aq baca ko punya penulisan best apa.. aq suka... jgn la mcm ni.. nak mndiamakn diri boleh ambik la masa sebanyak mna yg ko mau... tp plizz jgn tggl bnda ni in direct ... ok...
i'm experiencing the same thing..dh jauh dngn orng yg sebelum ni rapat..
dan jd extra2 sensitif dengn semua benda yang orng buat..
kalau cakap x pandang muka pn blh nk terasa..
tahun baru buat sy jadi lain..
harap biar kita semua berubah ke arah kebaikan kn iffah.. insyaAllah..:)
please dun stop blogging.. take your time kak..
yana sedar perubahan akk..dlm hdup kita nie sllu ade perubahan kan..tp amek la dia sbg sesuatu yg positif..
akk..jgn la hilangkan dri..u know..yana dh penat kehilangan owg2 yg yana syg..tlg la akk..kita still bole cntct each other right?
Be strong sis! I know u strong..jgn jd lemah dan cepat mengalah akk..
tgk owg at palestin kat gaza tu..dorg sume kuat walaupn kehilangan owg yg paling disayangi.dorg xputus asa utk teruskan hidup ni..
#adik akn cuba utk sntiasa bersama akk sayang..selagi mmpu..InsyaAllah..
knpe ni kak? xmolaa cmnie....
pape jd, be strong k ^_^
will gonna miss you kaka =')
ya, aku boleh faham apa yg ko cuba sampaikan. ya aku faham tisu hati ko tu sbb aku pon senasib. ehh pelik lak bunyinya =.='
nape cakap camtu iffah? alahh, sedih pulak dengar camni. jangan la ilang kan diri =(
ini semua poyooo ;p nmpk je ko kt fb huhu...wahh dh tukar layout. ni baru berubah!
erk...knapa semua nak menghilangkan diri?? huhu
cik iffah perlukan rehat barangkali, . . . Berehat sebentar atau selama-lamanya, . . . Terpulang kpd empunya diri utk buat kputusan, . . .
Semoga sembuh nanti :)
bab malas tu hana skrang pun malas.huhu
suka dengan background.
berubah ke arah baik tu okey ape iffah?
hehe.
kak ngahhhh ;(
hurmm,....
weh tiru! aku ubah blog, ko pun buat mane boleh! =P err.. sebab aku baru jumpe ko first time so aku pun tak tau ape yang ko maksudkan dengan perubahan tu.. tapi memang aku setuju ko ade bakat dalam penulisan.. contoh terbaik cite2 pendek ko tu r.. kalau ko nak kembang lagi bakat tu, aku setuju sangat!
macam same je kita. sobs.
awk semakin malas sbb dia(org yg sentiasa disisi awk) semakin jauhkah iffah..? erk, teka je..hihi.. sbb perenggan 4 awk tu..
jgn hilang..nati aku taktau nak cari..
ehhh...
ko ilang , aku repot polis k..
ke nak report kat jamiell ?
ehhhh
Post a Comment