ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku nak berjiwang kejap. Bukan apa. Kejap je. Terfikir balik kisah kisah bercinta. Semua orang nak rasa seronoknya bercinta. Semua orang nak rasa dia disayangi. Dia nak perhatian. Siapa tak nak kasih sayang cakap dengan aku ni. Biar aku repair urat saraf dan perasaan itu.
Lumrah manusia kan. Memang dah kita mempunyai naluri sebegitu. Naluri yang menginginkan perhatian, kasih sayang, penghargaan. Ni semua keperluan Maslow. Siapa tak tahu boleh cari di internet. Memang manusia normal akan mahu bercinta.
Cumanya cara dia bercinta. Dengan siapa dia bercinta dan kenapa dia bercinta lain. Misal kata, aku cintakan Allah S.W.T.. Aku menjalankan kewajipan seorang hambaNya walaupun ada ketikanya terleka. Aku bercinta dengan Allah kerana Dia memberi aku sebuah kehidupan, Dia beri aku oksigen tanpa bayaran. Bayangkan berapa banyak oksigen aku sedut. Tapi aku sentiasa lupa untuk bercinta denganNya. Aku alpa.
Sibuk sangat bercinta dengan manusia sampai lupa Tuhan kita. Kita memang manusia. Kita memang selalu buat silap. Namun, kita boleh bertaubat. Kita boleh kembali bercinta denganNya. Walaupun kita putus hubungan dengan Dia. Kita masih kembali kepada Dia. Sebabnya Dia memang sentiasa ada untuk kita.
Bertuahnya kita ni. Siapa lagi nak setia dengan kita? Siapa lagi tempat yang sesuai untuk kita mengadu domba. Malukah kita menyuarakan isi hati terpendam kat Dia? Tak sebab walau tanpa sepatah kata. Dia faham kita. Dia faham hati kita. Dia selalu bagi kita peluang untuk kembali kepadaNya.
Sehinggakan sebelum nyawa kita di tarik. Kita masih bisa bertaubat. Tapi kalau tiba-tiba kita kemalangan. Mati terus. Sempat ke kita nak kembali kepadaNya? Aku diam. Terfikir. Aku pun takut. Sempatkah aku?
4 comments:
sangat indah jika kita tahu menjadikannya indah! tapi jangan lupa cinta pada yg maha Esa!
alhamdulillah.. betul tu dear.. thanks untuk peringatan ni..
Allah adalah kekasih yang pasti.
nice entri :)
memang indah tp skali putus memang perit a!
Post a Comment