CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Hanya kerana satu malam

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Derap kaki kedengaran semakin jelas. Di balik langsir dia menyorok. Ketakutan yang pastinya. Peluh dingin merembes laju. Lelaki itu terhuyung-hayang menanti mangsa. Zahra menutup mulutnya kemas. Hayunan tangan gagah perkasa menampar wajah ibu kesayangannya.

“Pangggg!” Mata berkelip menyaksikan kejadian itu. Zahra tak mampu memandang lagi. Lantas matanya dipejam rapat. Hanya bunyi yang kedengaran yang dapat ditangkap oleh cuping telinganya. Dia masih di situ. Diam beku.
“Kau kenapa hah?” Suara lelaki itu bergema di segenap penjuru. Zahra melihat ibunya berdarah di hujung bibir. Ingin sekali dia mengesatnya. Namun, tak berdaya. Zahra sudahpun berjanji dengan ibunya. Jangan masuk campur walau apapun terjadi. Dia senyap memerhatikan drama kejam di depan matanya.
“Aku tak ada duit. Kau carilah betina yang kau usung tu!!!” Halimah menjerit lantang.
“Kau dah berani melawan aku ye? Aku ni suami kau tahu?!” Rambut Halimah dicengkam kuat. Ibu Zahra hanya mampu menahan kesakitan. Dia tak hairan dengan kesakitan itu jika dibandingkan dengan sakitnya hati bersuamikan Wahid. Wahid bukan lelaki yang baik. Itu baru dia sedar setelah bernikah. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan suami baru untuk bergantung nasib, namun hampa. Suaminya pula yang mengharap duit darinya.
“Kau perempuan sundal! Aku nakkan duit. Aku tak nak tengok kau menangis macam ni!”Ditamparnya kali kedua. Sepak terajang sekali. Akhirnya, Zahra melihat ibunya terkulai layu. Lelaki bengis itu terus keluar rumah ketakutan. Zahra juga takut. Takut kalau-kalau ibunya tak lagi bernyawa!

Xxxxxx

Malam dingin sekali. Hembusan angin seakan lembut menampar seluruh tubuh Zahra. Rambut yang dilepaskan juga asyik menyentuhi paras wajahnya. Zahra tenang begitu. Sekali lagi air mata berderai. Untuk kesekian kalinya. Apabila malam menjelma inilah hobinya. Menangis!
“Ibu, Zahra rindu…” Air mata yang berderai tak pula Zahra kesat. Dia benar-benar rindu ibunya apabila malam. Malam yang penuh rahsia. Malam gelap yang penuh kecelakaan baginya. Malam juga merupakan masa keramat saat ibu meninggalkan dunia selama-lamanya.
Dia kecil lagi. Namun, dia bisa ingat wajah lelaki itu. Lelaki yang bertanggungjawab atas kematian ibunya. Lelaki yang digelar Abah. Namun, tak seperti abah orang lain. Dia kepingin sekali merasai kasih sayang ibu dan abah. Tapi segalanya hilang sekelip mata. Hanya kerana satu malam!
“Zahra…” Ada suara memanggil. Dia berpaling. Senyuman dihadiahkan buat si dia. Si dia yang tercinta.
“Ya, abang,” Zahra mengukirkan senyuman. Air mata pantas diseka. Bimbang suaminya nampak.
“Abang rasa ada yang tak kena ni. Kenapa ni sayang?” Taufiq memandang redup. Zahra tak keruan. Dia malas berkongsi. Sebab tak mahu luka itu kembali bernanah. Cukuplah dia yang menanggung setiap bebanan perasaan. Dendam, takut, amarah, benci dan sedih bergabung rasa. Dia tak mahu suaminya tahu sejarah hidupnya. Entah kenapa, dia tak mahu berkongsi.
“Zahra, look at me. Kita dah kahwin sebulan. Tapi abang tengok Ara asyik termenung bila malam. Ara ada problem ke?” Nadanya membuatkan Zahra terharu. Begitu mengambil berat. Namun, dia tak kuat untuk membuka pekung di dada. Sejarah itu biarlah terlipat dalam kenangan.
“Ara okey je. Abang dah makan?” Segera dia menukar topik.
“Stop, jangan nak tukar topik. Sini sayang, duduk sini,” Tangan mereka bersatu. Zahra hanya mengikut saja kehendak suaminya. Dia tak mahu jadi isteri derhaka.
“Ara, orang kata luahkan lagi bagus dari memendam seorang diri. Ara tak percayakan abang ke?” Dia sudah terjerat. Suaminya pandai bermain kata. Zahra terdiam.
“Ara, please! Abang tak mahu isteri abang macam ni terus. Abang tak suka. Suami mana gembira kalau setiap malam mesti isterinya nangis. Abang tak sanggup tengok isteri abang sedih-sedih. Apa guna abang sebagai suami kalau tak boleh membahagiakan isteri sendiri?” Taufiq meluah rasa. Dia kecewa dengan dirinya. Dia tahu Zahra masih berat mulut hendak berkongsi rasa. Namun, dia letih kerana berteka-teki dengan jiwanya sendiri. Apa masalah isterinya sehingga malam menjelma pasti tangisan melanda.
“Abang…” Terus tubuh lelaki itu dipeluk. Erat sekali. Seakan tak mahu dia lepaskan. Yang penting tangisan hiba mengiringinya. Taufiq memeluk kembali. Dalam hatinya tersimpan beribu persoalan. Namun, dia hanya mampu menenangkan isterinya kala ini. Dia mahu jadi suami terbaik.

Dia tak mahu melakukan kesilapan silam ayahnya. Cukuplah ayahnya dipenjara seumur hidup. Dia tak mahu jadi begitu. Masing-masing menyimpan rahsia. Taufiq hormati keputusan isterinya. Dia tak mahu bercerita tentang ayahnya. Jadi dia harus terima hakikat isterinya tak mahu bercerita tentang tangisan di malam hari.

Xxxxx

Masa melawat hampir tamat. Namun, keduanya diam seribu bahasa.
“Encik dengan puan nak cakap apa-apa tak ni?” Taufiq memandang isterinya, Zahra. Hanya tangisan yang dia lihat.
“Ayah, ini isteri Taufiq. Maaf kami lambat melawat,” Wahid terkejut. Dipandang lama wajah Zahra.
“Baguslah Fiq. Ayah nak pesan. Jangan jadi macam ayah. Ayah…” Lelaki itu pula menangis. Zahra tiba-tiba bangun dari duduknya.
“Ayah? Kau pembunuh! Memang patut kau duduk kat sini!!!” Zahra menjerit. Taufiq segera menenangkan isterinya.
“Zahra kenapa ni? Hei jangan cakap macam tu. Ni ayah abang tau,” Dia cuba menyedarkan Zahra.
“Zahhhrrraaa…” Wahid sekali lagi terkejut dan terus pitam. Taufiq terkesima. Segera pegawai penjara membawa ayahnya masuk ke dalam semula.
“Zahra kenapa ni?” Mata Taufiq tertancap pada isterinya yang ketakutan.
“Pembunuh. Dia pembunuh…” Tangisan kecil mula menyusul. Taufiq pelik. Mana Zahra tahu ayahnya seorang pembunuh? Dia belum bercerita lagi. persoalan bermain di benak fikirannya. Lantas dia keluar dari tempat itu. Dia hanya mampu mendoakan kesejahteraan ayahnya.
Zahra masih ketakutan. Seakan anak kecil yang trauma lagaknya. Taufiq memeluk erat bahu isterinya. Tersedu-sedu Zahra menangis.
“Zahra, itulah ayah abang. Dia kena penjara sebab membunuh isteri kedua dia…” Belum sempat Taufiq menghabiskan cerita Zahra menyampuk.
“Memang patut dia kena balasannya. Dia bunuh mak Zahra. Mak Zahra. Ayah abang kejam!” Dada suaminya ditumbuk-tumbuk. Segala kudrat seakan hilang. Akhirnya, Zahra pengsan. Trauma masih menghantuinya. Taufiq mencempung isterinya dan otaknya masih memproses maklumat yang diterima.

Akhirnya, Taufiq kelam dalam sejarah. Taufiq benci dengan sejarah mereka berdua. Sejarah menemukan mereka kembali. Taufiq buntu. Zahra yang dicintai rupanya anak kepada wanita yang dia benci. Dia benci kerana wanita itu merampas suami emaknya. Sejarah memutarkan fakta. Sejarah membelitkan jiwa. Kini mereka tersepit antara masa kini dan sejarah lampau keluarga. Yang penting Taufiq tetap cintakan Zahra walaupun payah. Zahra begitu juga. Walaupun mereka sebenarnya adik-beradik tiri!

14 comments:

CikUna said...

Ermm... Adik beradik tiri boleh kahwin sekali ke iffah ??? Huhu

Kira Kekuri said...

best! :D

kiera'sakura said...

sebenarnya peribahasa harapkan pegar, pegar makan padi.. pegar=org2 yg konon jaga sawah padi yg tlong halau brung.. akak pn bru tau taun lpas..hihi

Zahra dengan Taufiq bkn adik badik tiri kalau satu bapa, tak batal air sembahyang pun. lain la klu Taufiq atau Zahra tue berlainan ayah.

kiera'sakura said...

lupa lak tambahkan ayat.. myb Iffah patut buat sambungan menjelaskan apa jadi kt depa berdua ;)

Noraim said...

alahai, konflik lagi. heee.

dorg bukan adik beradik kan? bkn muhrim pun kn? sah la dorg kawen. mungkin dendam je dlm diri masing2.

Woofer Storm said...

slmt mlm iffah..

reenapple said...

interesting. lain dari yang lain.... heee.. sweet tu tak ada but ada.. ada... errr... apa entah... aku suka ini..hhehehe.

#harap3 taufiq tak berubah...tapi serius, aku rasa tak akan pernah wujud lelaki sedemikian, yg ambil berat terhadap isterinya sekaligus... hehehe. Aku beljar itu

maszull said...

assalamualaikum iffah...menarik cerpen ni syok baca...:)

Nong Andy said...

kelainan... dan aku suka.

*aku kena baca sekali lagi nanti.. sebab mata dah ngatuk. penghayatan kurang..

Eera Shera said...

woah baru baca part 1 huhu..ok skrg dah phm..oh best ni

dorg dah kawin bru tau sejarah silam masing2..

tp sedih jugak la bila taufiq ada blasah zara

Anonymous said...

Taufik anak dari isteri pertama.. Zahra anak dri isteri kedua.. Maknanya anak yang lahir dri satu bapa cuma berlainan mak kan.. Maknanya haram la perhubungan dorang.. Sebab dorang sebapa..

MR & MRS MAKMUM said...

boleh kawen ke.....

Anonymous said...

Assalamualaikum...Kalau nak tau adik beradik tiri boleh nikah ke tak,sila rujuk tafsir surah An-Nisa' ayat 23.;-)

Anonymous said...

Boleh klau xsama ibu and ayah..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers