“Bedebuk!!!”
“Adoi” satu mahluk besar rebah ke bumi.
“Malang betul nasib aku hari ni!” rungut Dian perlahan. Dia cuba bangun. Saiz badannya yang agak besar telah menyukarkan dirinya untuk bangkit semula.
“Siapalah yang bawa sial kat aku ni pagi-pagi lagi dah jatuh.” Bebelnya sendirian.
Dian seorang gadis bertubuh comel. Bukan setakat comel tetapi dua kali ganda comelnya. Saiz badan XXL itulah membuatkan ramai yang mengenali Dian, seorang gadis pintar.
“Hai Dian comel. Terjatuh ye. Kesian…” lantas suara-suara sumbang ketawa berdekah-dekah kedengaran.
Dian lali. Ejekan itu sudah selalu didengar. Walauapapun yang terjadi Dian redha. Dia bangga menjadi dirnya. Saiz badannya tidak pernah di jadikan alasan untuk kembangkan potensi dirinya.
“Aku memang comel pun,” balas Dian dengan gah sambil bangun dari lantai koridor. Namun pemilik suara-suara tadi sudah jauh meninggalkan Dian. Dia termangu seketika.
XXXXX
“Manja mama bila nak balik?”
Suara di corong telefon N90nya bertanyakan hal yang sama. Mama…mama…
“ Yup ma. This week tak balik ma. Banyak kerja nak dibuat.” Nada suaranya diubah menjadi manja seperti anak kecil.
“Laaa…kenapa?tak boleh ke buat kat umah. Mama rindulah kat anak mama sorang ni…blah…blah…” telefon dijauhkan dari telinga.
Dian bosan diperlakukan macam anak kecil.
‘Mama ni tak penat ke membebel kat aku…huh…don’t try this at home ok.’ Dian ketawa kecil.
“Yan…yan…yannnn, dengar tak mama cakap ni? Kamu ada lagi tak ni?” suara puan Linda makin kuat.
‘Alamak kantoi pulak’ katanya sambil garu kepala yang tidak gatal.
“Ye yan dengar ma. Tadi ada membe panggil,”
“Yela tu. Macam mama tak tahu. Mama tak kira. Yan kena balik jugak. Lagipun kita ada tetamu istimewa. Jangan lupa tau!” Puan Linda masih berkeras.
“Ok mama. Yan balik.” Nadanya tak seceria tadi.
“Macam tulah anak mama. Okeylah, papa kamu panggil mama. Jangan lupa tau!.....”
Ayat seterusnya Dian tidak mampu mendengar lagi. Suara mamanya yang nyaring mampu tembus lima buah bangunan sekaligus semakin perlahan dan terus tiada. Punat merah ditekan dan badannya dicampakkan ke atas katil.
“Aaahhh benci betul aku”jerit Dian sepuas hatinya.
XXXXX
“ Masuklah Datin Rabiah, Datuk Syafik.” Pelawa Encik Ikhmal.
“ Alamak tetamu papa dengan mama dah sampai. Aku baru nak melantak ayam golek ni. Kacau daun betul” rungut Dian. Seleranya terganggu. Di ruang tamunya, kelihatan seorang jejaka yang amat dikenali.
“Ya ALLAH. SyahFitri. Apa dia buat kat rumah aku ni.” Dian mula tak tentu arah.
Mana tidaknya lelaki yang dia minati sejak masuk Universiti Putra Malaysia dulu. Kini dia sudah berada di akhir tahun.
Dian mula mencuri dengar perbualan orang tuanya itu. Namun mulutnya tak berhenti mengunyah kentang goreng. Tiba-tiba perutnya rasa senak. Terlebih makan agaknya.
“Adoi sakitnya perut aku,”
Kaki Dian berlari kearah tandas yang berdekatan.
XXXXX
Di ruang tamu pula, perbualan masih rancak kedengaran. Suasana menjadi lebih serius. Tiada lagi gelak tawa antara mereka.
“Macam nilah Ikhmal…Linda. Anak kami, Syah ni sudah tahun akhir. Kami memang berharap sangatlah kamu berdua dapat menunaikan permintaan kami yang besar…” kata-kata Datuk Syafik terhenti apabila terdengar bunyi kuat dari arah dapur.
“Ya ALLAH, apa bunyi tu?” kata Puan Linda separuh menjerit.
“Lin nak periksa sebentar.”
“Aunty, saya nak ikut.” Kata Syahfitri dengan sopan kerana dia juga kepingin tahu apa yang ada di sebalik tirai dapur itu.
XXXXX
“Yan anak mama!!!” jerit Puan Linda terkejut.
Dian yang terbaring di lantai basah kelihatan malu. Syahfitri yang diminati telah berada di depan matanya dan dia terbaring. Keadaan yang sangat memalukan. Tiba-tiba dapat satu idea iaitu…
“Yan…yan… anak mama. Bangun sayang.” Terasa pipinya ditepuk-tepuk.
‘Sakitlah mama. Wahai kandaku cepatlah pergi. Malu…malu…’ jeritnya dalam hati.Tak lama kemudian Dian diangkat ke ruang yang selesa untuk berbaring. Seperti benda yang empuk. Mungkin katil Bibik. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan setelah pasti semua tiada di situ.
“Opocot mak kau meletup!” jerit Dian. Tangannya sudah melekap ke mulut. Di pintunya terdapat susuk tubuh manusia. Siapa lagi kalau bukan jejaka hensem.
‘Wah aku nak pitam lagi…’
“Dah, jangan nak berlakon lagi. Aku tahu ko tipu tadi. Aku nak ko dengar betul-betul.” Serius nadanya. Syahfitri berwajah lonjong, kulitnya cerah, rambutnya terpacak. Sekali pandang persis Shah Rukh Khan versi cerah.
“Ko dengar tak perempuan??” suaranya tinggi.
“Hah” terkejut Dian. ‘Asyik sangat meneliti wajah orang. Kan da kantoi…’
“Aku tak suka rancangan family kita. Semua tu mengarut. Aku nak ko pujuk mak bapak ko untuk reject. Ko faham?” wajahnya bengis. Hilang kemachoaannya seketika.
“Aku tak faham. Apa yang nak di reject?” tergaru-garu kepalanya.
“Apasallah ko bengap sangat. Aku kata aku tak suka. Ko kena bagi tahu kat mak ko tu kau tak nak KAHWIN dengan aku. Senang kan?”
“Suka?”
“Kahwin?”
“Siapa yang nak kahwin?” Dian masih blur.
“Kau dengan aku kena kahwin…tapi aku tak nak. Aku tak suka. Dah faham cik adik?” syahfitri meraup mukanya. Tekanan otaknya melayan karenah perempuan.
“Ooo kita kena kahwin. Nape ko tak suka?” blur lagi.
“Dahlah malas aku layan ko. Yang penting aku nak ko reject peminangan tu nanti kalau tak tahulah nasib ko!” ugutnya.
Sedar tak sedar air mata Dian mengalir deras. Tidak sangka dirinya begitu hina dimata Syahfitri. Dia pura-pura tidak faham kerana ingin melihat sikap sebenar Syahfitri. Namun, segalanya terbukti. Lelaki itu tidak sukakannya dan tak ingin berdamping dengannya. Malam itu menjadi malam sendu untuknya.
XXXXX
“Kenapa Syah buat mummy macam ni? Apa kurangnya Yan?”
“Syah tak suka dia.” Ringkas sahaja kata-katanya.
“Kenapa? Sebab dia gemuk? Macam tu cara Syah nilai hati budi orang ya? Mummy tak sangka.” Datin Rabiah berlalu pergi. Dari jauh Syah tahu mummynya kecewa dengannya.
“Daddy tak tahu nak cakap apa lagi. Mulai sekarang Syah buatlah keputusan syah sendiri. Daddy tak nak campur.” Daddynya turut kecewa.
Syahfitri terduduk. Seakan menyesal dengan tindakannya. Dia terlalu bodoh menilai cinta. Safira yang diidamkan ternyata curang dengan kawan baiknya sendiri, Ameer. Dian pula terus sepi setelah kejadian malam itu. Dengar khabar, Dian membawa dirinya ke London. Syahfitri merebahkan dirinya dengan penuh sesalan. Di hatinya, masih menanti Dian yang di pandang rendah kerana XXL. Dalam tidak sedar dirinya telah jatuh cinta pandang pertama semasa melihat Dian terbaring di dapur suatu ketika dulu. Namun, ego mengatasi segalanya.
XXXXX
2 TAHUN KEMUDIAN…
“Cik Dian, terima kasih kerana menjadi model produk kami. Saya berharap awak akan temui cinta sejati awak.” Kata Doktor Meng Hat.
“Terima kasih, saya hargai pertolongan doktor.” Dian tersenyum puas. Badannya makin solid. Kalah mama. Gelaknya dalam hati. Untung Dian kerana bertemu dengan Doktor Meng Hat di tepi jalan semasa cintanya di reject mentah-mentah.
Kini wajahnya telah menghiasi dada-dada akhbar dengan mempromosikan produk kelangsingan untuk kaum XL plus-plus. Jus mate ternyata berkesan setelah berusaha sehabis daya.
“Gedebuk!!!”
“hoi jalan pandang depan la.” Kata lelaki serabai didepannya.
‘Ish mamat ni nak kena. Dia yang langgar aku.’ Bebel Dian sendirian.
“wah lawanya. Maaflah, saya yang salah.” Kata lelaki itu sambil tersengih-sengih.
“hoi mamat. Aku lawa baru nak minta maaf. Kalau gemuk? Sampai mati pun ko salahkan aku kan?” balas Dian geram. Lantas berlalu. Mamat tadi masih terpinga-pinga. Orang ramai melihat ke arahnya. Semua menyalahkan lelaki itu.
“Dian….diannn tunggu.”
“Siapa pulak panggil aku ni. Ada orang cam aku ker?” rungutnya.
“Do I know you?” cermin mata di tanggalkan. Syah…
“Saya syah, kenal lagi?” wajahnya agak cengkung dan tak terurus. Wajahnya begitu mengharap namun Dian pun tak pasti apa yang diharapkan setelah lelaki itu membuangnya.
“Maaf, tak kenal. Saya busy. So goodbye.” Dengan angkuh Dian berjalan. Baju blaus yang disarungkan menampakkan seperti isteri orang kaya.
‘Biarlah. Bila lagi nak vogue? hahaha’
XXXXX
“Yan, mama ni. Yan balik sekarang. Papa yan mengamuk…tut…tut…tut…” talian teputus.
“Kenapa mama dengan papa ni?” Dian pelik.
Sejam kemudian, setibanya Dian di rumah. Kelihatan ramai orang di luar rumahnya. Seperti ada kenduri. Jangan-jangan papa…
“Mana pengantin perempuan? Lambatlah. Kan akad nikahnya petang ni?” mak Andam membebel lagi. Riuh rendah rumahnya. Dian nak pitam. Papa mengamuk? Siapa meninggal? Pengantin?
“Gedebuk!”
“Yan anak mama. Wake up honey. Kita kena bersiap cepat. Ada lagi sejam nak ke masjid.”
“Kenapa nak ke masjid ma?” Kepalanya pusing lagi.
“Awak nak nikah. Pihak pengantin lelaki dah gerak. Kita tak siap-siap lagi”
“Kenapa tergesa-gesa?kenapa tak bagitahu Yan dulu. Yan tak nak ma.” Tangisan mula kedengaran.
“Ikut cakap mama. Yan bersiap dulu.mak cik siapkan anak saya ye.” Kata mama dan berlalu pergi. Dian kecewa.
“Aku nikahkah dikau dengan Dian Aliyah bin Ikhmal dengan mas kahwinnya Rm80 tunai.”
“Aku terima nikahnya Dian Aliyah bin Ikhmal dengan mas kahwinnya RM80 tunai.”
“Sah?...sah…sah…”
Air matanya bergenang. Kini di bergelar isteri orang yang tak dikenalinya.
“Dian, maafkan abang. Tak beritahu sayang awal-awal. Maafkan abang.” Lantas hinggap kucupan suci di dahinya. Mata dibuka dengan penuh debaran. Dan…
“Awak?”
“pengantin pengsan!!!”
Terima kasih cinta. Saya akan hargainya. Syah terima kasih sudi terima saya walaupun dulu dah kena reject. Mama, memang suka buat anak mama pengsan kan? Hek3 to my little angle, Dina Liliana. Jangan makan banyak-banyak nanti gemuk macam ibu.
Diari ditutup. Dian melihat badannya sekilas.
“Adoi membazir aje pergi London Weight management dan minum Jus Mate“ rungut Dian.
Badannya berubah menjadi XXXL setelah lahirkan Dina. Alahai badan. Badan direbahkan dan di tariknya selimut.
“Selamat laki aku tak kisah.”
Tinta penulis: garapan ketiga saya...harap korang terhibur...cerita ini rekaan semata-mata...ambil yang jernih dan buang yang keruh...
Post by,
Miss Ran
3 comments:
nak dian saiz M leh tak? S pn okeh jugak.. lalalalalala~~
dian comel je :)
ahaha..bahagia selepas kahwin..
Post a Comment