CORETAN TERBARU NADH

Tentang tangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita tak nampak yang terbaik untuk kita, jadi orang tunjukkan yang terbaik dari sisi pandangan mereka.
 Okey itu status aku di FB. Sebenarnya aku terfikir semula. Ya, orang memang nampak apa yang kita tak nampak. Sebagai contoh, jumaat lepas aku hantar Cheese Powder kat blogger, Kak Lydia Miza. Borak dari petang sampai ke Maghrib. Macam-macam isunya. Antaranya, tangan. Ya, tangan aku. Bagi nasihat kat orang pandai je aku ni. Nasihat kat diri sendiri?

Kak LM tanya pasal tangan. Masih pergi jumpa doktor ke? Apa nak buat? Bila nak bedah? Kenapa nak biarkan je? Macam-macam. Aku senyum. Tak tahu nak jawab apa. Sekali aku kata, "Mungkin kena ada suami kot. Baru ada motivasi nak membedah, mencantikkan tangan, memulihkan ke apa," Aku edit sikit ayatnya. Lupa. Dia jawab "Kalau dia nak Iffah, dia mesti kena terima seadanya. Tangan macam ni pun kena terimalah..."

Aku terfikir lagi. Ada ke lelaki nak terima senang-senang je? Ya, ini cerita benar. Bukan dongeng. Cacat. Kalaupun bakal suami terima, tak tentu mak mertua dan keluarga dia terima betul tak? Nak sarung cincin terkejut tengok tangan aku ni? Haha ada yang sakit jantung kang. Takpun, mesti ada perli-perli, "Ini boleh perah santan ke tak ni? Boleh buat kerja tak ni?"

Aku terfikir lagi. Bila masa aku nak pulihkan tangan sendiri. Orang lain reti nasihat, yang merasa? Hurm aku malas nak fikir tapi aku terpaksa fikir. Kalau iya tangan aku boleh dibaikkan dengan pembedahan, sanggup ke aku mengharungi pembedahan, kesakitan, kesengsaraan kali kedua? Sanggup kena tahan wad? Aku geleng laju-laju.

Jadi, tunggu masa dan ketikanya. Hati aku yakin membetulkan semula tangan ni. Serius aku dikenali di tempat belajar dengan tangan ni. Aku ialah budak yang kena jawab exam pakai laptop, aku adalah budak yang terbakar tu. Tengok tangan je junior kenal aku ni senior. Padahal aku tak pernah bertegur sapapun dengan dia. Hanya kerana tangan... Boleh buat kistot ni heee~~~ Korang jangan risau, aku masih boleh terima diri aku seadanya =)

21 comments:

Aien Not Alien said...

paling penting kau boleh terima keadaan ko sebaiknya dengan redha itu semua ketentuan Allah...menguji kau sebab kau mampu iffah. heeee...kuat ya iffah!!

Kak iman said...

salam kak lama iman xdtg sini..skunk iman dh jrg nk update.pack koje xrehat dri pg smpai kul11 mlm.kul7 kena msuk keje dh laz2 blood presure iman tinggi so efektif iman amik exceutive blood antar mkmal..berkenaan en3 akk nh.iman suke biarlah org nak kata kite pe.insyallah jika dia jodoh kita maka dia akan menerima segala kekurangan kita.tapi org xley anggap org mcm akk 1 kekurangan tapi 1 kelebihan cz iman pon d pengalaman kt anak buah iman yg bru lahir. baby nayli terlebih jari kaki tapi kami sekeluarga tetap menerima dan anggap 1 kelebihan xterlintas langsung sebagai kekurangan..sebagai shbt akk merangkap adik akk iman sentiasa mendoakan yg terbaik dan yakinlah jnji allah 2 ^_^

wallauhalam

abang bro EL said...

sabar je..Allah tahu apa terbaik untuk kita (heleh senangnya abang bro cakap kan..)

Kira Sakura said...

entah kenapa akak sebak baca entry nie. akak doakan iffah bertemu seseorang yg blh terima iffah seadanya. yg sanggup pertahankan iffah walau apa pun yg jadi.

rasa mcm nk buat kistot la jugak nt akak pm erk... hihihi

anamizu said...

sayu bace cite ipah ni.. betol. org yg nmpk takkan penah sama dgn org yg merasa sendiri..

mcm cik ana dgn abg renjersngai pon kisah TANGAN camni juugakla. dia pon kurang upaya sbb terbakar. sayu tiap kali pandang die. tak tahu betapa berat dugaan yg insan mcm ifah & abg renjer terpaksa tanggung..

takpe,doa byk2.insyaallah ada hikmah dia nanti masa depan. yakin ! :)

Nong Andy said...

sebab tangan jadi femes pula ya.. mungkin sangat menarik perhatian dan mengundang tanda tanya.. tu yg org mula perhatikan tu.. tak sengaja jadi femes pula :D

aku HaniAsyira said...

kiranya dah jadi identiti lah kan.. =)

AY said...

hahaa.. tangan pun nak femes2 nie kann..

Cikgu Ma said...

lain orang lain masalah...saya bermasalah tentang tangan juga...sukar nak jujur disini...

MalizaMah said...

iffah terus cekal k. apa2pun.. seseorang mulia dan baik bukan dinilai dgn tangan atau rupa.
tp hati..
ok dear.. be strong.

Unknown said...

Jap-jap. Kenapa dengan tangan anda? Rasa nak tahu. Kawan saya elok bukan main segak, kacak, boleh je terima isteri tak ada kaki sebelah. Benda fizikal yang sikit-sikit boleh letak tepi.

maszull said...

assalamualaikum iffah...ada hikmah disebalik semua itu dan kesabaran itu satu nikmat yang dikurniakan Allah pada umatnya...

hanya orang2 yang menghayatinya akan merasa akan kebesaran Allah yang Maha Esa...

kekuatan itu satu semangat yang ada dalam diri dan janganlah mudah putus asa teruskan perjuangan hidup ini insyaAllah pasti akan berjaya menghadapinya dengan mudah dgn izinNYA...:)

shinji izac said...

biar luar seburuk mana pun, yang penting hati baik... :)

shida anwar said...

kuat ye dik

Unknown said...

Iffa bagi aku klw org tu ikhlas nak ko macam ayat ko ni "Kalau dia nak Iffah, dia mesti kena terima seadanya..." dan yang penting kalau JODOH tak kemana insyallah...

kalau sempurna seluruh badan pun tak tentu lagi hati dalamnya sempuran... ingat tu... :)

boni kacak said...

awak.. kalau dah namanya cinta, pasangan kt pasti akan terima kita seadanya... kecacatan bukan alasan utk kita rasa rendah diri dalam percintaan.. pernah dengar tak, kelemahan dan kekurangan kita sebenarnya adalah keistimewaan dan kekuatan kita ...

aDisH.sHidA said...

iffah...akak mintak maaf jugak sebelum nie ada jugak tanya kan iffah tentang ini..akak turut simpati dengan iffah,kecian tengok iffah mcm tu..kita yang tegok pun dah sakit apa tah lagi org yang tanggung nya..insyaAllah iffah akan ketemu jejaka yang boleh menerima kita seadanya...kuatkan hati ye iffah

Bidadari Syurga said...

DIA beri macam2 dugaan. DIA beri keindahan dengan cara yang DIA mahukan. kamu dihadiahkan dengan akal yang sangat bagus dalam bidang penulisan. komputer sebagai alternatif. Itu satu pemangkin, satu realiti, kekadang kita tak sedar... menulis dengan hati, tak sama menulis dengan tangan...

ps: hati yang indah, dapat menghasilkan pelbagai cerita. so, lupakan semua kekurangan, cari kelebihan yg ada dalam diri kamu iaitu menulis dengan jiwa. mana tahu, satu hari nanti, ada novel hasil garapan kamu yang bisa akak beli dan jadikan koleksi.

reenapple said...

Dari apa yang aku bca dari ini, kau kurang keyakinan diri bila ia melibatkan tentang tangan kau. Maaf. bukan nak buat kau sedih tapi itu yang andaikan. Betulkan aku kalau aku salah.

Kau risau kalau orang tak dapat terima diri kau seadanya but aku yakin ada someone kat luar sana akamn terima kau seadanya. Masa hadapan kita semuanya di \tangan Tuhan. DIA yang tentukan.

dEdEQ dE wIshEs said...

ALHAMDULILLAH .. ^_^

kay_are said...

sebab aku tak pernah tau pun ape2 disebalik tangan tu so nak komen pun tak reti.. ape pun, yang penting diri sendiri leh time kan.. orang nak kata ape biar r.. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers