CORETAN TERBARU NADH

SEGMENT MATI KUTU

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik je kat banner sengal ni untuk ke blog empunya segmen
Malam gelap sekali. Zaimah dan Umar merayau di pekat malam. Setiap halangan mereka tepis dengan hemah. Risau pemilik hutan belantara tersedar kegiatan mereka setiap hari. Terutama sewaktu gelap sebegini.
"Umar, jom rehat kejap..." Zaimah kepenatan. Dia sangat haus.
"Alah kau kak, kat sini tak banyak hasil. Kalau nak berjaya tak boleh cepat letih tau..." Umar bersila. Dia turutkan juga sahabatnya. Mereka menguis-nguis tapak yang mereka duduk.
"Kau kena faham, aku kan warga emas. Dah-dah kita minum kat sini je... kalau kau tak kenyang, kau pergilah depan lagi. Aku tak larat dah..." Aduan Zaimah menimbulkan rasa simpati. Lantas Umar dan Zaimah minum selaju mungkin. Dahaga sangat keduanya. Sedang asyik mereka menghisap, mereka terasa gegaran yang melampau.
"Weh gempa bumi ke?" Zaimah mengelap mulutnya. Cecair terpercik di mukanya.
"Ah, minah ni dah bangun aku rasa. Jom blah weh..." Umar pantas bangun. Cuma Zaimah saja yang terkial-kial. Dengan sekali libasan, Zaimah terpelanting. Angin terlalu kuat datang. Umar hanya mampu menjerit melihat sahabatnya terjatuh ke lantai.
"Zaimmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!" Tangisan jantan meraung yang sangat tragis membawa Zaimah pergi. Akhirnya, Zaimah mati dipijak Minah gergasi. Hanya Umar yang meraung dari hutan belantara. Beribu sesalan pun tiada guna. Demikianlah kisah kematian seekor kutu bernama Zaimah.

Tamat! Nama dan cerita adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. LOL

#Selamat bersegmen korang. Mohon join dan serlahkan bakat korang =P
#Gambar kena PM? PPP, kau kan secret admirer aku, haruslah banyak gambar aku kat kau. Mohon ambil yang mana berkenan =='
#Setiap nama pelakon ada magic, mohon klik =P
#Tag : MIKO 1 PACK, ZAITUL SAMEON, NONG SUGAR GLIDER, AIN SENGET, DIKBO LESUNG BATU dan yang nak join dipersilakan.

16 comments:

paripariputih said...

LOL mengong sungguh n3 ko ni kan.. aku mentabah weh baca dari hujung rambut sampai ke kedua-dua hujung ibu jari kaki aku boleh ekekeke.... tak yah gambo ko kat aku lagi byk yg cantik2 drp kat koleksi ko tu harap kak long... b.t.w thanks join... la la la... mohon promote weh kat sapa2 lagi yg nak enterprame lam bideo ni.. la la la la la

Seneorita Baharin said...

hahahhaaha, sengal...ok will join it.. :D jap nak buat n3..kehkeh

kopi pasta said...

kahkahkah, wlaupun aku tak berapa nak faham plot penceritaan, tetapi kenapa mesti watak Zaimah tu dipilih utk dipijak mat dek gergasi tu. aku syak gergasi tu engkau!

1 packs? terlebih 's' di situ..

Lelaki Ini said...

yeyeyey! zaimah dh mati!

paripariputih said...

Umar SEKEH nak??? LOL aku jadik mama digital nanti... siap ko la la la lala >..<

Sunah Sakura said...

yu ni...i sekeh yu dulu nak? ade ke patut rupanya cite kutu...i ingatkan diorang manusia....ni kejadahnye menghisap...lepas tu baca sampai habis...lorhh...patutlah, kutu rupanya...=.="

Nur Zulaikha said...

akk..x baik tipu kte taw..huhuhuhu..kutu pun blh jadik..haha

paripariputih said...

aku ketawa vibrate baca komen si sunah sakura ekekeke

N.Aima K said...

kih3x selamat bersegmen

deno said...

good luck ifa!! deno.... deno tak pandai bab2 mcm ni... hehe

Dik bee said...

serius aku boleh gelak bila baca cite ko ni... thanks jugak sbb tag tp aku belum mampu nak menghasilkan sebarang karya buat masa ni... nantilah aku join...huhu

kiera'sakura said...

laaaaa kutu rupanya kihkihkih :p

Mas Zull said...

assalamualaikum iffah...selamat bersegmen yer...:)

Nong Andy said...

aku dah agak sikit-sikit yg derang tu kutu kehkehkeh.. pasal aku dah baca segment mati kutu kat blog PPP dia borak pasal pelbagai kuta kekekekek..

Nong sugar glider pun kena tag? ahahahahahah...

bertabah aku... aku nak jadi juri aja. tapi bahaya juga kalau aku jadi juri.. tak pasal-pasal aku bias.. kekekekekke

TiranaAduka said...

salam
Fenin ta membacanya

kay_are said...

tak pasal2 je kan mati sekor kutu..pandai ko interpret name segmen tu..=P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers