CORETAN TERBARU NADH

Tak nak berpurdah?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
AMARAN: Entry ini hanyalah pendapat dan luahan penulis sahaja. 

Aku pernah teringin nak berpurdah. Aku kagum tengok orang berpurdah. Comel walaupun bertutup. Mata aku ni nakal nak tengok kelibat dia. Tengok, mata seorang perempuan pun masih tertarik melihat sesuatu yang bertutup sempurna. Inikan pula lelaki?

Aku juga pernah tanya kakak aku yang bertudung labuh. "Tak teringin nak berpurdah ke?" Sebab aku memang jauh sekali nak berpurdah. Kena tutup aurat sempurna barulah fikir ke arah berpurdah. Jadi dia jawab, "Tak naklah pakai. Sebab tanggungjawab besar nak berpurdah ni..."

Aku terdiam dan aku terfikir balik. Ya, banyak perkara harus difikirkan bila nak berpurdah. Mulakan dengan niat. Niat tu untuk apa? Adakah pakai sebab rasa comel? Sebab rasa baik? Atau nak orang tengok dialah orang paling alim? Sebab tu ramai bila dah berpurdah, tak tahan. Sebab fitnah yang mungkin akan timbul di kemudian hari.

Kesimpulannya, nak berpurdah atau tidak terpulang kepada individu itu sendiri. Sebab muka wanita Islam tak wajib ditutup. Kalau betul nak pakai, kenalah istiqamah kan? Lagi satu, bila dah pakai, haruslah perangai seperti luaran. Jangan aurat terjaga sempurna, tapi mulut lagi berbisa dan aktif melakukan dosa. Di mata manusia kita boleh mengaburi dosa yang kita lakukan dengan pemakaian kita, tapi di mata Allah? Renungkan. Akhir sekali, sama-samalah kita memperbetulkan diri. Baiki mana yang patut dan berubah ke arah kebaikan. Jangan nampak dosa orang, dosa sendiri menimbun segunung tak pula kita nampak. Eh!

Aku ada merujuk entry orang lain tentang berpurdah. Korang boleh rujuk juga di link di bawah.
Perbetulkan niat untuk berpurdah

*Entry ni dah lama aku peram, sebab status Miko, aku terpublish.. heee

18 comments:

Ooh Deo said...

Kalau perangai nak mengikut luaran mmg takkan lama la iffah.. sepatutnya perbetulkan yg dalam baru nampak cermin luaran..

Tu yang timbul tuduhan hipokrit, fitnah itu ini dtg.. sebab luaran langsung tak mencerminkan dalaman..

Bayangkan orang tu pakai jubah tutup labuh, sebab apa? untuk orang lihat atau untuk Allah yang lihat? kebanyakkannya hanya fikir apa yang org akan lihat.. apa pandangan manusia.. apa yang manusia akan kata..


Unknown said...

nak berpurdah tak salah...tp biarlah kita teguh basic kita sebagai seorang wanita Islam dulu...betulkan perkara yg wajib dahulu...sbb kalau wajib kita dah goyang...apa gunanya kita berpurdah kan? hhooo...tajuk ni extream...sy suka...

Unknown said...

mukaku hanya untuk tatapan suamiku yang sah. haaa, tak ker sweeet mcm tu... tp pandangan prejudis sesetengah org ni mmg tak dpt nak elak. tp ada jer yg wat rilek jer. huhu. apapun aku suspek diaorg. eh silap. aku respek diorg :)

Nina Mads said...

Salam.. bru 1st singgah sini :)

Niat yg ikhlas, Allah pasti tahu

anak ayah said...

teringin sgt nk btudung labuh..bpakaian longgar..rasa sejuk je mata ni bila tenguk muslimah yg mcm ni.tp xtaw ble diri me nak berubah :(

org ckp step by step. semoga dipermudahkan. baik luar baik dalam.

Syazana Zainn said...

yg penting kena istiqamah, kalau luaran semua dah ok tp dalaman hampeh pon tak betul juga kan

tepuk tanya tanya iman :)

Unknown said...

betul tu, setuju dgn akak iffah...yg penting bila kita buat seseuatu tu kenalah istiqamah betol3 dan baiki diri dulu kan...Semoga kita semua mendapat hidayah dariNya. :')

Puyak said...

aku pon penah terpikir. seronok tgk org berpurdah. tp tu lah. diri sendiri tak habis istiqamah lagi. kena banyak munasabah diri balik.

kita cuba sama2 betulkan mana yg wajib. :)`

Kira Sakura said...

betul tue sedangkan kita yang perempuan nie sendiri pun suka tgk gadis berpurdah :)

Sunah Sakura said...

yu.....entry yu i baru baca saat ni..i baru je lepas update sesuatu yang berkaitan dalam entri i...

dan betul kata yu...sedang perempuan pun tertarik kepada sesuatu yang bertutup...memang, i sendiri akan curi2 tengok gadis berniqab ni...dan i setuju, kena betulkan niat...kebanyakan yang datang ke booth jual niqab, i tengok pakaiannya belum menutup aurat secara sempurna...dan ada yang membeli menyebut, "nak belilah, nampak cantik aje!"

i rasa niat dah salah...i kecewa sangat2...tapi i doakan aje, yang membeli tu satu hari nanti akan terbuka hati menerima hidayah..

Nurul Says said...

tak pa kalau nak berpurdah terus pun boleh..sambil berusaha utk berubah kan?

hana hadi said...

mmg xdinafikan. yang berpurnah ni cantik.

tapi kena hati2. ada sesetengah org berpurdah ni dia amalkan pukau. sebab hana dulu kerja chasher kat giant. mmg di nasihatkan kena berhati2. sbb pernah berlaku sebelum2 ni kat situ.

dan hana sendiri pun pernah kena. RM100.lepas dia beredar dari kaunter. baru hana tersedar. pastu tengok cctv. mmg betul.huhu

Nur Zulaikha said...

suke entry akk..pernah jgk nk merasa berpurdah tp fikir2 balik..cukup kuatkah aku..knp nk berprdah?sebab ape?bile tgk org berpurdah rase cmburu sgt2 sebab mereka diberi kekuatan utk berpurdah..huhuhu..
kain purdah tu dh lame perap cume xbrani nk pakai...

Encik H said...

aku setakat ni belum pernah terfikir untuk berpurdah..:|

Nong Andy said...

wah..wah.... aku terpegun kejap dgn n3 ni :)... dan juga dgn komen si kopi kekekekekek

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

b'hijrah dgn ikhlas. in shaa allah.. akn t'serlah smpi ke zahir.

Amaliena Ros said...

nak berpurdah lahi satu kebaikan..tp sebelum tu, mcm yg rakan2 komen diatas tu, kena mantapkan diri kita yang sekarang ni dulu, tetapkan hati untuk menutup aurat dengan sempurna, InsyaAllah suatu hari berpurdah pula..:)

kay_are said...

bende2 macam ni, sume nye depend dekat diri masing2.. tapi memang banyak cabaan terutama cakap2 orang sekeliling..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers