CORETAN TERBARU NADH

Cinta saja tak memadai...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kembali ke arena percintaan. Er bukan. Maksud aku, tema entri kali ini ialah cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta yang bisa membutakan mata orang yang terkena panahannya. Cinta yang buat orang sasau hingga lupa mana haram mana halal. Atau cinta yang kononnya mahu kekal sampai ke syurga tapi terputus di tengah jalan?

Cinta saja tak cukup menjamin kebahagiaan korang lepas kahwin. Cinta saja tak kan kemana. Serius! Jangan nak agungkan sangat kisah cinta korang tu. Sweet macam mana pun sebelum nikah, ia tak mendatangkan jaminan kehidupan lepas kahwin itu sweet. Nak kahwin bukan senang.

Kahwin tu melibatkan keluarga. Duit. Tanggungjawab dan yang paling utama ialah agama. Sebab kita nak membentuk keluarga baru. Ilmu itu perlu. Agama itu perlu. Bukan I suka you, you suka I. Jom kahwin. Semudah itu? Esok lusa cerai. Sebab? Ilmu tak cukup. Tak sedia nak galas tanggungjawab lepas kahwin.

Cinta tak mendatangkan kebahagiaan kalau tak disulami dengan rasa tanggungjawab, pegangan agama yang kuat, nilai-nilai murni yang lain. Janganlah harap sangat pada cinta. Kalau cinta makin pudar satu hari nanti, kita pun mintak cerai sebab dah bosan. Boleh ke macam tu? Kahwin bukan perkara mudah kalau hanya cinta je yang kita pegang.

Lagi satu, Hilal Asyraf ada sebut, kalau orang ingat kahwin ialah jalan penyelesaian masalah maka dia akan menghadapi pelbagai masalah. Jadi, renungkan...

*Aku nak pergi camping jumaat, sabtu, ahad dan isnin. Maka bersawanglah blog ini >_<

20 comments:

hana hadi said...

camping apa? nnt share ye..

hana sokong 100%. cinta saja xcukup kan. senang2 je cakap aku cinta kau. ceahh.. ikut kata hati la tu. masa akan datang xfikir

Unknown said...

sob sob, sama2 kita renung2kan dan selamat beramal....really nice entry sis....tengah merenung masa depan....

reenapple said...

cinta itu menyakitkan.. wuwuwuwuw. =P

#selamat bercamping. Aku harap aku tak rindu kau nanti. Ekekekek.

cimöt said...

cinta tu bisa mengenyangkan ke? hahaha...

alam perkahwinan tu bkn melibatkn cinta semata ye dak? tapi tanggungjawab dan sedia apa saja.. cinta dek angan2 saja laaa

boni kacak said...

saya 200% sangat2 setuju dengan entri ni!!!

Unknown said...

ilmu tu penting utk alam pkahwinan. Sebb, rumah tangga ni kena urus byk benda. hihik. so, get prepared b4 kata setuju nak kawen..

Izwa Kamaruddin said...

nice :)

Unknown said...

hahaha...agreed kak!! memang..perkahwinan bukan satu perkara yang main2...besar tanggungjawabnya

ZULHILMI TEMPOYAK said...

cinta mukabuku den tau.. heheh

Anonymous said...

pemikiran ko macam si darko bila aku persoalakn kawen .

aku harap aku akan kawen dengan org yg tepat , masa yang tepat ,

sesungguhnya aku dah dewasa !! sbb aku setuju kawen bukan semata2 demi cinta saje.. :P

cikjetoll

Unknown said...

dah cukup syarat kahwin je lah..

Unknown said...

hurmm bgus la ko mampu mnaip pasal ni. itu petanda jodoh ko dh dekat...ehhh. jgn ditangguh2. perempuan cepat menTUA berbanding lelaki

Nong Andy said...

ya... macam yg aku selalu kata..

cinta saja bukan janji sebuah bahagia...


apa pun aku harap cinta akan jadi tunggak kekuatan dlm rumah tangga dlm membina bahagia..

cinta pada-NYA salah satu tunggak itu :) in sha Allah

Sunah Sakura said...

untungla pergi bercinta..eh! untungla pergi camping!

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sume kene seimbang. wasatiah katanya kn.. br la buleh kecap bahagia. in shaa allah..

MalizaMah said...

susah kalau nk sebut pasal cinta ni. haaaaaaaaaaaaa

Kira Sakura said...

bercinta kerana Allah. insyaAllah kita akan ingat amanah dan tanggungjawab yang dipikul :)

Dayang Deno said...

muhasabah diri.... walaupun tak pernah bercinta, ingatan ini boleh dijadikan panduan deno utk masa depan :)

kay_are said...

setuju sangat.. cinta bukan boleh bagi kita makan pun..so cinta dan keperluan lain mesti r seiring..

Admin said...

Setuju..
Di waktu bujang, kena cari banyak bekalan :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers