CORETAN TERBARU NADH

Oh Tuhan, sungguh aku rindu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rindu adakala melemahkan diri. Rindu adakala memakan diri. Rindu adakala menyesakkan hati dan sanubari. Ada apa dengan rindu? Salahkah bila hati terdetik dan ah aku sedang merindu seseorang. Ego menghalang aku. Rindu hanya mampu ku simpan rapi dalam diri. Perit!

Rindu pada yang tak sudi. Ibaratnya kau main layang-layang tanpa angin. Sungguh layang-layang takkan mampu terbang tinggi. Layang-layang masih kekal di tanah walaupun berkali-kali ia berusaha. Itulah takrifan rindu yang tak berbalas. Rindu yang kau saja rasa. Rindu yang akhirnya menanam rasa derita dalam diri. Akhirnya, bila kau tekadkan hati, rindu itu pergi. Jauh-jauh. Kini kau bisa tersenyum dan berkata "Pergilah kau dari hidup aku... rindu sudah mati untukmu..."

Rindu pada yang merindukan kita. Manisnya terasa. Bahagia hingga tersenyum sendirian.Hinggakan kita mahu menjerit kat seluruh alam yang kita sedang merindukan seseorang. Bukan cinta kalau tak rindu dan rindu pula hadir tak semestinya untuk orang yang bercinta. Siapa kata kalau rindu itu untuk pasangan bercinta? Kita mampu rindukan keluarga. Kita mampu rindukan kawan yang rapat. Kita mampu rindukan seseorang yang istimewa walaupun kita dan dia tak ada istilah cinta.

Jadi rindu ini untuk semua. Ayuh katakan pada semua yang kamu sedang rindukan seseorang. Ayuh bilang... "Oh Tuhan... sungguh aku rindu!"

*Aku takkan on9 beberapa hari ni. Kalau on9 jugak itu akulah tu. Bukan hantu ehh!
*Balik kampung jenguk mek sedang nazak.
*Entry ni jiwang, aku tahu. Gian nak menjiwang. Kbai

16 comments:

Lina said...

yaa.. sungguh aq rindu.. ntah dia rindu atau tidak...

hana hadi said...

1st komen.. 1st ke.. hehe
rindu seseorang kkdang2 membuatkan kita sedih dan kkdang2 membuatkan kita gembira

Unknown said...

Aku rindu nak tengok wayang dengan kau sambil2 makan popcorn >..<

Unknown said...

Perasaan rindu xboleh dibendung jika kita menghargai ssebuah hubungan dan myayangi ssorg itu..Rindu tak kejam, tp manusia yg xrindu tu yg kejam..eh3..heehe..
btw, miss u sis! :D

Unknown said...

zuan tak pernah ke tanah suci, tapi rindu nak ke sana

Unknown said...

rindu.

Kira Sakura said...

rindu suami yang jauh dimata Ehh :p

sea_lavender said...

peritkan bila rindu... sampaikn rindu Maha Pencipta dlu. In Shaa Allah sampaikan rindu kita pd mereka yg kte rindui..

boni kacak said...

rindu serindu-rindunya... tiba2 teringat kat lagu ni..

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu rindu sesangat...:)

Unknown said...

Rindu zaman remaja dulu, gurau senda dgn teman2 sama kerja....rindu nak mkn ramai2 gelak ketawa..huhu

anak ayah said...

rasa rindu yg makin hambar.haha

Nong Andy said...

bagaimana pun Iffah..

rindu itu indah :)

Dikbee said...

Sentiasa rindu si dia… ehh… rindu semua juga…

my notes said...

ku rinduduuuu ... dok dekat jer tapi dah 6 bln tak jumpa ... waaaaa

Unknown said...

rindu itu membunuh...hurmm

ingatlah orang tersayang...hurmm

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers