CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Kau pergi jua...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam itu sungguh dingin. Aku menarik gebar menutupi kaki aku yang makin kurus. Entah mengapa hati aku dipagut sayu. Bimbangkan seseorang yang jauh di mata dan pastinya sentiasa dekat di hati. Dia yang bernama sahabat. Telah aku himpunkan rasa kasih dan sayang hanya untuk dia. Mungkin pada orang, aku dan dia bukanlah seperti keluarga. Tapi pada aku tidak sama sekali.

Aku sayang dia. Aku harap dia juga begitu. Bukan sebagai kekasih hati. Cuma sebagai teman yang setia menemani susah dan senang. Aku nampak dia online. Aku ingin sekali menyapanya. Namun, egoku menghalang. Aku perempuan dan dia lelaki. Harus dia yang memulakan kata. Aku masih punya rasa malu.
Beep…

Bunyi notification Facebook masih lincah bersuara. Aku melihat dia sakan membalas komen. Dalam hati aku teruja ingin menyapanya. Lupa seketika malu yang kononnya melanda diri.

“Hai kau busy tak? Aku call?” Aku tegur lalu tersenyum sendiri.
“Okay… cepat sebelum terlambat!” Laju saja dia membalas. Aku terus mencari nombornya dan mendialnya. Dia terus menyapa aku terlebih dahulu.
“Hai… buat apa? Tak tidur lagi?” Aku tahu dia senang dengan aku. Sama seperti aku. Kami serasi.
“Aku tengah dating. Kau pulak? Esok bukan kelas ke?” Aku sengaja. Aku tahu dia tak mungkin percaya. Antara kami tiada rahsia.
“Siapa yang nak kat kau? Buta ke dia tu?” Aku gelak berdekah-dekah. Mulut dia memang tiada insurans. Kalau aku ada sepit baju, mahu saja aku sepit mulutnya.
“Amboi, see the leglah. Kau tak tahu setakat ni ada dua orang mamat mengorat aku. Tapi aku yang reject…”
“Serius?” Dia ketawa lagi.
“Lantaklah kau nak percaya ke tak. Kang aku tak cerita kau sentap kan…” Aku gelak lagi.
Entah mengapa malam itu aku dan dia gelak. Setiap perbualan pasti selang selinya gelak. Dan aku jadi selesa dengan suaranya. Amat mendamaikan hati. Hingga melupakan masalah yang membelenggu diri aku sebelum ini.

Akhirnya talian terputus setelah berjam lamanya kami berbual. Bagaikan melepaskan rindu antara satu sama lain. Pernah dulu aku tanya diri aku, adakah aku suka dia atau aku cuma senang bersamanya. Kini aku mengerti yang ada cumalah sayang seorang kawan. Mungkin sahabat. Aku tahu, ramai sangkal lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Mesti akan hadirnya rasa cinta. Tapi tidak pada aku. mungkin juga dia. Dia tak pernah kata dia sayangkan aku. Lelaki, biasalah. Malam itu aku tertidur. Lena yang panjang.

Xxxxx

Deringan telefon tidak aku endahkan. Sungguh aku tak mahu bercakap dengan sesiapa pun. Aku menangis sendiri. Aku tak mahu orang melihat aku dari sisi gelap. Sisi aku adalah insan yang lemah. Aku perlu kuat. Aku perlu tabah. Berita yang baru aku terima memang benar-benar membuatkan aku tersungkur.

“Qila… you can do it!” Aku terus menuju ke bilik air. Pancuran air begitu menenangkan. Aku tersedu-sedu sendiri. Aku melampiaskan segala rasa. Aku tahu aku perlu terus tersenyum demi dia yang aku sayang. Usai aku membasahkan seluruh tubuhku. Aku bersiap ala kadar. 

Rasa sedih, hampa, kecewa, terluka semuanya telah aku biarkan berlalu dengan air yang mengalir. Aku perlu tunjukkan diri aku yang tabah di hadapan semua. Radzi menanti aku. Dia ada di Hospital Kuala Lumpur sejak semalam. Aku sahaja yang baru dapat tahu. Penyakitnya sudah kronik. Hanya membilang masa. Mungkin hari. Mungkin jam dan mungkin juga minit untuk dia pergi selamanya.

“Radzi tunggu aku. Aku nak jumpa kau untuk kali terakhir…” Enjin dihidupkan dan aku terus menuju ke destinasi.

Xxxxx

Suasana suram. Aku tak nampak sesiapapun di koridor wad lelaki. Itu membuatkan aku lagi berdebar. Perlahan aku mengatur langkah. Kaki terasa seperti tak jejak tanah. Aku pergi ke arah kaunter. Ada seorang jururawat manis sekali di sana.

“Nurse, bilik pesakit yang namanya Syahrul Radzi di mana ya?” Sepatah-sepatah aku lontarkan. Lidah terasa beku. Sukar menyebut setiap kata. Lagi-lagi nama sahabat aku. Sahabat mayaku yang tak pernah aku temui.
“Oh, di depan ni. Tapi, cik tunggu kejap. Sebab dia ramai pelawat. Bimbang pesakit terganggu…” Tersentak aku. Tiba-tiba terasa kecil diri ini. Di depannya. Aku cuma sahabat maya. Entah Radzi mampu mengenali aku atau tidak. Atau kehadiran aku tak diperlukan di sini. Air mata aku hampir menitis. Aku tahu, aku bukanlah orang yang terpenting yang perlu ada bersama dia.
“Cik…” Satu suara kedengaran. Aku tak lekas berpaling. Aku sayu.
“Ya?” Nurse tadi menghampiri aku. Bahuku disentuh.
“Pesakit dah kritikal…” Belum habis jururawat muda berkata-kata, aku terus mengorak langkah laju ke bilik Radzi. Aku tekad.

“Radzi…” Itu saja yang mampu keluar dari mulut aku. Dia tersenyum dalam kepayahan. Aku nampak usahanya.
“Ya… aku datang… kau apasal terbaring macam ni? Ini ke Radzi yang aku kenal hah?” Aku cuba bergurau. Aku tahu situasinya tak sewajarnya aku begitu. Tapi aku tak mampu menahan sebak jika melayan rasa simpati. Aku lebih geram dengannya. Radzi menyembunyikan setiap penderitaan daripada aku. Aku terhiris bagai sembilu.

Tangan Radzi tergerak. Aku pandang penuh tanda tanya.
“A..a..ku…” Aku terdiam. Mataku membahang. Aku tahu aku tak bisa pura-pura kuat depannya lagi.
“Radzi kau diam boleh tak? Sakit-sakit macam ni pun kau nak cakap kan?” Aku duduk di sisinya. Memerhati seluruh tubuhnya yang berselimut. Cengkung. Tak seperti dalam gambar di laman sosialnya. Lain sekali.

“Min..ta..ma..af…” Segera aku geleng.
“Kau tak payah nak poyo. Aku dah maafkan kau. Selamat kau sakit Zi, kalau tak memang kau kena penyekeh aku… sengal!” Aku ketawa. Walaupun tak ikhlas, aku cuba membuatkan Radzi selesa dengan adanya aku. Kalau aku tenungnya dengan riak simpati, aku takut aku dan Radzi menangis. Saat genting sebegini ego juga paling utama.

“Radzi, kau diam je. Aku nak cakap. Nanti tak tahu bila lagi kau dapat dengar aku membebel kan? Aku serius nak marah sebab kau tak bagitau pun yang kau sakit. Aku rasa loser, sebab aku ingat kita kawan. Walaupun alam maya, tapi aku sayang kau. Okey aku malu…” Aku diam seketika. Aku nampak Radzi tersenyum nipis.

“Radzi… aku tak tahu kenapa kau sorokkan dari aku. Memang aku terkilan. Tapi aku terima, itu hak kau. Apapun yang jadi lepas ni aku akan kenang kau sampai bila-bila… Doakan kesejahteraan kau… Kau pun jangan simpan dendam kat aku… Aku nak kau tenang je di sana… Aku…” Aku diam. Radzi sudah berlinangan air mata. Tidak aku sapu air matanya. Kami bukan mahram.

Aku senyum dalam kebasahan. Dia juga. Dan itulah saat terakhir aku melihat tangisan Radzi. Aku mengundurkan diri untuk sahabat handai yang lain. Keluarga dan sanak saudaranya memenuhi ruang bilik. Suasana kelam dan sayu. Bagaikan tahu yang Radzi akan pergi tak berapa lama lagi. Aku melambaikan tangan kepada Radzi dan tidak toleh lagi.

Jam 12.45 malam, aku dikejutkan dengan berita pemergian Radzi untuk selamanya. Akhirnya, dia pergi jua. Lantas aku menadah tangan mendoakan urusan Radzi di alam lain dipermudahkan. Dari Allah kita datang, kepadanNya juga kita dikembalikan. Kini aku masih bisa menadah tangan menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah walaupun dua tahun kejadian itu berlalu. Al Fatihah…

*Orang kata melalui cerita kita mampu memahami isi hati seseorang, dan aku dedikasi cerpen ini buat semua. Tiada kaitan yang hidup atau telah meninggal dunia. 

20 comments:

Cik Bluewendy Wendy said...

sedihnye..hurmmm :(

Razanah Anis said...

hampir nangis tp air mata berjaya ditahan.. :/

Seneorita Baharin said...

:'( sedihh baca cerpen ni....huhuhu..sangat menyentuh jiwa dan raga.huhu

Fiza Suhaimi said...

Aku dapat imagine perempuan itu ko pah. Serius cerpen ni memang sedih. Hurmm :')

Lelaki Ini said...

sedih.

Amirul Verdasco Nadzri said...

kalo aku, aku x mampu nak ketawa dpn radzi wlpn ketawa plastik.. aduh, sanubariku di hiris sembilu toffa.. tolong jahitkan..huhu

reenapple said...

Aku rasa untuk kali pertama aku keluarkan air mata baca cerpen kau. Sedih weh. :'(

Dik bee said...

cukup2 la air mata aku mengalir minggu ni... jgn ko tambah lg ipah oii

Leeza dayasari [santai leeza] said...

rajinnnnyaaaa buat cerpen....

diana said...

sedih la...huhu..

hana hadi said...

huhu dia sahabat baik.

Nong Andy said...

pedih.. sob sob sob..


*okey. aku nampak status fb tentang cerpen ini :)

نورعيم said...

oeg xbersedia lg utk kehilangan. hmm.

Anonymous said...

ok..aku nampak ko..tp part lelaki tu aku rase macam ..................

at least kalau itu berlaku kat aku juge , harap aku pun mapu jadi mcm dlm cerpen nih..
cikjetoll

kopi pasta said...

semua yg komen atas aku ni perempuan... hurmmm

<---- tak nangis walaupun sedih *susah nak kluarkan air mata*

kay_are said...

sedih gile ending cerpen ni.. so sebenarnye dorang tu suka kesatu same lain? yang tu aku tak dapat capture..

maitimie said...

nanges!!!!!
='((

kiera'sakura said...

kenapa buat cite sedih? entahla bila akak bayangkan situasi perempuan dengan lelaki itu adalah org yg akak sayang. lagi akak sebak

Naniey TJ said...

SALAM....dah lama aku tak baca cerpen ko..apalagi komen...huhuhuhu.... sori xblh nk bkak blog pon...

tapi ko da byk impve dlm pnulisan... makin kemas penceritaan n olahan pon dh makin matap... ak rasa klu usaha lagi blh jadi pnulis airmata dah...hahahaha... pe2 pon nice story n sdh sgt... isk..isk..isk

potia casadelarossa said...

sayu sedih... faham sgt2 citer ni... apatah lg aku sendiri pernah alaminya sendiri... thanks ipah share ni

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers