CORETAN TERBARU NADH

Aku single dan aku okey!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Kenapa masih single? Orang lain sibuk tengok pakej perkahwinan. Kau bila lagi? Pakwe pun tak ada kan?" A tanya.

"Kau mesti jual mahal kan? Sebab tu tak ada calon..." B tebak.

"Kau tak risau ke kita tak ada calon lagi? Orang lain pakat bertunang dah..." Rungut C.

Lain orang lain takdirnya. Lain orang lain jodohnya. Lain orang lain rasanya. Perasaan cinta tu bukan datang bila kita paksa-paksa. Takkan jadi punya. Memilih? Sedangkan kita pun tak sempurna, perlu ke nak mengada nak sempurna? Kahwin? Tunang? Dah jodoh mereka sampai dulu buat apa kita nak halang? Sebab Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. 

Takkan nak fikir pasal jodoh setiap hari. Boleh meroyan aku nanti. Baik aku fikir habiskan study yang berbaki dulu. Aku tak kisah jadi aku harap kau pun tak kisah. Jangan risau sangat. Ibu ayah aku tak runsing pun. Kalau ada jodoh, aku kahwin. Tak payah risau sangat okey? Jadi andartu bukan satu kesalahan =)

Aku tak cemburu tengok orang berdua, sebab aku tumpang bahagia untuk mereka. Tapi aku tak rela menagih cinta suami orang demi mengejar gelaran isteri. Oh no! Tak sanggup! Minta dijauhkan. Cinta buat kita nanar, cinta juga buat kita sembuh kembali. Lagipun, kalau main tangkap muat je suami, tak ke jadi kes naya kat anak kalau suami tu tak sesuai sebenarnya?

Jadi, jangan risau sangat pasal orang. Diri sendiri tu kena risau. Dah kahwin tak menjanjikan apa-apa kan? Kes cerai berlambak tau. Jadi, beringat sebelum kena.

22 comments:

reenapple said...

Aku setuju. Haha. Tapi aku rasa kalau aku cakap macam tu kat mak aku, lagilah kena bebel. Baru saja diceramah pasal kahwin.. agaga,

Lagi baik single dan bahagia dari kapel dan serabut.. Semua ketentuan Tuhan. =D

Dear bella said...

Menjadi single tu memg seronok...
Tetapi bila dah kahwin lagi seronok jika masing2 reti bertolak ansur dan banyak2 bersabar melayan karenah masing2...

Everything's Everythings said...

Betul tu.. bila tiba waktunya inshaAllah kau akan jumpa juga jodoh yg dijanjikan Allah ^^

syakirahmn said...

sementara jodoh tak sampai lagi ni, elokelok lah kta improve kan diri yg banyak lg kurangnya. dari bazir karenn pk pasal jodoh. kadang nk yg sempurna/baik, diri sniri taknak improve jd sempurna/baik pulakk kann. :)

Unknown said...

ada penceramah pernah bercakap : kita jgnlah gopoh dalam menceri jodoh sb jodoh itu ada utk kita cuma dia cepat atau lambat... Insyaallah akan sampai juga pd kita...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

Mohamad Fathi said...

Senang cerita... Kejar lah cita2 dulu... Pastu dah berjaya... Baru lah jodoh akan datang... =)

abang bro EL said...

semoga sampailah jodoh iffah hujung tahun ni ye...jangan lupa ajak makan nasik minyak

Hana said...

single lebih baik. buat apa yang kita suka xda sapa yang halang :)

Ce'gu JAERA said...

setuju sangat2... bukan ja org pempuan, org lelaki macam saya ni pun lenguh dan kena tanya sana sini... bila bila bilaa... hadoii...

ingat kawin ni macam nak tukar baju... orang yang kawin awal pun ada juga yang bercerai.. kawin awal pun masi ada juga yang belum ada anak...

so tak perlu nak persoalkan soal jodoh dan rezeki orang kan..

kay_are said...

setuju.. memang bese r tu sebok orang lain tanye pasal hal orang lain. patut nye diri sendiri tu kne ingatkan dulu.. bende2 jodoh ni kalau ade, memang tak kemane nye kan?

Unknown said...

soal jodoh kan bukan urusan kita. tp, kta tak dpt tutup mulut org. Just dpt tutup telinga kita. Sampai jodoh, ada la kan.. tak perlu runsing bagai..:)

Fasihah Supian said...

hmm betul..as for me, kawin ni bkn benda main2...bkn suka2 nak kawin..huhu

MalizaMah said...

Single or couple sama jer... Hehe

Anonymous said...

orang akan tahu siapa jodoh dia dan bila ia sampai. kerja kita dengan tuhan dan manusia tak wajar bagi jawapan kan?

Cikgu Ma said...

mak ayah bising....tp sabar jer...

Asrul "iLham" Sany said...

pedulikan mereka... ada kalanya dengan niat nak 'nasihat' boleh jadi nada 'perli'

BODOH!

Cik Pulau said...

setuju jugak.. situasi kita sama.. hahahaa..

Unknown said...

really like this entry =)

Unknown said...

InsyaAllaah masanya akan tiba nanti.

dill said...

bila tiba masanya, semuanya akan dipermudahkan. Insyaallah

dill.

Anonymous said...

Berserah pada Nya. Mengadu pada Nya. Dia dh tetapkan apa yg terbaik utk kita. Lmbt @ cepat je.Yg bercinta bagai nk rak x ape2, Acik yg kawen dlu. Alhamdulillah.Pilihan Kluarga. Cinta lps kawen.

Kira Sakura said...

xsalah single pun.. lebih baik single dari menabur dosa berlambak kan :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers