CORETAN TERBARU NADH

Kisah tragis kereta terbakar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masih ingat kisah tragis itu? 27.8.2011. Kereta yang dipandu aku terbabas dan melanggar divider highway Melaka-KL. Ya kereta terbakar dan meletup. Sekarang entah mana mayat si Maria (Kereta Wira) tu. Ni dah masuk bulan keempat aku kehilangan Maria. Sedih masih terasa. 4 bulan jugak aku berulang ke hospital. 12 hari aku duduk di wad. 

Jumlah hospital yang aku jejaki dah masuk 4 buah. Bermula dengan Hospital Tunku Jaafar, Seremban sejurus selepas kemalangan. 7 hari aku di sana. Bosan jangan kira. Raya yang disambut tak terasa seronoknya. Aku pergi meneruskan rawatan tangan minggu selepasnya di Hospital Serdang. Tiga minggu aku di rumah. 

Aku sambung pengajian dan sambung rawatan di Melaka pula. Hospital Melaka sudah jenuh aku jelajahi dua minggu sekali. Kadang tiga kali datang dalam seminggu. Kini musim cuti membuatkan aku terpaksa jejak semula Hospital Serdang. Nurse yang sama merawat. Dia paksa aku jalani pembedahan demi masa depan.

Aku pergi pula Hospital Sungai Buloh yang sememangnya jauh. Di sana aku dibedah dan terpaksa duduk 5 hari pula. Bosan tapi apa boleh buat. Kini tangan aku hanya tunggu kering tampalan kulit itu. Kulit peha pun semakin pulih. Lukanya hampir sembuh.

Semalam ada berita kemalangan pelajar UITM bertembung dengan atuk nenek. Dia meninggal kerana rentung. Ibu mengingatkan aku tentang sesuatu. Ya, syukur saja aku masih hidup. Sebenarnya lepas aku kemalangan tu banyak kes kemalangan rentung. Aku seriau membacanya. Harapan aku untuk 2012 ni agar aku lebih menghargai peluang hidup yang Allah berikan. Syukur T_T

Kisah tragis ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau meminta simpati. Cuma aku nak kongsikan betapa singkatnya hidup kita. Ajal maut di tangan Allah. Jangan kita alpa. Bayi pun boleh mati. Jangan hanya kata yang tua akan mati dulu. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara terjadi. Sekian.

Ps: Dia dah tahu.

22 comments:

Cik Eka said...

mula2 dengar iffah xcdnt dulu..ya ALlah risaunya sebab keta terbakr kan..

Alhamdulillah..umur masih panjang..bila camni,mesti kita lebih hargai nyawa kita kan

ijA said...

iffah..sapa lah dia ne..ayat yg last sekali tu..

mas saari said...

betul tu...ajal tak kenal masa!
moga tangan iffah cepat sembuh..

Lelaki Ini said...

tue la..
kita dah nasib malang..
ramai lagi kat luar sana lagi teruk dr kita

Eza Boom Boom :) said...

Selagi belum sampai ajal, selagi tu la kita masih merasai nikmat hidup pemberian ALLAH. Syukur Iffah dah selamat. Malang memang tak berbau. Kuatkan semangat iffah, tak lama lagi sembuh la tu.. Hehe. :D

Luqeem™ said...

rasa sedih bila ingat balik...huhu

pemberian Allah jangan sesekali ditolak. terima dengan hati yang terbuka.

bersyukur dengan apa yang dikurniakan. :)

sentiasa tabah menghadapi hari2 sterusnya.

aDisH.sHidA said...

ALLAH MASIH SAYANGKAN IFFAH

maszull said...

assalamualaikum iffah ...betul ajal maut x kenak usiakan...hargailah apa yg diberikan sebagai pinjaman itu moga iffah cpt2 sembuh yer...:)

Faaein Talip Roy said...

hidup dan mati kita..

semua dah ditentukan-Nya..

Gen2Merah said...

saya baru tau plak kisah Ifah kemalangan teruk ni... sedih plak baca kisah ni...
terasa diri ini insaf dengan semua keadaan yang melanda... semoga cepat sembuh ya Iffah

r-5 said...

Ya Allah macammana boleh terjadi..patutlah entry asik kuar pasal tangan berbalut je.. Alhamdulillah awak selamat. benar Nyawa dan kehidupan itu hak milik Allah.. Aduii baru je taw ni..

Hey budak mata cantik lain kali bawak kereta tu baik2! Dup dap saya baca entry ni taw.. aduii.

Syukur Alhamdulillah..

aimie amalina said...

opah smp skrg ingat
opah baru je smp umah kat kg time tu
dpt msg kak long
T____T

sangat tekejut
wuwuwu..

papepun syukur melihat kamu skrg kak ngah, walau x jmp lagi..

beri peringatan pada opah juga..

Rozuan Ismail said...

takut plak bila fikir pasal kemalangan ni

Cik Pulau said...

Yang penting skang yu da makin pulih...^^,

Eera Shera said...

bersyukur masih bernafas ;)

Halimatun Sa'adiah said...

uishh..allah tu maha berkuasa...

deno said...

ifah... cepat sihat ya... hari nie deno rasa sedih..

Farhan Hanif said...

syukur Alhamdulillah...=)

iffah ni sbnrnya ddk mne? duk KL ke melaka?

kiera'sakura said...

Alhamdulilah Iffah selamat,,, maria tue xpe dik blh cari pengganti, Iffah xde pengganti...

Nong Andy said...

okeh! sekarang baru dpt jawapan.. siapa 'arwah maria' yang sebenarnya.

mujur bukan org. dari dulu tertanya-tanya tapi tak berani tanya :)

QasehSuci said...

Sabar yer jiran...

Kereta boleh diganti....tapi nyawa hanya satu...alhamdulillah jiran selamat...dan semakin sembuh kan

Syukur....

K O R I E said...

akak adalah insan terpilih yg dpt rasai pengalaman yg mcm ni, sebab walaupun pahit banyk hikmah yg akak dapat lps kejadian. dan akak lebih mengerti apa makna BERSYUKUR dalam sesebuah kehidupan .

Alhamdullilah akak dah sihat sekarang ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers