CORETAN TERBARU NADH

Cinta bertepuk sebelah tangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Orang kata jangan terlalu mengejar cinta manusia nanti kecewa bila putus di tengah jalan. Tapi malangnya hati dan perasaan degil. Tetap nak kejar walaupun tahu itu mustahil untuk digapai. Macam kita berangan nak capai bintang di langit sana. Jauh dan sangat mustahil. Sama macam konsep cinta bertepuk sebelah tangan.
Memang tak mudah nak terima hakikat. Aku sangat-sangat memahami. Tapi sampai bila kita mahu mengharap sesuatu yang memang bukan milik kita kan? Lagi-lagi kita orang Islam. Perlu percaya Qada dan Qadar yang Allah dah tentukan untuk kita. Jangan buat kita terlalu mengikut perasaan hingga jadi bodoh dan tak percaya pada jodoh.

Sakit itu sementara. Bila hati kita sedia melepaskan, percayalah ia satu kelegaan. Tak rugi melepaskan sesuatu yang memang dari mula memang bukan untuk kita. Siapa lagi nak motivasikan diri selain diri kita sendiri. Kawan cuma boleh nasihat, tapi kita sendiri yang kena nyahkan rasa cinta tak kesampaian tu jauh jauh.
Kesimpulannya, memang perit cinta bertepuk sebelah tangan. Tapi percayalah hidup ni memang banyak likunya. Akhir kata dari aku, kita perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Lepaskan cinta itu dan sedia untuk terima cinta yang lain. Percayalah patah tumbuh hilang berganti =)

#Khas untuk rakan FB aku tu.. sabar ye weh!

15 comments:

Unknown said...

life has to go on... suka atau tidak... ==

a said...

mmg bintang tuh chantek sgt..nak capai tapi tgn tak sampai.. ye lah kn..klu ade jodoh tak kemana.. cuma selalu berdoa lah agar di temukan jodoh yg baik.. walaupun bukan bintang yg slalu kita puja.. mungkin bintang lain plak yg akan muncul.. :D

Unknown said...

cinta bertepuk sebelah tangan ni memang memeritkan

reenapple said...

nak lepas tu kena ambil masa

Tie HT said...

yang berganti tu kadang lebih baik dan lebih sesuai, insha Allah

Unknown said...

saya pun dah berhenti berharap.. move on.. :)

Unknown said...

kesian..lepas kan kalau tak nak luka yang dalam..kan..

hana hadi said...

betul2. kan ada ramai lagi. bukan dia sorang je. mana nak tahu. mungkin ada yang lebih baik dari dia

anak ayah said...

hurm.....

Nur Zulaikha said...

betul tu..sebaiknya sape yg kte suke tu kite cerita kt Allah supaya Allah hadirkan perasaan yg sama pd org yg kte suke tu

Dayang Deno said...

belum pernah bercinta^^

Unknown said...

hurm...

Kira Sakura said...

ade lagi yang terbaik sedang menunggu :)

kay_are said...

yang takboleh time kanyataan tu r yang akan bertindak bukan2 akhirnye.. tu ade yang bunuh diri and macam2 lagi tu.. hmm..

Nong Andy said...

Tuhan tolong hilangkan rasa cinta ini...

sila doa byk2

sedar tak sedar 'rasa' itu telah pergi..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers