CORETAN TERBARU NADH

Kesungguhan

Rasa janggal untuk menulis blog. Semuanya berubah. Kesungguhan yang ada satu ketika dulu kini makin pudar. Malap tak bercahaya. Aku sedar hakikat tu tapi aku masih belum mampu mengumpul semua rasa yang berkobar.

Kesungguhan adakala lesap bersama perubahan musim. Kesungguhan untuk menulis kembali menyala walau sedikit cuma. Inipun sebab ada yang bersungguh suruh aku taip entry. Ada juga yang tertunggu-tunggu entri baru walaupun aku dah lama tak blogwalking.

Kesungguhan aku seperti enjin lama. Nak mula bukan main lama tempohnya. Tapi bila bersungguh kejap je tahan. Mati jugak tengah jalan. Contohnya main games Pou. Sehari dua punyalah bersungguh nak main. Tapi lama kelamaan hambar je rasa. Itu cuma games. Aku abaikan tak apakan?

Aku cuma harap aku mampu mendapat kesungguhan yang kekal. Bukan hangat-hangat tahi ayam dalam hidup. Harap sangat!
Published with Blogger-droid v2.0.10

13 comments:

Unknown said...

insyAllah ~ nak share satu hadis nabi ,

"janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun , skalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu " (HR Muslim)

hayatilah elok2 , insyAllah , sesuai dengan niat nanti , semangat pun berkobar2 ~ :D wallahualam ~

Sunah Sakura said...

you...i rindu...rindu zaman dulu yang kuat berblog...i nak jadi macam dulu..nak ada kesungguhan macam dulu walopun hanya sekadar satu entry sehari...ni pun hari ni i start taip balik setelah 2-3 hari i senyap aje...

i rindu you...

aDisH.sHidA said...

kenapa kenapa kenapa kenapa jadi begitu

Unknown said...

Biar hangat taik ayam , dr hangat taik ko...
Btw , semuga ko cepat sembuh dr penyakit nk yekkkk

Nur Zulaikha said...

akak...semangat2!!!

Unknown said...

sama la kita...
tapi dipaksa2 jugak untuk buat..

Dayang Deno said...

insyallah... deno bersungguh-sungguh nak sihat nih... adehhhh

Unknown said...

Mohon kurangkan aktivit ko berkarok kat WECHAT dan berwalkie talkie kat WECHAT... dan POU ko tu.. aku kuatir lama2 wajah perangai dan fizikal ko tu pun jadik macaM POU weh.. ha ha ha ha... aku masih tak sihat... tapi aku busan jadi aku terjah gak n3 ko yg ala2 melepaskan batuk di tangga ni... mohon kembali aktif mcm dulu weh.. sayang ko sia2 kan bakat yg ko ada selama ni semata2 sebab ko sendiri tahu sebabnya kan... nak seribu daya x nak seribu dalih... dah bangkit dan mulakan penulisan ko itu... p/s: bak kata anak aku BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG hahahaha ^_^

hana hadi said...

baru nak ambik semangat.huhu

Unknown said...

taik ayam tu sesuai untuk dibuat baja organik. kbai

Kira Sakura said...

takpe rehat kejap tapi jangan hilang terus sudah la ;)

kay_are said...

series aku takpernah tau pasal game pou ni.. best sangat ke? halupdate blog ni depend masing2.. mungkin sebab aku lame gile tak update so perasaan nakupdate tu tinggi cume keadaan sekarang ni tak membenarkan..

Encik H said...

sama la..aku pun harap aku ada kesungguhan untuk menulis..haishhh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers