CORETAN TERBARU NADH

TIGA sebab aku malas update blog iffahafeefah.com

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk nak gempak je kan? Sebenarnya lama dah aku perasaan perubahan diri aku. makin hari makin malas. Rasa macam kosong, kosong, kosong. Jadinya jiwa nak menulis pun kosong. Macam korang tahu selama ni memang trademark aku menulis dari hati. Orang kata bukan aku kata ye. Nak tahu ke kenapa aku jadi macam ni? Okey aku senaraikan.

*Gangguan emosi
Ya, aku terlalu beremosi akhir-akhir ni. Entah kenapa aku rasa macam aku terlalu inginkan sesuatu sampai aku mengabaikan sesuatu yang menghargai aku. Aku tercari-cari benda yang tak ada. Tapi bak kata adik angkat aku, Mija. Barang lepas jangan dikenang. Untuk itu aku kena usaha lupakan sesuatu. Aku kena!

*Berjimba-jimba
Seperti yang korang nampak dalam facebook, aku asyik keluar je. Aku melalui fasa suka keluar dari rumah. Bukan nak kata rumah sendiri tak seronok. Tapi bila dah duduk terperap kat rumah aku rasa macam beku. Kaku. Jadi aku perlukan suasana yang lain dari biasa. Mungkin tiba masanya aku cari kerja. Supaya aku taklah macam orang yang tak ada jasa pada Negara kan?

*Pou dan We Chat
Aku cantumkan sekaligus. Sebab dah jadi fenomena besar yang melanda diri aku sekarang ni. sehari tak tengok Pou tak sah. Mohon download kat Playstore bagi pengguna android. Kemudian We Chat, ramai kawan. Aplikasi mudah alih dan aku boleh bercakap tanpa perlu menaip menyebabkan aku leka dengan kemudahan itu. Aku jadi makin malas menaip sedangkan dulu hobi aku menaip. Kalau boleh sekarang update entry nak rakam suara je. Mungkin aku dah habis belajar, jadi tak ada assignment yang bertaip perlu dihantar. Salah satu punca jugak kan?

Apapun alasan aku bagi tetap merangkumi satu kesimpulan iaitu aku malas. Mungkin aku perlu cari kerja. Aku suka kerja yang memerlukan aku menaip sebenarnya. Macam buat status tu. Kalaulah aku ada peluang kerja macam tu. Alangkah bahagianya. Tapi sayang, tak semua benda yang kita idamkan akan dapat. Ye tak? Sekian saja luahan perasaan aku.

#Terima kasih yang terus bagi sokongan aku untuk terus menulis. Satu demi satu aku akan cuba taip banyak-banyak bagi mengembalikan keghairahan menulis. Doakan aku!

9 comments:

Carlos Santiago said...

kena rajin lepas ni. hehe

Unknown said...

Ok la tu at least sumthing.. hurm ko kata ko nak cari kerja kan... dan ko suka kerja-kerja yg menaip... apa kata ko jadi pembantu Ezzad Amir yg suka update status wall dia kat FB atau dlm blog mohon jadi Assitant UMAR NURFITRI.. selesai masalah hahahah kbai... this is a good start for you tho... :) keep it up.. rajin2 buka lappy.. jan asik nak wechat jer.. jimba2 jer kuar jer hahahha xble bla ayat aku yg last tu :P

Anonymous said...

masa dan berukband. itu halangan terbesar bagi aku

nong andy

Unknown said...

haha nasib baik wechat ni tak trus dengar suara lepas masuk voicemail, klu tak masak..hahaha slalu dpt time dlm opis..haha

Sunah Sakura said...

i pun pernah lalui fasa yu ni...malah sentiasa lalui fasa ni...tengok, lepas dua hari baru i update entry lagi...hahaha...takpe lah! menulis dari hati, itu yang kita nak kan? paksa, paksa kang tak best~ :)

Unknown said...

tiap2 minggu dah jadi rutin, p lepak2 kat umah ppp... dah rumah tu macam jadi kediaman kedua korunk lak...huhu

*rindu nk lepak2 juga*

Kira Sakura said...

takde perasaan nak menaip tue memang normal iffah. semua orang akan rasa perasaan tue. cuma bezanya perasaan tue akan pergi jauh cepat atau lambat. tue jer

kay_are said...

aku ingat ko nak bagi alasan cliche macam malas, busy sekali siap aplikasi2 jadi alasan tak leh update tu.. maju2!

Encik H said...

aku pulak..xde sebab lain kenapa malas nak update blog..

the one and only sebab yg aku ada ialah malas..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers