CORETAN TERBARU NADH

Belajar untuk kecewa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya, kecewa memang payah nak diterima. Siapa yang suka kecewa lagipun? Aku jenis suka fikir negatif dulu baru positif. Aku tak suka berharap. Sebab aku takut untuk kecewa. Jadi bila ada apa-apa yang terjadi memang aku akan cakap yang negatif.

Situasi:
Seorang sahabat sedang bergaduh dengan sahabatnya kerana sesuatu. Aku sebagai pihak ketiga akan terasa akulah puncanya.

A: Kau rasa dia tak suka kau kawan dengan aku kot? Yalah cemburu kau rapat dengan aku. Kau kan BFF dia...
B: Kau jangan nak merepek boleh tak? Kau tak ada kaitan dalam masalah kitorang. Asyik fikir negatif je dia ni.
A: Aku risaulah. Kalau sebab aku, kau tak payahlah rapat dengan aku lagi. Kau jaga hati dia okey?
B: Jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak? Bukan pasal kau lah grrr. Inilah perempuan suka buat andaian negatif sendiri... Blah blah blah...
A: @#$%^*&


Aku lagi suka untuk fikir yang buruk. Sebab kalau aku sentiasa fikir positif, hati aku akan ditipu. Akan selesa dengan cerita palsu. Aku tak nak bila dah seronok-seronok, sekali pap! Hancur hatiku mengenang dikau menjadi keping-keping...

Jadi, aku dah didik hati aku siap-siap untuk belajar untuk kecewa. Atau ayat mudah prepare for the worst. Kita tak boleh terlalu mengharap kebahagiaan kalau kita tak mampu nak hadapi kekecewaan yang mungkin akan jadi. Sakit sangat kalau kecewa. Umpama kau toreh pisau kat tangan tapi itu pun tak sesakit hati yang sedang kecewa. Marilah sama-sama mendidik hati untuk belajar untuk kecewa. Belajar untuk ditinggalkan. Belajar untuk diabaikan. Belajar untuk hidup. =)

#lama tak berblogging. Rasa bukan blogger pun ada T______T

9 comments:

Faarihin Talip said...

sama jugak.. kekadang suka nak fikir negatif... tapi sebenarnya jangan suka sangat fikir negatif. kan selalu orang cakap, apa yang kita fikir memang itulah yang terjadikan?

#samalah dah lama tak berblog.. lebih-lebih lagi bila asyik pindah-randah blog aje.. adeh.. =|

Anonymous said...

Kecewa itu tak dapat di elakkan.. tapi kita kena belajar utk handle ia sebaik mungkin..

Berkata2 itu mudah..

Tapi melaksanakan itu paling susah.. sepanjang hayat kita akan terus belajar..


#aku pun makin lembab berblog nih..


Nong andy

baby comel said...

Penanda arasnya bukan berapa kali kita jatuh tp seberapa pantas kita bangkit dr kejatuhan hari semalam utk tempuh hari ini dan hari mendatang.
jatuh tu biasa, org berjaya mana yg tak jatuh betul tak... awak, kita pun kadangkala brgitu. Takut nk dikecewakan.,

MR & MRS MAKMUM said...

ppuan mmg mcm tu kan///suka pk yg negetif haha trmasuk saya

Nur Zulaikha said...

sentiasa fikir positif kerana disitu dtgnya keberanian..chaiyokkk

.::: Princess MOMOY :::. said...

terima ksih entri semangat ni. banyak benda kita perlu belajar sebagai manusia. ilmu2 untuk control diri dari segi tingkah laku, emosi dan sebgainya

kay_are said...

deped pada situasi r.. tapi awal2 memang aku akan think positive dulu.. dah clear everything baru decide..

redpepper said...

kisah zmn sekolah dulu2. lol. lawak,

Nasuha said...

Fikir positif je...insyaAllah....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers