CORETAN TERBARU NADH

10 Alasan tak nak derma darah yang biasa didengar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni hari menderma darah kat kampus aku. Tapi sayang, aku dah derma dulu. Tak sampai 3 bulan lagi. Jadi tak dapat. Sedih =( Okey, berdasarkan pemerhatian aku sepanjang aku jatuh cinta dengan pendermaan darah sejak 4 tahun lalu, aku dapati ramai yang memberi alasan untuk tidak menderma darah. Bukan orang sekeliling aku je yang banyak alasan. Tapi kalau betul ia alasan kukuh, aku tak salahkan mereka. Cuma nasihat aku, kita tolong orang, orang tolong kita balik. Sampai bila kita nak melarikan diri dari perkara yang baik? Betul tak?

Alasan-alasannya ialah:

1. Takut jarum;
Aku pun takut. Tapi kenapa aku derma juga? Sebab kesedaran dalam diri. Aku pentingkan takut aku ke atau pentingkan nyawa orang lain? Sampai bila nak takut? Akhirnya, aku buat keputusan jangan pandang jarum masa cucuk. Emosi aku terganggu kalau nampak jarum tu. Ngeri! Aku faham tu.

2. Takut darah;
Aku takut kalau darah tetiba memancut keluar. Serius masa aku sakit dulu, memang aku asyik kena tengok darah. Sebab tu aku tak layak jadi nurse atau doktor. Sebab aku penakut dan tak sampai hati. Jadi, masa aku derma aku main mesej ke, baca apapun yang boleh buat aku tak nampak darah. Ia berkesan okey.

3. Berat badan tak cukup.
Ini selalu. Aku pernah juga kena. Apa aku buat? Aku tipu berat. Masa tu 44kg. Tapi aku kata 45kg. Alhamdulillah penipuan berhasil. Tak pengsan pun lepas derma. Cuma pening sikit.

4. Takut sakit.
Ini aku jugak. Sebelum mula derma, kita kena check hemoglobin dengan darah kita jenis apa. Masa nak cucuk tu memang sakit. Aku tak suka sebab dia cucuk mengejut. Lainlah jarum kan. Aku tak tahu benda alah tu nama apa. Lama-lama aku dah lali. Sebab sakit gigi, sakit accident lagi sakit kot!

5. Dah derma sakali cukuplah.
Ini apa? Derma untuk syarat je? Ikhlaskan hati nak tolong orang. Kalau semua pentingkan diri macam ni, berapa ramai mangsa yang memerlukan darah segera mati sia-sia. Pahala okey tolong orang. Tak nak ke?

6. Lelaki jelah derma, perempuan tak payah.
Sebab? Perempuan bulan-bulan dah keluar darah haid. Takut tak cukup darah. Allah dah jadikan kita ni sempurna. Tak ada orang mati kehilangan darah sebab derma darah. Aiyooo.

7. Segan.
Buat baik pun nak segan? Buat jahat tak malu pulak ye? Macam-macam. Tapi kalau aku, aku cadangkan tempat derma tu tertutup bahagian perempuan. Yalah, nak berbaring kat khalayak agak segan sebenarnya.

8. Jauh.
Jauhlah nak pergi derma. Kalau dekat okeylah. Bagi aku, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan jadikan alasan. Ikhlaskan hati. Rajinkan diri ye.

9. Fobia dengan darah.
Aku tahu. Ada yang fobia dengan darah. Kalau tengok mesti pengsan. Jadi pakailah spek hitam ke apa, tutup mata dari ternampak darah. Kalau pengsan, nurse, MA, doktor ramai. Jangan risaulah =)

10. Tak tahu pun ada tempat derma darah.
Aku dulu tak tahu. Sejak masuk IPG ni baru aku tahu. Oh ada eh kempen derma darah. Bukan tak tahu, tapi tak ambil tahu. Tak peduli. Jadi, rajinkan diri, search tempat untuk menderma. Kat hospital, klinik kerajaan, poliklinik sentiasa ada kot. Cuba tanya yang lebih arif.

Ada orang sampai nangis tak dapat derma. Sebab berat badan, faktor kesihatan, hemoglobin rendah dan lain-lain. Tapi kita? Masih tiada sikap kepedulian yang tinggi untuk membantu mereka yang memerlukan. Tak banyak pun darah hilang. 350ML atau 450 ML je. Lagipun, darah kita akan berganti. Lebih sihat bila derma darah. Tak percaya tanya orang lebih pakar =)

30 comments:

Nong Andy said...

baik cikgu.. saya akan dengar nasihat cikgu.. :D

nur naa'irah said...

salam...nice blog and good entry..da lama teringin nak derma drh..tp bila nk derma mcm2 halangan..huhu..:-)

paripariputih said...

aku rasa aku dah pernah deram kot?? erk... tak pasti pulak... ish..

EL MARIACHI said...

sejak abang bro derma darah 2X ..berat badan pun naik...

Nyamuk Terbang said...

kiter xleh drma sbb xsihat

fRaMe+LenSeS said...

Last bln 5 hr tu.

leakedknowledge said...

pernah derma sekali...tp darah xbanyak yg kluar...nurse ckp darah aku tu cukup utk dgunakan utk bayi jer...bhahaha....darah mahal la katakan :P

cintailmu89 said...

Nak derma aritu.. Tapi dia cakap besi tak cukup dalam darah..
Bahaya kalu derma.. Camne tuh? Niat di hati memang teringin sangat..,

missSenget said...

aku selalu excited nampak iklan derma darah..

tp bila lalu je, berdebar gila.. huwaa!

teringin..

Kancil 8349 said...

Kancil sendiri ndak pernah menderma darah lagi...hehehe

reenapple said...

ada 1 lagi alasan kau lupa nak letak. Ini selalu berlaku pada aku. Setiap kali ada kempen derma darah, aku tak boleh derma sebab masa tu tengah period.. hahaha

kay_are said...

takleh nak watpe, bile dr check tengok2 bmi underweight, memang tak bagi nye derma darah tu.. teringin tu memang r ade.. tapi.. =__=

aku HaniAsyira said...

sy nak je derma tapi mmg berat sgt kurang.. kalau 44 ke takpe lah jugak

Khairul Antasha said...

mula2 dulu sebab berat x ckup..skang ni berat mcm dh lebih dr cukup, tapi xda kesempatan lagi..insyaAllah, satu hari nanti.. :)

Jna marcello said...

nice entry..tapi seriously??? saya memang xberani...mcm2 perasaan ada bila tgk jarum bila hakikat nya saya rasa nak beramal untuk derma darah..tp....bila tgk jarum..okay cancel..!

maitimie said...

pergh!
terkena laa beb -.-
im de kind yg fobia ngan darah. adoiii....apakan daya ku.....

kiera'sakura said...

tingin nak derma tapi apa boleh buat. 45 dengan 39 terlampau jauh tue dik. tp mmg ingt klu blh derma huuu

Dezee said...

Heh..alasan Dezee..darah Dezee B..hospital nak darah O..soalan pertama Dezee ketika derma darah.."Kak,donut dengan air tu ambil dulu sebelum cucuk boleh?nnt habis." XD

Aziela said...

Ada lagi. Takut lepas derma jadi bertambah gemuk. Nonsense! Alhamdulillah akak dah derma darah sejak umur 17 tahun. Hingga sekarang, dah x boleh derma lagi sebab faktor kesihatan. Tapi at least, puas hati sebab dah menyumbang. Tak jumpa kat tempat awam, kadang2 drive sendiri ke hospital untuk derma darah.

boni kacak said...

bila dah derma, rasa nak derma lagi tau..hehe

Noraim said...

terasa ai tau akak. hehe.

Asrul "iLham" Sany said...

sy yg no 2 tp betul seram darah hahaha

Tihara said...

alamakk

TiranaAduka said...

salam,
Pekabar afifah?
Bab derma ni kes. Sensitif sikit..ada yg lemah smangat tgok jarum..dan ada yg truma pada kali pertama derma.kerama pitam setelah menderma..

Cikgu Ma said...

saya tak cukup berat...huhuhu

shinji izac said...

derma darah, pahala pun dapat, sihat pun dapat :)

Novelgurl said...

Sy ok je tp Sy risau psl kene derma kt tmpt umum je.lengan kn aurat.t die cucuk bkn ke kene selak lengan.huhu.was-was.terus x derma lgi pula klo lelaki y handle.Aiseyh.Nauzubillah.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

iffah ada satu lagi...
sbb tak nak berat badan naik. roomate sy..
haaaa...
leeza nk derma, tp mmg berat badan tak cukup... 5kg tak cukup.
lgpun berat tak ideal ni.

CikZaitul said...

aku belum kesempatan nak derma darah walaupun aku tak takut semua alasan ko kat atas tuh...
taktau mengapa?
aku rasa mgkin sebab aku sibuk kannn..asek nak berjoli je dgn ko..
hahahha


nati kalau ko derma darah area tempat aku , ko ajaklah aku..
sebab aku pun pecahkan rahsia ko kurang berat badan..wakakkakaka


Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

dulu x cukup berat skrg? xde kesempatan.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers