CORETAN TERBARU NADH

Pelari

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sungguh aku mahu jadi pelari,
aku mahu lari laju-laju...

Hilang dibalik kesibukan kota,
enggan memikir masalah jiwa...

Lari sekuat hati,
tangisan turun sendiri...

Aku mahu ghaib,
lepaskan semua rasa di benak...

Lari tanpa toleh,
itulah yang aku tak mampu...

Teruskan berlari biarpun penat,
selagi hati rasa sakit...

Laju angin menderu,
selaju memori bertandang lalu...

Sungguh aku bosan,
larian tak pernah ku henti...

Aku terus berlari...
Tapi dia tetap mengejar...

Jadi sampai kapan,
Aku jadi seorang pelari...

Tatkala aku berlari...
Memori itu turut berlari...

#aku penat dengan semua ini

7 comments:

Cik Zaitul said...

Sabarlah hati.

Nong Andy said...

Tarik nafas dalam2... letih. Berhenti.. ada situasi.. makin kau lari makin ia mendekati..

Mungkin kau kena hadapi.. ya.. mungkin

Zuan said...

berhenti berlari

Yuyu Atiqa said...

Terkadang..
'Berlari' itu normal untuk mencari sedikit ruang bagi menenangkan diri.

Tapi 'berhadapan realiti' itu sesuatu yang perlu diambil sebagai cabaran.

suka atau tidak,
setiap perkara perlu ditempuhi.
Moga kamu sabar dan terus kuat.

by the way,
kunjungan pertama ke sini.
suka blog kamu.
simple, tenang.

keep on blogging! :)

baby comel said...

Tak perlu lari jauh2... cuma berlari laju2, supaya bila penat kita berhenti tenang dan berlari semula. Xperlu jauh2 lari

MR & MRS MAKMUM said...

ada kala kita perlu brlari utk kebaikan diri kita seniri.....

kay_are said...

hmm.. ko sedih ni ade ape kes pulak??

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers