CORETAN TERBARU NADH

Rasa bersyukur sangat-sangat







Kalau tengok dari gambar mula hingga akhir macam ngeri kan? Ke aku je rase ngeri tu? Mungkin orang yang mengalami je memahami. Sejak akhir-akhir ni aku asyik teringat kisah dulu. Lupa pulak nak ambil gambar tangan gelap dan gelembung masa lepas accident dulu. Tu lagi ngeri. Macam orang hitam punya tangan. Gemuk serta hitam.

Bila ingat balik banyak aku korbankan. Barang-barang berharga. Netbook yang baru guna sebulan lebih, kereta wira ibu aku. Baju-baju kurung, jaket kesayangan, cardigen-cardigen. Memang tak patut ingat benda tu. Mujur aku hidup je. Mujur aku tak tersepit je. Mujur aku sedar dan larikan diri dari kereta tu. Semuanya takdir kan?

Mula penderitaan di hospital. Kalau korang nak tahu aku lebih trauma dengan hospital jika dibandingkan dengan highway tempat aku accident. Kat hospital macam-macam jadi. Dressing paling seksa. Hanya jiwa kental je boleh jadi nurse dan doktor. Aku kagum dengan diorang. Pesakit merayu macam mana pun diorang tetap buat kerja diorang.

Sakit. Pedih. Perit. Bergelen-gelen air mata. Jeritan demi jeritan masa dicuci luka. Tak terkata. Ini salah satu sebab yang aku bersyukur sangat luka sembuh. Syukur sangat. Hanya Allah je tau betapa sakitnya masa cuci. Memang tak boleh bandingkan dengan sakit bersalin. Tapi sakit jugak. Jadi korang hati-hati. Jangan membakar diri dan main air panas.

Lama tangan berbalut. Busuk jangan kira. Sampai sendiri tak larat bau tangan sendiri. Tak snaggup bau. Tapi tak sanggup nak tahan sakit masa cuci. Dilema kan? Bila dah bedah. Kulit peha hilang. Ingat dah bedah xpyh cuci. Rupanya cuci luka peha dengan tangan jugak. Sabar jelah kan? Kesimpulan sayangi diri anda. Bila sakit memang terasa betul nikmat ditarik. Aku kagum dengan orang sakit bertahun tapi masih tabah. Aku nak pinjam ketabahan mereka tu.

Nota Iffah: Aku dapat makan guna tangan kanan korang. Tapi empat jari jelah. Okeylah dari pakai sudu kan? Wah nikmat rupanya makan pakai tangan kanan. Korang sedar tak tu?
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

mas saari said...

kalau tengok pada luka tu memang teruk... tapi iffah memang seorang yang tabah!

alhamdulillah, skrg dah semakin sembuh..

deno said...

alhamdulillah ifa semakinsembuh.. ifa kuat!:) deno ngeri tengok luka ifah! deno dressing mula2 je sakit, lama dah tak sakit.. deno pun bersyukur masih di sini walaupun sle itu belum ada penawar..(^_^)

Lea Isnawi said...

ngeri. tak dpt nak bayangkan kesakitan yg iffah tanggung
apa apa pun syukur nyawa masih ada kan

moga cepat sembuh tangan tu :)

Nong Andy said...

alhamdulilah.. dah makin sembuh. dah boleh menulis dgn laju. ingat lagi ko pernah type cerpen guna satu jari macam patuk ayam :)

*ada hikmah di sebalik semua tu. antaranya.. lebih menghargai diri sendiri.. bersyukur padaNya..dan...! kini ada ada MAYA.. myvi purple hehehe.. (yg ni aku jeles hehe)

reenapple said...

aku baca ni pun dah ngeri.. =.=

syukurlah kau dah sembuh...=)

Izz Faizah said...

Alhamdulillah..ksian iffah..iffah mmg tabah..gudluck k? :)

Anonymous said...

kamu begitu tabah sayang..sy kagum itu..

#takde sapa nak dressing,sy snggup dressing,..

msredcheesecake said...

Ada hikmah... Kalau bukan di sini, di sana nanti pasti ada.... Be strong... Memang betul, berat lagi bahu memikul....

Mawar Berduri said...

tangan ni jugalah yang iffah menaip cerita. lebih rajin berbanding kami. proud of u sayang.

aimie amalina said...

yg pati opah smp skrg ttp kagum dgn ketabha cucu opah sowg ni :)

syakey said...

terasa ngilu bila baca pengalaman ni.
memang,bila berada dalam keadaan kesusahan baru rasa nak hargai nikmat yang sebelum ni yang tak pernah kta nak bersyukur.

insyaAllah, sentiasalah bersyukur, sakit sihat, susah senang. (:

kiera'sakura said...

akak bangga dengan Iffah... serius :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers