CORETAN TERBARU NADH

I think i love you part 2

“Abang, mana beg saya? Semalam baru je saya kemas barang-barang,” bebel Zahra dari tingkat atas.  Kecoh sebentar.
“Awak ni Lia, saya da masukkan dalam kereta. Tunggu awak siap berjam-jam,” Adwi Zaquan mula mengenakan isterinya Zahra Alia.
“Abang ni kan, Lia belum kemas lagi anak-anak kecil ni,” rungutnya lagi.
Kali ini mengundang tawa Adwi.  Isterinya dari dahulu tak pernah berubah.  Kebudak-budakan tetap terserlah.  Tapi itulah penarik hatinya.
“Gunalah beg lain, takpun bawak je turun.  Kang abang sumbat semua dalam kereta,” gelaknya belum berbaki.  Adwi sengaja mengusik isterinya.  Walaupun sudah berbulan berumah tangga namun, malu tetap ada.
“Abang!” Adwi berpaling. Kelihatan Zahra sedang memegang dua plastic bag dengan muka merah.  Marah campur malu.
“Ya, banyaknya kat tangan tu? Lia nak pindah rumah ke?” sakatnya lagi.
Kali ini Zahra terus meluru ke arah suaminya.  Cubitan kasih sayang diberikan secara percuma.  Geram hatinya.  Suaminya dari dulu suka sangat menyakatnya.  Zahra menghulurkan kedua-dua plastik kepada Adwi.  Tetapi Adwi pantas berlari keluar dan masuk ke dalam kereta. 
“Abang!!!!” jeritan itu bergema.  Kali ini macam boom!  Adwi Zaquan tergelak besar.  Seronok sungguh.
Zahra Alia terpaksa mengunci pintu dan pagar rumahnya dengan memegang dua plastik.  Hatinya sebal.  Geram dengan kenakalan suaminya.
“Jagalah abang!” kata-kata ugutan dibalas dengan tawa lagi. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hidup mereka kini lebih bahagia.  Siapa kata cinta pandang pertama tak boleh pakai? Tengok Adwi and Zahra sehari aje boleh jatuh cinta dan sebulan bercinta setahun bertunang dan akhirnya kahwin jua.
Adwi membaca bismillah dan memulakan perjalanan.  Oh ya lupa pula, mereka akan berbulan madu di kampung halaman Adwi.  Destinasi itu dipilih setelah berbulan-bulan lamanya mereka berfikir destinasi yang sesuai untuk berbulan madu.
“Mak nak kamu berdua pergi honeymoon kat Bali,” Datin Hanan memberi cadangan AKA arahan.
“Eh ada pulak Bali.  Ayah nak Zahra pergi bulan madu di Paris.  Tempat tu cantik.  Sesuai untuk honeymoon.  Dulu ayah dan emak pun teringin pergi tapi dah tua-tua baru dapat,”  Datuk Amin mencelah.
“Eh abang ni, jauh sangatlah.  Saya tak naklah.  Lagi lamalah diorang tak ada kat Malaysia.  Tinggal saya seorang.  Abang tu asyik kerja je,” nada seakan merajuk.
“Ala abang kerja selagi ada upaya, nanti awak jugak nak melancong sana sini.  Semua kena guna duit Datin Hanan,” pujuk Datuk Amin.  Isterinya memang kuat merajuk.  Serentak itu Adwi tergelak.  ‘Patutlah isteri aku kuat merajuk, baka mak rupanya’
“Abang, macam mana ni?” bisik Zahra.  Dia mulai bingung. Mak merajuk, ayah pujuk.  Suami pula sibuk gelak.
“Macam mana apa?” tawanya bersisa.  Dia seronok dengankeluarga isterinya.  Maklumlah, mak ayah dia jauh di peratauan.  Jadi pengubat rindu pula keluarga isterinya ini.
“Abang!  Seriuslah sikit.  Tengok mak dah lari naik atas dah,” muncung mula memanjang.
“Apa muncung-muncung? Kang abang cium kang,” ugutnya dalam tawa.  Seronok menyakat.  Cubitan hinggap di lengannya, tapi sebentar cuma.
“Abang, saya serius ni.  Kang tak dapat berbulan madu padan muka,” keras kata-kata Zahra.  Dia sengaja menakutkan suaminya.
“Eh janganlah yang.  Kempunan abang nanti,” rayu Adwi.  Riaknya membuatkan Zahra ketawa lepas.  Kelakar sungguh.
“Gatal betul,” lantas Zahra bangun dari sofa empuk.  Malas pula dia melayan karenah suaminya.  Sungguh, sebulan berkahwin mengubah hidupnya.  Dulu bukan main tak suka.  Zahra tersenyum.  Adwi mengekor.
“Abang nak apa?” Zahra berpaling.
“A…ab..ang nak…”
‘Adwi Zaquan sila kawal emosi anda.’
“Abang nak apa ni? Lia banyak kerja lagi ni.  Mak pulak dah merajuk.  Siapa nak masak tengahari?” bebelan isteri tercinta seakan irama merdu di cuping telinganya.
“Abang, abang!” panggilan itu tiada sahutan.
‘Sempat pulak orang tua ni berangan’ Zahra mengomel.
“Encik Adwi Zaquan bin Haji Zakaria!” jeritan menusuk ke telinganya.
“Aduh…” teriak si suami.  Si isteri tersengih sambil cekak pinggang.
“Yang nak abang pekak ke?” tangannya masih menggosok-gosok telinga seperti kanak-kanak baru kena tarik telinga.  ‘Alahai kiutnya suami aku’
“Abang tu! Orang tanya nak apa, tak jawab-jawab.  Sempat berangan pulak tu,” mengomel lagi.
“Oh abang lupa,” sengihannya melebar.  Serta merta Zahra menarik muka dan berlalu ke dapur.  ‘Tak kuasa akak nak melayan.’

Post by,

Miss Ran 

1 comment:

Tasha said...

okay..... nak sambung part 3 plak lah.... menarik..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers