CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Kisah lalu mencengkam jiwa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masing-masing punya kisah lalu. Ada yang mahu melupakan. Ada juga mahu menjadikan ia kenangan terindah. Tapi apa akan jadi jika kisah itu terus diungkit menjadikan kita sendiri lemas dengan kata-kata mereka. Kata-kata sindiran, nista dan sebagainya hingga melukakan hati. Benar orang kata, tak mustahil luka lama boleh berdarah kembali. Oleh itu, janganlah bersedih kerana Allah itu ada.


Atasinya dengan cara;

Kuatkan semangat:
Kita harus kuat. Tiada orang yang bisa membantu kita. Walau sekeji mana ayat nista yang dilemparkan kita harus hadapi dengan senyuman. Buat apa kita nak bersedih kerana masa lalu itu urusan kita dengan Allah. Mulut mereka takkan dapat kita tutup.

Bina hidup baru:
Tinggalkan segala pengalaman pahit kita. Jangan dikenang kisah duka. Manusia mana tak pernah buat silap. Namun, kita dah diberi peluang untuk bertaubat. Jadi gunakan peluang yang ada sebaiknya. Ingat, pengalaman adalah guru terbaik. Mungkin pengalaman itu sepahit hempedu tapi hikmahnya semanis madu.

Dekatkan diri dengan Allah:
Dengan cara inilah hati kita akan lebih tenang. Kisah lalu sudah menjadi sejarah. Orang boleh pandang jijik pada kita tapi tidak Allah S.W.T. Dia tetap akan bersama kita. Dia juga sangat sayangkan kita sebab itu kita diberikan peluang untuk menebus segala dosa di masa lalu. Ingat, bertaubatlah. Allah menerima taubat hamba-hambaNya. 

Apapun perkongsian ini bukanlah tujuan menjatuhkan mana-mana pihak. Aku juga mempunyai kisah silam yang membuatkan aku terasa rendah diri dengan orang lain. Tapi pengalaman benar-benar mengajar. Doakan aku agar menjadi lebih baik. Bukan hanya si hipokrit yang hanya tahu berpura-pura baik. Wasalam.

Ps: Dia memahami.

19 comments:

aamalinaazman said...

baek kak ngah
opah akan cuba :)

Ce'gu JAERA said...

ya, pengalaman lalu mungkin menjatuhkan semangat kita, mungkin juga ianya pendorong utk kita bangkit kembali utk terus maju..

terima kasih krn saling memperingati.. insya Allah akan cuba mendekatkan diri sebaiknya kepada yang Maha Esa..

Anonymous said...

betul!
dekatkan diri dgn Allah!!

Anonymous said...

sesuatu yg berlaku ade hikmah..
dan hikmah nye.. kita makin dekat dengan NYA.. :)

Unknown said...

lupakan sejarah lampau.mulakan hidup baru.la tahzan.Allah sentiasa bersamamu

Unknown said...

la tahzan.. InsyaAllah Eza akan lebih kuat lepas ni. Eza nak berubah. InsyaAllah. Semoga Eza istiqamah dalam amalan kebaikan :)

Farhanhanif91 said...

selalu tgk kawan2 terutama perempuan yg takut nk bukak buku baru atas kesilapan masa lalu...anggaplah xde jodoh...=)

maszull said...

assalamualaikum iffah...sejarah tetap akan jadi sejarah biarkanlah ianya berlalu dan hadapi masa akan dtg ngan senyuman dan jiwa yg redha...

dan seharusnya la kita saling ingat mengingati sesama kitakan agar kita akan menjadi seorang insan yg lebih tabah dan berani menghadapi masa hadapan...InsyaAllah...:)

Unknown said...

dont look back in anger..heeee...

D said...

try to make it . thanks sis update~ :D

KaK LimAh Si SupiR said...

xpe iffah..bia org laen nk ckp ap p0n..kite amek yg positif utk ubah dri kite..yg negatif jdkan sbg pengajaran ^_^

Unknown said...

bg la tips bertahun dh berlalu tp xleh lupa jgk...wuaaaa

Aida Azryn said...

betol! Allah sahaja yang betol2 memahami kita.. :)

Lydia Miza said...

kisah lalu kadang2 takmo nak kenang.mmg ia menjadikan akak rendah diri juga pd insan lain.tp kita sentiasa nak jd yg terbaik dan sentiasa membaiki diri kan?huhu

Eera Shera said...

post ni mmg terbaik la ;)

Cik Pulau said...

betul..
sampai bila nak hidup dalam kenangan..
hidup perlu juga diteruskan demi impian yang dicari.^^,

Nong Andy said...

yang lepas biarkan lepas... kita tak boleh nak ulang waktu dan ubah sesuatu yg dah jadi sejarah. Bermula semua dan bertekad utk jadi lebih baik untuk hari2 yg seterusnya.. kesilapan dan kegagalan lalu jadikan pengalaman dan pengajaran buat kita. Cikgu terbaik dalam hidup kita ialah 'pengalaman'(kata apek saiful-n i agreed with it)

*adeh.. pjg lagi iffah!

Kira Sakura said...

sebanyak buih di lautan pengampunan Allah untuk hambaNya yg bertaubat...

Unknown said...

btul2!!
chaiyok2!!
:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers