CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Jodoh Lambat Tiba

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jodoh bukan di tangan manusia. Tapi apa yang dirancang Allah kita sendiri tak tahu. Jadi la tahzan jika lambat jodohnya. Mungkin bukan kita yang merasai. Malah ramai lagi. Usah bersedih hanya kerana jodoh lambat tiba. Ingatlah tiga perkara ini;

Jangan bandingkan dengan orang lain. Ingat kita mempunyai nasib yang tak sama. Jodoh itu rahsia. Lain orang lain jodohnya. Mungkin ada yang menanti di syurga sana. Jangan cemburu dengan mereka yang menemui jodoh awal kerna menemui jodoh awal tak semestinya bertuah begitu juga sebaliknya.

Yakin dengan qada’ qadar. Rukun iman yang keenam jika kamu terlupa. Bukan nak kata apa. Ramai sangat lupa akan hakikat ini. Adakah anda benar-benar beriman? Kalau ya, perlukah kita mempersoalkan kehendak takdir? Jadi jangan bersedih atas apa yang berlaku. Terima ketentuan Ilahi buat kita.

Syukur. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Nikmat yang kita sendiri tak perasan. Nikmat apabila dapat berkhidmat kepada orang tua. Kalau dah kahwin awal, tanggungjawab sudah semakin banyak. Ruang dan waktu bersama ibubapa akan lebih terhad.

Ingatlah Allah maha adil. Pasti ada sesuatu yang tersirat yang mata kita takkan mampu nampak dalam percaturanNya. Yang kita nampak yang buruknya. Tetapi yang baiknya? Jodoh lambat atau tidak semua kehendakNya. Jangan pernah sesali kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita hambaNya.


Nota Iffah: Doakan esok semua berjalan lancar!

Ps: Dia percaya pada jodoh. Aku juga.

26 comments:

Cikgu Jaja™ said...

salam dik..

benar..tak ade apa yg nak disedihkan bila jodoh lambat tiba..jalani hidup seperti manusia normal..

perasaan tu jgn diikutkan kan... sbenarnya ammarah, hasad, tension dan cemburu kerapkali mengunjung bila bersangka yg tidak baik dgn qada' qadar..

tenang tenang je la kan..

itu pendapat sy la..

Unknown said...

nak bahagi..syukur dgn apa yang dikurnia..try test lau tak caya

Nurul Iman Rosman said...

saye baru 20 tahun, malas lah pikir pasal jodoh ni. heee :D

Anonymous said...

rilekss luu.saya nak belajar dulu.tq kak iffah atas nasihat. :)

Efa Nur said...

Ajal Maut Jodoh pertemuan semua di tangan Allah... usah risau.. hadapilah hari-hari mu dengan gembira ye sayang...heee :D

semoga segalanya berjalan dgn lancar..aminn :)

Unknown said...

itulah. manusia ni perlu sentiasa bersyukur.semua tu dah tertulis

KuNanGKuNanG said...

Allah telah aturkan segalanye yg terbaik wat kite..:)

eiyzniey said...

Right...mmg smua tkdir dh trtulis...
Insyaallah..moga2 kita mndpt jodoh y soleh..
:)

Kalamhati said...

yup..takkan pernah sesali dan akan sentiasa bersangka baik dgn Allah..

Cik_Shiqah said...

Semoga esok semuanya berjln dgn lancar.. Aminn...

Ce'gu JAERA said...

saya nak like 10000x kali entri ini... perkongsian yg menarik.. Heran juga kawan2 asyik2 sindir2 bila nak kawen... kalau belum sampai seru nak wat camna.. ekekeke..

Gud lak ya Iffah utk esok... semoga berjaya tau. ehe

Anonymous said...

syukur!

CiKgU WaWa said...

Betul tu.trima kasih atas p'kongsian:)

maszull said...

assalamualaikum iffah ...jodoh pertemuaan itu semuanya di tangan Allah cpt atau lambat Dia jua yang menentukan...:)

msredcheesecake said...

Dpt jodoh awal pun belum happy.... Jgn nengeluh...

missina said...

betul apa yg iffah katakan,,tp kadangkala terselit juga kerisauan,,walaupun tak banyak,,tp kesunyian ttp ada kan,,apa2 pun berusaha sebelum menyerah pd qada'dan qadarnya,,

Eera Shera said...

bila la agaknya jodoh aku..haha

Cik Pulau said...

kawan ai cakap..
nape nak risau jodoh lambat tiba..
sedangkan kita ni memang dilahirkan berpasang-pasangan..
so pasangan tu tetap ada..insyaAllah..

p/s: ai aply jadi cikgu math kat sek swasta..

Jay said...

sesungguhnya jodoh itu rahsia allah..hanya allah yang mengetahui..ingin aku mencari tulang rusuk aku yg telah lama hilang..aku akan setia menantikan mu dan aku harapkan engkau adalah sorang muslimah yang solehah..:)

Nong Andy said...

Jodoh pertemuan di tanganNya. Moga di percepatkan jodoh iffah :)

r-5 said...

betul tu~ Dia percaya pada jodoh, anti percaya dan saya juga percaya. :)

lieynanilaz said...

saya sedang belajar untuk menerima qada & qadar...tapi diri ini kadang-kadang lelah dengan soalan2 cepu mas!!...hurm..

Kira Sakura said...

syukur dan sabar , insyaAllah bahagia :)

Fatin Najlaa said...

Kalau masih belum berjumpa dgn jodoh kita,usah merasa sunyi. Allah kan ada:-)

Fatin Najlaa said...

Kalau masih belum berjumpa jodoh,usah merasa sunyi atau sepi. Allah kan ada :-)

Anonymous said...

sangat risau dan sedih mengenangkan nasib diri....umur dah dekat 30 tahun, tapi masih tak jumpa2 jodoh walau pelbagai usaha dah dibuat... rakan2 sebaya dah ada 2-3 org anak.... org perempuan ni ada expirednya, umur 35 baru nak dapat anak itu berisiko tinggi... selalu down bila lihat org lain bahagia, cantik je perjalanan hidup....tapi nasib diri ini begini pula...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers