CORETAN TERBARU NADH

Cara hilangkan cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku musykil punyalah indah cinta ni, ada pulak yang search keyword nak hilangkan cinta. Aku bukan pakar cinta. Jadi kalau nak hilangkan tu macam mustahil. Tapi nak melupakan si dia tu aku bolehlah bagi cara.

Antara cara berkesan yang aku pernah guna;

1. Buang segala bukti seperti gambar, hadiah, nombor telefon, friends FB ke apa dan sebagainya. Kalau makin sayang, makinlah susah nak lupakan. Kadang kita kena jadi kejam ye. Bukan apa, khususnya perempuan hati lembut. Semua nak buat tak sampai hati.

2. Cari kenalan baru. Bila kita ada kenal yang baru automatik kita akan perlahan-lahan lupakan dia. Maksud aku bukan pakwe atau makwe baru. Kawan. Kita memerlukan kawan rapat untuk luahkan rasa yang terpendam. Bila kita rapat dengan seseorang. Mudah je hati melupakan.

3. Cari kesalahan dia. Cari kelemahan. Ini selalu orang kata kejam sangat. Tapi kalau asyik fikir yang baik-baik nanti tak sampai hati. Lepas tu mulalah menyesal dan kembali kepada dia balik.

4. Akhir sekali dan penting, dekatkan diri pada Allah. Itu je cara terbaik. Sibuk cari cinta manusia padahal cinta Allah cinta hakiki lagi abadi. 

Jadi tak susah sebenarnya kita nak hidup tanpa dia. Senang je. Kalau sehari dia tak ada kita boleh bernafas, akan datang pasti kita akan dapat bernafas. Kecualilah ajal menjemput. Sekian.

Ps: Dia gembira bercinta. Aku suka.

22 comments:

eiyzniey said...

yaaaaa...
try sibukkan dri kita
insyaallah.. dpt lupakan sket kot.heheh

WaniZakaria said...

kak iffah, mmg payah.tapi makin lama dri ini makin kuat. :)

Gen2Merah said...

saya nak tambah lagi satu boleh? ehe..

cara nak lupakan dia, u pegi jumpa dia then you bagi pelempang ke, penerajang ke, bagi hinaan ke atau apa2 saja yang buat dia marah.... konfom korang berdua akan saling melupai sesama...

wakakaka. ini lagi kejam kan.. ehehehe..
p/s: jangan amalkan ni... bahaya

Nong Andy said...

Aku setuju 10000% untuk semua di atas!

reenapple said...

no 4 yg penting...=)

EiL LB said...

mcm xbg sye nk bercinta jer!

cik eyma said...

tapi hampir semua dah wat
susah nk lupakan dia
kdg2 byg2 dia ada

Miss Xyz said...

wah, nice tips tuk spe2 yg nk ubat luka di hati.. ;)

KaK LimAh Si SupiR said...

ehehe..ok iffah..kaklimah akan cube ^_^

Raisya Haris said...

Cinta tak boleh hilang, tapi boleh dilupakan. Bercinta dengan Allah adalah langkah yang lebih baik. ^^

Rozuan Ismail said...

cinta pada Allah jangan dibuang plak ye

Paris Lipton said...

oyeahhh no1 tu plg awal sekali buat...huhu

nur hafizah said...

:)

JIJI YU said...

serahkan pada ALLAH

cik ika said...

err..blom race nk mgalami peraasaan itu lagi..

Jerr said...

Boleh , lama2 lupa la , lagi satu sibikkan diri dengan kawan2 or keje ;)

CiKgU WaWa said...

Btol.ble dh pulngkn brg n blok fb dia mmg rase puas hti skit.hee~~

Eera Shera said...

aku masih mencari cinta haha ;)

r-5 said...

huhu semua ni saya dah perah praktikkan, tapi makin teringat si dia ade lah.. namun bila saya memegang istilah "sayang tak semestinya untuk bersama dan lepaskanlah jika benar sayang, cukup sekadar melihatnya gembira" barulah hati ini rela melupakan si dia.. :) Alhamdulillah berjaya.. :)

lieynanilaz said...

saya dah melupakan si dia tapi baru2 ni terjumpa balik...kena belajar untuk melupakan balik..hadoi...:)

kiera'sakura said...

kan hati perempuan nie lembut sgt..

tapi hati akak jd keras bila dia dh terlalu menyakitkn hati.. :)

shahani... said...

hehe....
:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers