CORETAN TERBARU NADH

Korang sembahyang tak khusyuk

Sentap tak bila baca? Rasa macam terhina ke? Aku teringat seorang tetttt. Aku tengah camping. Nak bersedia solat berjemaah dengan rakan-rakan. Dia datang dan bercerita. Konon orang nak layanlah kan. Aku memang tak suka dia. 

Macam cakap besar je. Tapi hak kita nak tak suka orang. Belum tentu orang suka kita kan?
Dah siap pakai telekung semua. Dia cakap dengan lantang.

“Korang sembahyang semua ni tak khusyuk tau tak,” Aku sentap!

“Kenapa pulak tetttt?” Kami mempersoalkan.

“Korang pandang sejadah apa yang korang dapat?” Dia cakap lagi.

“Sembahyang macam biasalah tettttt,” Salah seorang jawab.

“Korang tak pernah tengoh kaabah tu macam mana,” Dia berhenti kemudian sambung.

“Kaabah indah. Korang tak dapat bayangkan indahnya perasaan bila sembahyang depan kaabah,” Agak berlagak bunyi.

“Apa kaitan dengan khusyuk?” Kami pelik.

“Korang tak pernah tengok kaabah secara live. Rugi. Sia-sia sembahyang kalau tak khusyuk macam ni,” Dia sambung lagi.

“Dah kami mana mampu tetttt,” Bengang.

Dialog diubahsuai. Aku lupa. Tapi lebih kurang beginilah ayatnya. Aku tak sure tapi dia cakap selama ni sia-sia kami solat. Sebab tak pernah sembahyang depan kaabah. Aku tengok entry along usop tadi. Memang kena dengan entry ni. Peliklah. Kalau macam tu berapa ramai tak sembahyang khusyuk sebab tak mampu nak tengok kaabah secara live.

Berapa ramai kata tak nak solat sebab tak ada guna. Sia-sia solat sebab tak khusyuk. Siapa dia nak menentukan solat khusyuk ke tak? Banyak sangat ke ilmu dia ada nak kata begitu?
Aku pun bukan pandai sangat bab ni. Tapi serius aku terasa. Seolah menghina kami yang tak pernah pergi tengok Kaabah. Bukan tak nak duit tak ada. Ingat pergi pakai tahi gigi je ke?
Post by,
Miss Ran

6 comments:

Sunah Mohammad said...

bukan khusyuknya letak pada melihat kaabah, tapi pada hati yang ingat pada Allah yang Maha Agung dan kerdilnya diri masa tunduk sujud menyembah bumi...

ingat, kita solat bukan menyembah kaabah, kalau kaabah itu dialihkan ke UTM skudai, kiblat kita still ke arah Masjidil Haram!

Nadhirah-chan said...

wahh pedas tol ayat dia tu . tak masuk akal langsung . haish ....

aliarosli said...

betul uh, sokong kak sunah

siapa dia nak cakap khusyuk tak khusyuk?

habis tue tak perlu solat lah macam tue? wajib tetap wajib, buat kena gak buat

pergi haji pun jatuh dalam rukun islam yang ke5, kenapa tak letak je dekat no2, solat jadi no 3?

sebab ALLAH tak mahu menyusahkan hambaNya, ISLAM mudah, kita yang buat jadi susah

srikandi cinta said...

hishh,, geramnya .,, sape lah dia tuk ekk,, sesuka ati je kata org smbhyg x khusyuk..

srikandi cinta said...

hishh,, geramnya .,, sape lah dia tuk ekk,, sesuka ati je kata org smbhyg x khusyuk..

Along Usop said...

hish... =.=

org macam tu pon ade.. =.=

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers