CORETAN TERBARU NADH

Bila dah tak puas hati

Selalu kan bila tak puas hati aku akan diam. Diam dan terus diam sampai hati baik sendiri. Sebab? Sebab aku nak menjaga hati aku darii terus sakit. Itu cara aku. Aku bukan nak jaga hati orang sangat. Sebab hati aku pun tak terjaga.

Tapi bila orang lain tak puas hati. Aku cuba untuk masuk campur supaya hati dia tenang. Supaya dia rasa aku ada untuk dia. Bukan nak jaga hati. Cuma aku memang penyibuk. Aku memang suka fikirkan orang lain.

Kadang bila dia terasa aku pujuk balik. Padahal hati aku marah kat dia. Sampai aku raa bodohnya aku. Tapi sampai bila dia nak selesa macam tu? Selesa aku sentiasa ada? Aku tak nak sebab aku dia terus manjakan diri. Terasa sebab perangainya sendiri. Susah bila berada di persimpangan.

Sebelah kata pujuklah dia. Dia sedih tu. Sebelah lagi kata jangan manjakan dia. Dia kena pujuk hati sendiri. Sampai bila nak dimanjakan? Buat salah orang lain tak berani tegur demi jaga hati. Jadi aku tak puas hati pada diri sebab aku berbelah bagi.

Akhirnya aku diam. Diam untuk semua. Bila tak puas hati diam je. Jangan harap orang pujuk. Jangan harap sesiapa tenangkan hati sebab tak selamanya orang tu akan ada untuk kita. Berdikarilah dan jaga hati sendiri.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

JIJI YU said...

aku salu perli je

.........cP~ said...

Saya menyesal sebab terlalu diam. Bila pujuk dan rasa sakit hati sendiri sebab dia tak makan pujuk, saya sekarang menyesal sebab dia dah takde.. :(

lieynanilaz said...

saya macam kamu...lebih banyak diam tapi selalu jadi pendengar kepada kawan2 yg ada masalah walaupun tiada bicara yg keluar...

maszull said...

assalamualaikum iffah...hati sendiri perlu diutamakan dulu kalau hati kita sendiri x dijaga mcm mana nak jaga hati org lain lg la susah...:)

fRaMe+LenSeS said...

;)

reenapple said...

hurm... samala dengan aku. Bila tak puas hati aku diam sehingga aku rasa aku dah okey sikit.. hahaha.

manusia memacam perangai bukan?

silent boy said...

dalam bersendirian dan berdiam diri tu ade keindahan, . . . :)

H.J said...

feelingnya entry ko..haha

Sunah Sakura said...

hurmm...

KaK LimAh Si SupiR said...

kaklimah p0n lbey selesa berdiam dri

kiera'sakura said...

akak klu mrah slalu diam sbb takut xdpt cober mlut

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers