CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Takdir Cinta Buatnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Tangisan bayi tidak henti dari tadi. Dia mengeluh. Bosan dengan anak kecil yang asyik teriak. Hatinya kosong. Rasa sayang telah jauh meninggalkannya. Ya, anak itu anaknya. Namun, entah mengapa rasa sayang juga pergi saat suami yang konon tempat bergantung harap meninggalkannya. Ingin saja dia membunuh anak itu. Bingitnya mengganggu. Lantas dia menuju ke katil anaknya untuk mendiamkannya buat selamanya.

“Puan nak buat apa tu?” Bibik terlebih dahulu mengambil bayi comel itu. Zahra tergamam. Dia kembali merasionalkan hati dan mindanya.
“Bik, bawak dia ke dalam. Bagi susu ke apa ke, saya rimas tau tak?!” Lantas tangga dipanjat dengan laju. Dia ingin melupakan kisah sedih yang melanda. Hatinya tak tenang. Kesunyian itu sungguh terasa. Perasaan berbaur. Hati perlu ketenangan yang pastinya.

Xxxxx

Angin menderu sungguh menenangkan. Ombak mula mengatur tarian. Begitu indah ciptaan Tuhan. Seperti lakaran yang terlakar di kanvas putih. Sang pelukis sungguh hebat. Dapat menyampaikan realiti hanya dalam sehelai kertas.

“Alangkah bagusnya kalau aku seorang pelukis,” Keluhnya sendiri.
“Kenapa?” Lantas Zahra berpaling. 

Terkejut dengan suara yang amat dikenalinya. Ya, cinta pertamanya. Namun, tak semua cinta pertama indah. Lelaki itu secara terus terang menolak cintanya. Cinta yang tak pernah kesampaian. Sejak di zaman kolej lagi. Yang lebih menyakitkan hati, lelaki itu sedikitpun tidak sudi mengenali empunya diri. Hingga kini identiti Miss Dea menjadi rahsia. Sengaja dia menggunakan nama Dea kerana masa itu sedang hangat lagu Once yang berjudul Dealova.

“Sibuk je. Kau apahal tetiba menyampuk?”
“Saja. Saya tengok saudari jauh termenung. Nak juga tahu apa yang difikirkan,”
“Jangan nak jaga tepi kain orang sangatlah. Kita tak kenal pun,” Zahra protes. Dia mara ke gigi air.
“Zahra Nadia. Kita rakan sekolej dulu. Tak ingat? Hairan kenapa saya sentiasa ingat walaupun bertahun kita berpisah,” Zahra terdiam. Adakah lelaki bernama Izhan Haikal tahu tentang rahsia Miss Dea. Jantung makin rancak. Terasa panas menyerbu muka. Namun dia masih berlagak selamba.
“Oh jadi kau kenal aku ye. Tak sangka aku popular,” Ketawanya. Tapi sungguh ketawanya kedengaran plastik belaka. Lelaki tu tersenyum kecil.
“Zahra atau maybe saya patut panggil Dea? Saya kenal sangat dengan awak. Tapi…”
“Tapi apa? Kau jangan nak cuba-cuba kaitkan dengan kisah silam. Semua tu dah berlalu Encik Izhan Haikal. Aku dah lupakan kisah dulu,”
“Tipu!” Separa menjerit.
“Ikut kaulah nak percaya ke tak. By the way, kenapa kau ada kat sini? Kau mengintip aku eh?” Geram. Dia mula takut.
“Taklah. Ingat saya ni gila bayang nak ikut awak ke mana saja. Lagipun, awak kan milik orang,” Zahra kaget. Semuanya dalam gengggaman Izhan. Dia mula curiga akan sesuatu.
“Apa lagi yang kau tahu pasal aku? Jangan-jangan kau spy aku. Kau siasat latar belakang aku. Kau nak buat apa hah?”
“Rileks Dea. Jangan menjerit seperti orang tak ada iman. Malu orang tengok. Sebenarnya, suami awak ada jumpa saya. Dia tinggalkan surat untuk awak. Saya tahu awak tertekan sebab dia meninggalkan awak macam tu je. Tapi lepas awak baca mungkin awak akan faham,”
“Aku tak perlukan apa-apa. Lelaki bodoh tu tak reti menghargai isteri sendiri. Anak ditinggalkan macam tu je. Dengan nafkah tak bagi. Apa dia ingat aku ni balaci dia? Tukang lahirkan anak lepas tu buang macam sampah? Benarlah kata pepatah habis madu sepah dibuang,” Zahra beremosi sekali. Izhan turut bersimpati. Tapi dia mempunyai amanah berat yang harus dipikul.
“Dea, awak jangan salahkan dia je. Awak kena baca surat dulu. Dia amanahkan saya suruh saya beri pada awak. Dia pun dah sain borang penceraian. Awak boleh tuntut harta sepencarian selama dua tahun perkahwinan awak. Lagi satu hak penjagaan Zahra Qalisya sepenuhnya milik awak. Lainlah awak tak nak jaga dia,” Izhan menerangkan serba sedikit. 

Tugasnya sebagai peguam memang menuntut kesabaran yang tinggi. Lebih-lebih lagi kes berkait dengan wanita seperti Zahra.

“Kau jangan banyak cakap. Aku tak nak jaga Isya tu. Biarlah bapak dia jaga. Reti buat anak je. Aku menyesal kahwin dengan jantan tak guna. Pengecut. Nak bercerai pun tak berani nak bagitau. Kau cakap dengan aku jantan tu layak ke jadi suami aku?” 

Izhan menggeleng. Emosi Zahra tak stabil. Dia bersimpati dalam masa yang sama ada amanah besar yang dia perlu selesaikan.

“Dea, sebab tu saya suruh awak baca surat tinggalan suami awak. Mungkin awak akan faham kenapa dia buat begini? Awak cerita seolah tiada sekelumitpun rasa sayang kepadanya? Bukankah kamu berdua bercinta, menyemai benih kebahagiaan. Buktinya bayi comel yang tembam tu. Saya suka baby macam Isya tu,” Senyum.
“Kalau awak nak sangat, ambillah Isya tu. Saya tak ada jiwa nak jadi orang gaji. Nak kerja lagi. Jaga anak. Rimas dengar dia menangis je,”
“Tak baik macam tu. Bukan ke anak tu rezeki? Isya tu darah daging awak. Anak kandung awak. Awak takkan langsung tak sayang? Sampainya hati awak…” Kecewa menyelubungi.
“Aku dah tak ada hati nak menghadap dia. Kau apa tahu? Jiwa aku tak tenang. Laki aku bukan pilihan sendiri. Isya adalah kesilapan terbesar aku. Aku menyesal!” 

Jeritannya merentap tangkai hati lelaki. Kejamnya si ibu berkata demikian. Izhan meraup wajah berkali-kali. Dia tak sangka Zahra Nadia berubah begitu sekali.

“Awak, tenangkanlah hati dan perasaan tu dulu. Penuhkan dada dengan keimanan. Bersihkan hati awak yang lama berkeladak. Awak isikan jiwa kosong dengan ayat suci al-Quran. Bila dah tenang, datanglah jumpa saya. Saya ada untuk awak. Buat masa ni, saya akan menjaga Zahra Qalisya. Nanti saya mintak kebenaran bertulis dari Zaim Mustakim, suami awak. Assalamualaikum,”

Dia diam tak bergerak. Hatinya pilu tiba-tiba. Jiwanya benar-benar sentap mendengar kata-kata Izhan. Ya, sungguh benar setiap patah yang disebut. Jiwanya kosong. Segalanya berubah saat dia terpaksa menikahi lelaki yang tak dicintainya. Salah dia juga kerana tak mencuba mencintai lelaki itu. Mana mungkin dia jatuh cinta lagi sedangkan hati masih pada cinta pertama?

Xxxxx

Buat isteriku Zahra Nadia, abang terlebih dahulu ingin meminta maaf. Banyak perkara terjadi membuatkan kita tersepit dalam realiti dan fantasi. Abang tahu abang gagal jadi suami yang baik. Abang tahu abang bersalah dalam hal ni. Abang tak memahami hati isteri sendiri.

Puas abang mencuba menerobos pintu hati Zahra. Tapi gagal. Cinta Zahra memang teguh kan? Walaupun dia tak tahu. Mesti awak terkejut kenapa abang boleh tahu. Semuanya gara-gara Asyikin terlepas cakap satu tika dulu. Kalau tak sampai bila-bila kita tersepit dalam perkahwinan tak rela.

Dengan ini abang menceraikan Zahra dengan talak satu. Berbahagialah Zahra. Dengan Izhan Haikal. Abang sengaja menyuruh dia menjadi peguam penceraian kita. Abang nak awak baik semula dengan dia. Berterus terang tentang perasaan yang terbuku sekian lama. Pasal Isya, kalau awak tak sudi jaga, abang akan menjaganya. Walaupun kehadirannya tak dialukan dalam hidup kita berdua tapi percayalah ini rezeki Allah tentukan.

Abang percaya, awak dan Izhan akan jaga Isya dengan baik. Abang mengundur diri demi kebahagiaan awak. Kejarlah cinta Izhan. Tiada istilah terlambat jika Zahra ingin berusaha dapatkannya. Akhir kata dari abang, abang bersyukur sebab pernah beristerikan Zahra. Assalamualaikum.

Surat direnyuk. Dia tergamam. Sungguh mulia hati seorang suami. Dia tahu dia bersalah. Cinta tak boleh dipaksa. Namun, dia sendiri yang menghalang Zaim dari menyemai walau sedikitpun. Dia sendiri yang mengeraskan hati. Membenci suami sendiri. Anak sendiri tak dipeduli. Akhirnya, dia menangis sendiri.

Xxxxx

“Eh, kenapa menangis ni?” Zahra tersenyum dalam sendu.
“Abang…”
“Ya sayang kenapa? Tadi Isya panggil awak. Tak dengar ke?” Suaminya duduk bersebelahan.
“Ada ke? Saya tak perasan pun. Kenapa abang naik ni? Jomlah kita turun. Kesian Isya sorang-sorang,” Zahra segera bangun. Tangannya ditarik perlahan. Terduduk semula.
“Hai sayang abang ni. Kenapa menangis? Abang tanya tak jawab,”
“Ala masuk habuk je tadi,”
“Tettt, alasan lapuk yang memang sangat klise. Next,” Sengih Zaim.
“Alaaaa abang ni. Terima jelah. Saya okey je. Kesian anak kita tu,” Zahra cuba mengelak. 

Mata Zaim terpandang surat itu. Surat itu berkali-kali membuatkan isterinya menangis. Dia pula berasa bersalah teramat. Ingin dibuang tak sampai hati, kang ada yang merajuk seminggu pula. Dia dilema. Akhirnya, mengalah.

“Berapa kali dah abang kata? Buang surat tu. Aish degil lah isteri abang sorang ni,”
“Memanglah isteri abang sorang. Jagalah kalau tetiba jadi dua pulak,” Zaim tergelak besar. Lucu ayat yang terpacul dari bibir isterinya. Zaim dan Zahra bersatu semula. Surat itu telah membuka hati Zahra seluas-luasnya untuk menerima cinta bekas suaminya.

Izhan tersenyum bahagia. Walaupun amanah untuk menjaga Isya dan Zahra tak tercapai. Dia tetap bahagia kerana satu masjid tak berjaya roboh. Begitulah takdir cinta yang Allah telah aturkan. Siapa sangka cinta kita ada di sebelah, depan, belakang kita saja? Cinta ada di mana-mana dan terpulanglah takdir menentukan siapakah cinta kita.

Nota Iffah: Hari ni tak ada sweet macam gula. Cuma aku nak ketengahkan tentang takdir cinta. Lagu tu aku tak pernah dengar pun. Main taip je. Disebabkan ini tugasan dari Jiran terhebat dan Pengomen tegar yang beri. Aku langsaikan jugak. Kalau ada yang kurang tegurlah ye. 

16 comments:

fRaMe+LenSeS said...

kerana sesurat cinta mula bertaut. wowww~~ hebakkk.. jiran ai memang hebakkkk~~ :D LIKE> :)

Nong Andy said...

Wah.. sentap! memang tersentap!

Zahra tak nak anak tu buat aku sentap. tercalar hati keibuan aku.hehe! welldone!

byk patah ayat yg buat aku kagum macam :

"Ombak mula mengatur tarian. Begitu indah ciptaan Tuhan. Seperti lakaran yang terlakar di kanvas putih. Sang pelukis sungguh hebat. Dapat menyampaikan realiti hanya dalam sehelai kertas."

Dan lagi ada komedi yg buat aku tersenyum lebar di hujung cerita- happy ending n pengajarannya sampai.

*Iffah... aku suka! :)

Salim Harmanain said...

tu la kan..manusia hanya merancang...Allah yang menentukan semua nya...Allah adalah sebaik baik perancang.. :)

p/s : baca cerpen ni sambil dengar lagu takdir cinta yang rossa nyanyi serius boleh cair :)

~Kirin Selama Perak~ said...

awesome!yang ni best wey!!:D
teruskan mencurah idea!

~..Lesung Batu..~ said...

wahh!!like3~~!!!

EZAD AMIR said...

menarik jln cerita ko ni...
apesal tajuk sme dgn cik/puan Nong??????????????????????konspirasi apakah ini?

aimie amalina said...

as usual..
my kak ngah owes d best! ;)

kak ngahhh
doakan utk opah rini taw ;))

Niena Pengembara Ilahi said...

;) sweetttt .. akak ada satu cerita tpi xsmpat nk menulis, ermmm .. iffah tulis la akak baca bleh? heheheeee~

Niena Pengembara Ilahi said...

cinta mmg ada di mana sahaja .. :)

cik Kartun said...

agak dah.. mesti isteri nye cair balik kt suami die tuu.. huhuhu
sweeetttt sgt :D

AMMAR YASIR said...

Wah panjangnya entri

Suhaili Sarif said...

fuh,sentap akak baca...
kira talak da jatuhkan...hihi

kalau die trime izhan tu,akak gigit zahra.haha..

mcm mana blh ade anak kalau x suka.waaaaaaa...sayangilah suami anda yg menyayangi anda.hehe

good job kak ngah

akak x bersiap lg ni.haha
kbai

Cik Pulau said...

hishh.. ai ingtkan dengan cinta lama.. hurm.. menarik..^^

cinta ada dekat je dengan kita.
kan???
cuma masanya belum tiba untuk kita jumpanya. lalalala~

Eza Boom Boom said...

Maksudnya jodoh zaim dan zahra tu panjang la. Alhamdulillah. Takdir cinta memang macam tu. Kalau dah jodoh, nak bercerai pun boleh tak jadi..

Tahniah iffah untuk hasil cerpen ni. Great job, dear ;)

sergeant keroro said...

Macam I'm not single, versi advanced sikit

kiera'sakura said...

wowwww best!!!!

tp kan mcm mana isya blh wujud? masa bila tue? teng teng teng :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers