CORETAN TERBARU NADH

Nama timangan Iffah Afeefah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tergerak hati lagi nak merepek pasal diri sendiri. Aku tak tahu kenapa semangat blogging aku ke arah menceritakan pasal diri sendiri. Mohon korang tabah baca. Seperti yang korang tahu, nama dalam IC aku seperti yang tertera di url atas tu. *ehem*

Iffah Afeefah. Orang kata macam kembar punya nama. Macam pusing-pusing sama je bunyi dia. Ejaan je lain sikit. Huruf yang ada pun sama. A F H A E. Lima huruf je yang aku perlu tahu untuk tulis nama sendiri. Okey tak kelakar. Jadinya apa je nama timangan yang ada untuk aku? Aku tacing haha.

#Ipah
Keluarga panggil. Kawan-kawan rapat.

#Pah
Kawan blogger yang sekepala, selenge dan sengal iaitu Zaitul.

#Pipa
Ni PPP yang kasi. Baru je dilancarkan panggilan ini. Haha.

#Pip
Masz kawan kat maktab selalu memendekkan nama orang. Naniey jadi Nan. Apipah jadi Pip.

#Pipah
Naniey  TJ yang tulis Setitis Kasih Darmia yang suka panggil dengan nama tu. Pipah, Pipah, Pipahhhh... Selalu siap berlagu kalau dia panggil ada udang disebalik batu.

#Iffah
Kawan yang tak rapat. Lagi tua. Lagi skema. Memang dia suka panggil nama aku ejaan penuh dan sedap didengar.

#Efa
E dibunyikan E, bukan I. Tu makcik je. Efa...

#Afif
Ini masa Masz sengal nak jadikan aku lelaki. Afif dan Apip samalah tu.

#Pah Pipah
Ini masa hangatnya zaman Pah bedah orang gaji 41. Gaya panggil sama je dengan Pah Bedah ye Mak Incik. Ini adik aku yang kat Manipal selalu panggil.

#Noy, Gil dan sekutu dengannya
Kakak aku dan adik bongsu aku selalu panggil macam ni. Noy stand for annoy dan Gil untuk Gila. Kami memang selalu panggil macam ni. Harap tak kantoi dengan Ibu. Haha

#Akak pelangi
Ini Reenapple gedik nak panggil aku akak pelangi sebab aku suka sangat dengan pelangi. Walaupun ada orang kata blog aku macam kuih lapis. Aku pasrah =P

#Pipapipo
Ini Pakcik Amir kat Masih Cinta panggil aku. Sebabnya semalam kan ada pemain bola Thailand nama Apipoo. Jadi dia kembarkan nama kami. Sabar jelah T_T. Mohon kisses ye Az_Story ehhh.

Aku rasa dah tak ada nama timangan. Akak sweet, akak jiwang sekutu je dengan Akak pelangi. Aku tak tahu ada nama timangan lain pulak kan. Korang ada nama timangan yang best sikit tak untuk aku? Pusing-pusing sama je kan? Haha =P Mesti nama timangan korang lagi best T_T. Tabah jela aku ni haha.

25 comments:

cintailmu89 said...

Che' panggil iffah je, sedap dah :)

aku HaniAsyira said...

bila pip tu tringat citer enchanted, chipmunk dia nama pip

Mrs. Abi said...

pangiil fee la pas neh!! grrrrrrrrrrr

Anonymous said...

yuhuu... akak pelangi. Ngeh ngeh.

~anda tahu siapa saya~

#malas nak login. kikiki

azstory said...

comelkan? hehehehe

Mas Zull said...

assalamualaikum iffah...mama tetap akan panggil iffah selalu yer...;)

Amirul Verdasco Nadzri said...

aku panggil ang 'peep' ok? sama je sebutan, cuma ejaan dan harakat lain..haha

Cikgu Ma said...

pari2 boleh? haha

cikgu yea...

Fiza Suhaimi said...

Assalamualaikum ^^

Iffah, aku lebih suka mention kau dengan panggilan Iffah jew. Sebab bila aku panggil kau dgn nama tu, aku rasa aku lebih dekat dengan kau. Entah kenapa. :)

Rara Nasiha said...

panggil nama panjang pun sedap jugak. Iffah Afeefah :)

نورعيم said...

panggil kak ipah sudah. kehkeh.


#kak katek boleh? hahahha :p sila jgn bagi sup kaki eh.

Nong Andy said...

Aku memang panggil ko Iffah.. sebab ko pernah warning dlm n3 ko yg dah berkurun lama dulu yg myb ko sendiri tak hingat... yg ko tak suka org salah eja nama ko.. jadi aku hati2 tak nak bagi tongang langgang nama ko jadi tifah tertipu.. eh? hehehe...

sekian terima kasih cik pelangi eh..? sory.. Iffah Afeefah Arif.. :D

Hafizin Jamil said...

eh.aku panggil dengan nama apa dah..?haha

aku tak perasan ko tak pakai domain.com..haha

Rapunzeel Cikilolo said...

hahaha. pah pipah tu kelaka...

TiranaAduka said...

salam
Sedap namanya.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

byk juga... waaaaa

Asrul "iLham" Sany said...

aku pun ada byk nama panggilan...setiap family dan member ada panggil aku nama lain2

Aziela said...

Dah banyak dah tu dik. And banyak jer yang best2. Rasa macam belum ada yang best ker? Hehehehehehe.

kiera'sakura said...

hamboiiii nak banyak mana lagi nama timangan tue? =.=

akak pulak skang dah ada nama timangan ce teka ape dia? hahahahahaha :p

Sunah Sakura said...

yu lupaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


RATU PECUT!!

Juliet_iRa~" said...

akk suka pggil iffah :)

hihi

kay_are said...

pusing pusing pun name timangan ko best kat name betul ko gak kan.. ok r tu.. name panggilan aku merepek repek ntah kamane.. malas nak share.. =P

Rozuan Ismail said...

ada satu lagi pipah propa

deno said...

olo kiutnya nama timangan... hihi.. deno panggil ifa boleh je kan.. hehe.. deno hanya 2 nama timangan... adik dan deno :)

Encik H said...

aku ada jugak nama timangan or nama glemer nih..tapi kalau yg nama glemer tu, konfem tak tersabit langsung dgn nama sebenar..lari jauh...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers