ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
16.02.2013 aku telah dikejutkan dengan surprise oleh Umar, PPP dan Dikbi. Masuk rumah PPP ada orang nyanyikan lagu Happy Birthday. Sangat segan, ada video tapi malu nak tunjuk. Okbai. Kesimpulannya, layan gambar je okey? Sila bersabar dengan entri ini sebab banyak gambar =_='
Ini baru hari pertama. Seperti dalam gambar, kami semua makan di Seoul Garden, KL Festival. Sangat kenyang sebab aku makan daging puas-puas. Tapi harga kat sini lagi mahal berbanding kat Melaka. Mungkin faktor student price dan hari minggu. Kemudian, merempit ke Taman Tasik Titiwangsa. Ada konsert live sambil berjalan. Ada sesi makan aiskrim. Ada sesi skodeng couple tengah berdating. Ada juga sesi LOL. Kemudian, lepak mamak bincang secara serius. Apakah? Adalah, rahsia. Yang lain semua pulang ke sarang. Gambar berikut orang yang tinggal untuk hari kedua.
Sarapan nasi lemak dan cheezy wedges |
Nasi ayam ala PPP |
Pagi-pagi dikejutkan oleh mamat sengal si Umar untuk memasak. Jadi aku dan Dikbi menabah ke dapur masak. Diorang pergi beli nasi lemak. Kami makan sementara tunggu Norain dengan Zaitul datang untuk sesi berjimba seterusnya.
Main lift |
Kami pun berjalan ke WangsaWalk. Aku yang mentabah ajak sebab dah mengantuk duduk lepak-lepak lepas makan. Heee
Karaoke. Tapi bukan bersama retis tapi bersama suara-suara sumbang yang agak stress. Masing-masing sakit tekak sebab menjerit. Tabah jela =)
Makan sambil bergosip. Acara hebat. Haruslah meja di luar sebab takut ganggu orang lain dalam kedai dengan hilai tawa. Sangat sengal ketika ini. Lokasi, Ayam Penyet best kat WangsaWalk.
Jalan sambil menyengal dan menjadi camera detector! |
Rasanya ini entri paling banyak gambar aku letak. Macam biasa terima kasih kat semua yang datang menjayakan aktiviti jimba-jimba ni. Bukan sambutan birthday sebenarnya, tapi sesi melepaskan stress dan menyengal bersama kawan-kawan alam maya. Terima kasih korang yang sambut birthday, kasi hadiah dan yang penting, sudi melepak sama-sama dua hari ni. Okey, aku pendekkan entry dengan menyenaraikan nama-nama yang datang.
Senarai blogger yang datang:
Hari pertama: Puyak, Mk Syahir, Syakir, Anis, Potia...
Hari kedua: Zaitul Akmar Marimar...
Dua-dua hari ada: Umar the retis, Dikbi si lesung pipit, Ain bluewendy, Paripari putih aka digital Mama ehh
Bukan blogger: Mija dan Cik Mat
26 comments:
tu dia sakan iffah sambut birthday tahun nie..
happy birthday iffah..semoga sentiasa dibawah rahmat Ilahi
Meriahnya. =)
lahhh burfday akak 15 februari ke? sy 14 februari. happy belated burfday ka. semoga murah rezeki, pnjg umur dan brtemu jodoh yg baik.
how lucky u are dpt kawan2 yg ohsem! :)
Happy beday Kak Ipah Pipah sayang <3 - Pa'in
ooo..tido umah ppp ye...
aq xjeles.. sungguh aq jeles.. ehh.. kbaiii
tu dia sakan dia sambut birthday. untung la ramai org sayang kan ehh.
yeye!
aku lepak dua hari!
sorry epah. aku tak dapat dtg nak sambut befday kau. maafkan aku. sobss T_T
sweet memories beb! hepi besday again.. memang lam sejarah 2 ari satu malam sambut besday..hak2
Salam.
Wah, seronoknya. Bukan main sambut birthday sampai dua hari!
mmg meriah. happy belated befday iffah :) semoga hepi selalu ye :)
cessss sapa digital mama ni?? =..= ni buat aku bengang ni..
sakannnnn sambut besday...ahhahaaha...
hadiah plg best =)
iffah, nak cium pipi sket :)
p/s : maaf sbb aku sgt frust kerana xberkesempatan nk kejar kesana.
happy birtday weyh!!! may Allah bless u.. heee~~
pokok yg daun2 ada tulis LOVE tu smart.
aku tumpang gembira tengok gambar korangs outing :)
Happy Besday rakan seperjuangan.. untung lah untung lah ada orang sambut besday dia.. :P meriah tu..
dah lame tak celebrate besday ramai2 camni.. best2.. wangsa walk aku pergi sekali je kot.. memang untuk karok.. dan yang pasti sore aku ngan member2 tak sumbang ok.. =P
wahhhhh kemain senyum sorg2 akak baca hihihihi
seronok kan jimba dgn kawan2.
aku suke part lepak kat nasi ayam penyet.. hahhahahha
seronok ifa.... jeles tau... btw, semoga ifa berbahagia selalu ... amin!:)
wah meriahnya celebrate birthday dia
erk.. pesal aku lambat komen ni?? ni baru birthday dah 2 hari satu mlm...kalau kawen berapa hari agaknya...hihi
Happy Belated Birthday :)...
Post a Comment