Aku tak tahulah apa badi aku dengan divider highway. 2011 aku langgar divider. Tahun ni aku menyagat kereta kat divider. Nasib tak ada apa jadi tadi. Aku syukur sangat tak ada apa jadi.
Tahun dulu pun bulan Ramadan. Tahun ni pun. Nampak tak kaitannya? Tapi kali ni aku bawak slow sebab hujan lebat sangat dari Jelebu-Kajang. Bila kat LEKAS tu makin lebat.
Aku rasa kereta aku dah macam nak ke tepi. Aku pun pusing stereng dua tiga kali. Bagi elak divider tu. Akhirnya, kena juga. Terseret dari depan sampai belakang. Bunyi macam orang main racing tu. Aku terus tekan lampu kecemasan. Turun masa tu jugak.
Aku risau pintu tak boleh buka. Aku tgk calar agak teruk. Aku pun bawak lagi slow. Tukar lane tengah. Kat tepi tu memang banyak air bertakung . Jadi kepada sesiapa yang lalu LEKAS jangan lalu lane kanan. Sebaiknya berhenti tunggu hujan reda.
Allah bagi aku peluang untuk hidup. Bukan kedua. Tapi ketiga. Aku sangat bersyukur. Walaupun sedih kereta bercalar yang sangat teruk. Nyawa lagi penting. Cedera kereta aku boleh bayar, cedera diri tiada harta yang mampu membayarnya...
14 comments:
bawak slow wes time hujan. jangan ingat nak laju je. bahaya
alhmdlah nasib baik iffah xde apa2..memang gtu kalau ujan lebat air kan bertakung...so kena lebih hati2 dan bagi tumpuan
harini dah 2 cerita seram saya baca..
alhamdulillah, masih dibri peluang.. gunakan kesempatan ini untuk mendekatkan diri kepadaNYA
ipah..drive carefully.. beringat sebelum kene.. jgn laju sgt wes.. sekeh kang.. aku sayang ko tau tak.. T_T
syukurlah kau selamat . . .
Fuh... mujur ko tak apa2 iffah.
Yg penting ko selamat . Aku sayang ko... blah la dengan kasih sayang ain tu...
Hahahhah
waa, syukur xda apa2 yang jadi. semoga lebih berhati2 selepas ini :)
senyum tak perlu kata apa-apa (takut aku di fire ekekekek) ~ alhamdulillah yg penting kau ok itu lebih dr baik (benda nak jadi, kita x akan tahu) semoga ko x phobia weh.. (mcm aku) :P
hayooo..
cucu opah..
hati2 nah..
ujan, jalan licin, plak power stereng, cpat loose control..
molek2 syg ;)
take care ifa :)
carefull & take care ye ipah... aku pun sayang kat ko jugak...
hati2 ye adik sayang. akak klu ujan kt hway mmg x ambik lane kiri sbb air byk
kadang org kata, kalau kereta biasa eksiden, dia akan slalu eksiden. mcm tu lahhh
Post a Comment