CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Diari seorang isteri II

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk cerpen sebelumnya klik sini. Ini adalah rekaan semata-mata. Kisah si isteri di realiti seperti sebelumnya tak sama dengan aku coretkan kali ini. Harap maklum. Sambungan cerpen ini dibuat atas permintaan ramai yang inginkan kesudahan cerita isteri malang. Jadi aku pulun juga reka sendiri. Tiada kena mengena dengan orang yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Image Detail
Cincin nikah aku
29.5.2012
Sengaja aku lekatkan gambar cincin aku. Aku rindu saat itu. Ingat lagi masa nak tempah cincin nikah ni, dia tanya kenapa putih pink? Kenapa? Aku tak jawab terus sebab malu tengok orang yang handle tempahan kami. Ini rahsia aku dan Qaidir serta kau diari. Sebenarnya, aku nampak amoi yang kerja tu pakai putih pink cincinnya. Sebab tu aku berkenan. Design memang lama dah aku nakkan. Ini untungnya suami kaya. Tapi sekarang, aku rela suami aku tak kaya. Hurm dugaan bukan? Yang kaya harta akan miskin dengan kasih sayang, yang miskin harta akan kaya dengan kasih sayang.

30.5.2012
Aku makin rajin menulis kan. Sebenarnya, tadi aku jumpa doktor tu lagi. Dia bagi nasihat kat aku. Aku tahu dia hanya menjalankan tugasnya. Aku juga tahu pengambilan ubat macam ni tak elok. Aku stress. Dia bagi aku dua pilihan, sama ada minta fasakh atau relakan je bermadu. Dia tak tahu betapa peritnya membuat pilihan. Dua-dua pilihan buat aku rasa nak bunuh diri. Aku benci akan pilihan! Akhirnya, aku menangis sendiri. Suami aku pulang tadi sedikitpun tak tanya khabar aku. Makin aku rasa sakit hati!

1.6.2012
Setelah aku fikir lama. Aku jadi makin pening. Mana taknya, kalau aku nak failkan fasakh, sekurangnya aku kena ada RM 40,000. Itu upah peguam. Aku mana ada wang sebanyak itu. Memang suami aku kaya, tapi takkanlah aku nak minta duit darinya tapi nak minta cerai dengannya? Logik ke? Kalau tunggu kerajaan, entah bila aku dapat selesaikan urusan fasakh. Aku buntu dengan pilihan ini!

4.6.2012
Lama aku renung akaun bank aku. Lebih kurang RM 27,000 semuanya hasil dari nafkah dan wang hantaran yang suamiku beri. Aku tak kerja demi dia. Ijazah yang aku terima aku simpan buat kenangan saja. Kadang aku menyesal kerana ikutkan kata suami. Sekarang, kerja tak ada. Duitpun orang punya. Aku tak mahu gunakan duitnya. Aku rasa terhina. Aku isteinya, bukan perempuan simpanan yang mahukan duit semata-mata. Aku tak mahu nafkah zahir saja! Aku rindukan belaian mesra darinya. Abang…saat ini kolam air mataku tumpah lagi.

7.6.2012
Aku keluar berjumpa kawan tadi. Kali ini aku tak memberitahu suamiku. Protes. Aku sengaja keluar malam. Supaya dia sedar aku tiada di rumah. Aku nak buktikan padanya aku juga wujud di rumah itu. Bukan sebagai tunggul tetapi isteri. Memang aku akui, dulu aku takut buat begini. Tapi keadaan memaksa. Aku terpaksa memilih untuk jadi isteri yang tak baik. Oh, berbalik pada cerita perbualan aku dengan Syakira. Dia kata bermadu lebih baik dari bercerai. Dia buat aku terfikir semula. Arghh kusut!

8.6.2012
Seperti yang aku jangka. Suami aku mengamuk sebab semalam aku balik masa dia dah tidur. Pukul berapa dia sampai aku tak tahu. Aku tersenyum puas masa menulis. Dia sedar ketidakhadiran aku. Dia sedar. Aku mahu dia sedar je yang aku isteri dia. Ya, Allah berikan petunjuk jalan untuk aku. Kini aku ada tiga pilihan. Apa dia? Esok aku cerita. Pipi sakit kena tampar dengan Qaidir tadi. Aku masih tersenyum walaupun ia sakit. =)

9.6.2012
Kini aku ada tiga pilihan. Yang pertama aku cerai. Mestilah sedih bukan? Aku tawar hati nak minta fasakh sebenarnya. Aku sayangkan dia! Pilihan kedua ialah bermadu. Madu memang manis tapi bagi dia. Bukan aku. Aku tak nak payung emas. Sebab hati aku tak merelakan pun. Aku tamak. Aku nak dia. Tak mahu kongsi. Siapa nak kongsi suami kan? Pilihan terakhir ialah aku merapatkan diri semula dengan dia. Aku mahu bercinta semula dengan dia. Mungkin kami terlalu lama bercinta hingga kemanisan cinta itu makin pudar. Tapi sekarang aku tak tahu nak pilih yang mana. 1, 2 atau 3? Kalau pilih yang ketiga, berjaya ke aku tawan hati Qaidir semula? Arghhhh! Runsing. Aku nak jumpa doktor itu lagi!

Nota Iffah: Mesti nak suruh aku sambung kan? Yalah, aku sambung. Yang pasti memang seronok menaip rekaan berbanding realiti. Aku mahu berfantasi, supaya realitinya akan menjadi seperti fantasi. Itulah yang aku harapkan!

9 comments:

Sunah Sakura said...

sambung sambung sambung!!! hahaha~

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sambung sambung sambung...

psstt dok suh orang sambung cerpen diri sndiri jarang2 dpt bersambung..

imiginasi kami xhebat sgt macam iffah

;)

syuhadah rashid said...

Pilihan ketiga pls. :) Rindu zaman baca2 cerpen, novel. Tulis mcm2 cerpen 1 buku sekolah. :)

reenapple said...

errr..tak tahu nak suruh dia pilih yg ke berapa//hahah. Moga3 dia buat pilihan yg terbaik. =)

Woofer Storm said...

isteri mana yang mahu dimadukan.. apapun berbincang adalah perkara terbaik sebelum menjatuhkan keputusan yang mungkin membuat kita kerugian.. nasib baik cerpen..heheee

anamizu kaito said...

tolongla bagi hepy ending iffah!
pliss...plisssss..plissss =P




*over plak cik ana ni..kehkehkeh







luv,
cik ana

Rapunzeel Cikilolo said...

sambung! aku baru nak stat touching2...

alangkah best kalau ada pilihan no 3 :)

kiera'sakura said...

ehhh tanjat mak tetiba ada nama syakira.. hahahhaha

pilih yg ketiga!!! sblm die nk bermadu tnye apa yg tak kena dgn diri perbetulkan dan cuba perbetulkan smpi dia rasa dia xde jalan nk pilih yg kedua... kihkihkih

*eleh part 3 dh siap pun tue kan* cepat publish!!! :p

maszull said...

assalamualaikum iffah....nak juga tahu apa yg terjadi dan apakag pilihan si isteri tu.....:)
sambungan nyer yer...:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers