CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Sayangnya...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Aik baru habis mengajar ke ustaz?” Suara rakan sekerja sayup kedengaran. Aku menggagah diri untuk mendengar tiap butir bicara mereka. Sambil mata masih ralit dengan gajet di tangan.
“Yelah kak. Macam mana kerja tadi? Beres?” Suara dia benar-benar aku kenali.
“Tak mungkin!” perlahan saja suara aku terbit sendiri.
“Beres dah. Patutlah bagi salam kat akak tadi. Dalam diam ada makna. Kau tengok ni Zah. Bertuah punya budak…” Kak Lai membebel. Ustaz itu hanya ketawa.
“Alah kak. Macam tak biasa… akak tak jawab lagi soalan saya ni…” Lelaki itu menggesa tentang isu sama. Aku mengagahkan diri memandangnya.
“Dahlah. Zul kalau mintak tolong kemain lembut suara. Cair akak mendengar. Mujur akak dah tua…” Tawa lepas. Aku telan air liur. Zul! Siapa tak kenal Zul. Guru ganti yang pernah mengajar aku satu ketika dulu. Kini menjadi rakan setugasku. Umur kami pula tak jauh beza. Aku sebenarnya pernah ada rasa suka. Crush!
“Zul, ni cikgu baru. Dia baru lapor diri hari ni. Kau bagi dia buku sekolah. Biar dia baca sementara tunggu Pengetua datang. Lambat pulak ‘mem besar’ ni datang.” Aku mula gabra. Peluh dingin mula menyapa. Sungguh aku tak senang duduk. Mungkin Cikgu Zul tak kenal aku, tapi aku ingat dia. Sangat ingat!
“Cikgu baru ke?” Aku tunduk semata. Angguk tidak. Geleng pun tak.
“Nah buku ni. Dari mana?” Dia mengambil tempat di salah satu kusyen yang ada. Lagilah aku gugup. Perlahan aku menjawab pertanyaan.
“Aah cikgu baru. Saya asal Gombak…”
“Oh Gombak, rumah mak saya kat situ…” Gembira suaranya mendengar nama tempat itu.
“Cikgu…” Aku mula memberanikan diri memandangnya.
“Ya saya?” Aku jadi kelu.
“Awak…saya macam kenallah. Kita pernah jumpa kat maktab ke sebelum ni? Saya pun sambung belajar sekarang ni…” Ceritanya tanpa dipinta.
“Cikgu Zulfitri. Takkan saya tak kenal kan?” Aku mula berani.
“Kita kenal ke? Maaflah saya memang pelupa sikit. Maktab Raja Melewar ke?” Cikgu Zul masih kekal ramah sama seperti dulu. Yang berbeza hanyalah gelaran. Dulu cikgu kini ustaz. Janggal aku!
“Kat sini orang panggil saya ustaz. Oh ya, siapa nama awak?”
“Zakiah Hanis…” Itu saja mampu aku ucapkan. Siapa tak berdebar jumpa orang yang pernah disukai satu ketika dulu. Tingkatan 4 adalah tahun honeymoon. Jadi, guru-guru banyak fokus untuk SPM tahun itu. akhirnya, kami dapat guru ganti baru. Guru Bahasa Melayu yang bernama Zulfitri. Lepasan SPM. Best student lagi.
“Hanis? Awak belajar kat Gombaklah kan? No wonder awal panggil saya cikgu. Dulu saya memang ada jadi cikgu ganti. 3 bulan,” Dia mengangguk sendiri. Aku tersenyum.
‘Sekurangnya dia ingat!’ hatiku berbisik gembira.
“Betullah tu. Cikgu masa tu muda lagi. Jasa cikgu saya kenang sampai bila-bila…thank you!” Aku pula yang mula rancak berbual.
“Amboi ayat novel sungguh. By the way, lepas kerja jadi cikgu tulah saya tergerak hati nak sambung belajar. Tapi bidangnya tak sama. Awak pula ajar apa nanti?”
“Bahasa Melayu… seronok jumpa cikgu balik…” Aku menzahirkan rasa. Bukan setakat seronok, sangat seronok. Rasa ingin melompat bintang je ketika ini. Jantung mula berdetak deras.
“Okeylah Hanis. Saya ada meeting kejap lagi. Selamat bertugas ye. Bangga saya anak murid saya sebaris dengan saya pangkatnya…” Aku turut tersenyum. Terus terlupa gajet di tangan terlepas dari genggaman.
Xxxxx
Seminggu yang sibuk. Macam-macam hal aku perlu uruskan di tempat baru. Ada saja kerja menanti. Biasalah graduan panas-panas dari oven katanya.
“Hanis, nanti pergi pejabat. Nak isi data online. Benda tu penting tau…” Senior memberi pesanan. Aku hanya mengangguk. Adat di tempat orang. Masuk kandang kambing mengembek. Begitulah sebaliknya. Langkah aku laju ke pejabat. Bimbang orang ternanti-nanti.
“Ha, datang pun. Kenapa lambat cikgu Hanis?” Sekali lagi dia aku temui. Jangan kata dia yang nak isikan data aku? getus hatiku sendiri.
“Cikgu, kelas saya habis lambat tadi. Murid lambat hantar kerja…” Aku memberi alasan kukuh. Memang begitulah hakikatnya.
“Awak ni. ada-ada je. Meh nak isi. Masukkan kod sekolah dengan kata laluan. Macam ni…” Aku ralit mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Aku benar-benar gila.
“Hanis, awak ni faham ke tak? Saya tanya terkebil-kebil je…”
“Faham cikgu. Sorry, benda ni baru bagi saya…” Aku cuba cover kesalahanku. Padahal aku punya fikiran sudah jauh terbang ke langit yang membiru.
“Okey macam nilah. Tengok saya punya profil. Klik nama saya, tengok macam mana saya isi…” Aku terus memerhati setiap data dengan tekun.
‘Status perkahwinan…sudah berkahwin…’
“Cikgu kahwin tak ajak!” Aku cuba memurnikan rasa hati. Walaupun perit terasa kini.
“Nak ajak macam mana. Saya kahwin dua tahun lepas. Awak pun lost contact kan?” Cikgu Zulfitri cuba menangkan dirinya sendiri. Aku tersenyum tawar.
“Tahu. Saja je usik cikgu. Dah ada anak?” Laju aku bertanya.
“Belum ada rezeki…” Suaranya pula hambar.
“Sayangnya…”
“Tak apalah Hanis. Rezeki tu insyallah akan ada. Saya dengan isteri saya tak pernah putus asa. Tapi biasalah mulut orang, selalu je ada suara sumbang. Awak belum kahwin kan?” Dia tukar topik.
“Aaa belum. Saya tak terfikir pun lagi cikgu. Kerja lagi utama…” Dalam hati aku sudahpun berlagu pilu. ‘Sebenarnya saya tunggu cikgu…’
“Awak ni… kahwin tu kan sunnah. Jangan tak nak kahwin pulak bila jodoh sampai. Rugi tau jadi orang single. Saya ni, jumpa yang berkenan terus nikah. Buat apa nak pening kepala. Bercinta bagai nak rak. Janji sehidup semati akhirnya putus tengah jalan. Betul tak?” Cikgu Zul masih ramah. Masih banyak cakap sama seperti dulu. Masih tak pernah faham isi hati aku. Sama juga seperti dulu.
“Betul…”
“Awak kalau tak ada calon, saya boleh kenalkan kawan-kawan saya yang bujang. Trust me, kahwin ni seronok. Rugi lambat-lambat kahwin tau…” Gelak sakan Cikgu Zul. Aku masih tersenyum. Itu je mampu aku balas. Akhirnya, cinta aku tetap tak kesampaian. Kecewa sangat. Seperti luka ditabur garam. Begitulah sakitnya rasa ini. Tapi aku tetap doakan Cikgu Zulfitri berkekalan jodohnya dan dikurniakan cahaya mata dengan segera.
“Selamat tinggal cintaku…” Air mata mengalir saat aku melihatnya berpelukan dengan isterinya. Sungguh aku tak betah untuk melihat kemesraan mereka. Akhirnya, aku buat keputusan pindah sekolah setelah sah jawatan. Kini tiada lagi berita darinya. Entah apa khabar cikgu itu. Betullah kata orang, crush always remain crush.

TAMAT…

*Adakala reality amat payah untuk diterima tapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

7 comments:

Unknown said...

First

Eh, tula.. kalau itu dinamakan crush... sedey yeaaa....
Biasalah tu adat berkasih...

Unknown said...

Adeh panjang gile novel ko ni =..=

Unknown said...

kahwin tu seronok , tapi tanggungjawap perghh. :)

Dikbee said...

Xpe la... aku pilih candy crush je la.... ekekeeke

Unknown said...

alaaaa tula ko lambat sgt...hehe eh hanislah!

Amirul Nadzri said...

Best2x.. Aku dapat rasa berkecainya hati..Pehh feeling.. Jalan cerita pun laju..

"Rasa nak melompat bintang..." dengan "panas2 dari oven..." serius buat aku tergelak. Huhu...

kay_are said...

waah..cite ni best tapi ending tu yang tak bape nak best. pendam rase lame sangat so last2 melepas.. hmm.. teringat zaman muda dulu.. =P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers