CORETAN TERBARU NADH

Tips: Hiasan dulang hantaran

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahu panggil apa. Dulang ke pahar. Suka-suka je aku tulis ni. Sebenarnya, aku memang suka menyibuk bila orang beli barang kahwin. Macamlah aku punya kan? Tapi sejak aku umur 17 tahun lagi aku dah melibatkan diri dengan kegiatan seperti ini. Jadi jangan hairan ye. Setelah aku tenung, perhati dan teliti aku dapat beberapa tips yang menjimatkan perbelanjaan. Buat hantaran sendiri lebih menjimatkan sebenarnya.

1. Pahar
Tahu ke apa itu pahar?
Ini pahar
Kalau beli sekali banyak murah. Tapi ikutkan aku, tak payah beli. Beli je bekas yang berkaki. Ala-ala pahar. Jadi hiasan tu cuma terhad pada bekas besi tu je. Tak payah ada kain lapik, polisterin untuk lapik. Semua akan menjimatkan anda. 
Yang guna pahar

Guna bekas berkaki
Nampak tak beza hiasannya? Bahan digunakan lebih kurang sama. Cuma yang pink tu ada pahar, polisterin, kain lapik pahar dua helai (kain pink dan kain net), kain net pembalut polisterin. Bandingkan harga? Betapa banyak pembaziran jika guna pahar.

2. Barang hantaran
Sekarang manusia makin menggilai gajet. Hampir setiap kenduri pasti ada gajet sebagai hantaran dalam dulang. Tapi diingatkan janganlah syok sangat dengan gajet sampai lupa tradisi. Kalau 9 dulang penuh gajet je mahu orang lain pitam tengok. Lagi satu, kalau boleh tunjukkan kotak je. Tengah kenduri mahunya orang panjang tangan ambil benda berharga kan?

3. Bunga atau barang hiasan
Selalu orang suka main beli je. Lepas tu try and error. Akhirnya, bunga dan hiasan tu terbiar sebab berlebihan. Cara Ibu aku, cari contoh hantaran yang kita nak buat. Ambil gambar siap-siap. Beli barang cukup untuk hiasan dulang. Masa beli dah set, nak beli reben saiz apa, warna, berapa kuntum bunga, rama-rama berapa ekor, buah nak letak dalam bekas apa, bekas kek. Supaya bila dah buat, tak kelam kabut bahan tak cukup dan hiasan terlalu meriah sampai tak nampak BARANG HANTARAN. 
Akhir kata dari aku, berbelanjalah mengikut kemampuan. Mana yang patut dijimatkan eloklah jimat. Jangan nak mewah sangat, sebab kehidupan lepas kahwin lebih penting. Barangan ni semua hanyalah adat. Tak menjanjikan kebahagiaan pun. Jangan dah bermewah dan megah pasal hantaran tapi lepas kahwin terus jatuh miskin. Biarlah bersederhana dalam segala segi. Siapa nak kahwin jemputlah aku hehe~~~
Nota Iffah: Tak ada kecewa pun Ikan Kaloi. Saya hormati keputusan awak tu =)

18 comments:

KuNanGKuNanG said...

pandainye iffah...he3.. tp betullah iffah, lbh baik berjimat dan besederhana tuk persiapan perkahwinan, pas kawin lg banyak nak pakai duit kan..:)

Hafizin Jamil said...

tolong hias untuk aku nanti..haha

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

mcm2 benda nak kena pk psl ni kan.. adehh aritu time kwn kawin, tgk bnyk tul hantaran dia

Cik Asma BLuppy said...

aah kan.. dapat dah jimat kos kat situ..huhu

kiera'sakura said...

ye hantaran akak satu pun x siap lagi.. hahahaha

FasiHaH SupiaN said...

ahhhaaa tak lama la dah tu kak ifah.hehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tips yg sangat berguna

;)

Asrul "iLham" Sany said...

saya beli je murah... pastu letak menan2 sbg hantaran hahaha

Eera Shera said...

sungguh2 sy baca ni haha..nnt nk kawin panggil ipah je la senang hehe

Aien Alien said...

berjimat-cermat selagi boleh...lagipun hantaran ni tak payah nak sarat2 sangat...bagus tips yang diberi!! hehe

Rozuan Ismail said...

aku kenal pahar tuh apa.huhu

reenapple said...

ohooo.. ingat kau yg nk kahwin.. hehehe.

aku lambat lagi.. tunggu kau dulu.. huhuhu

.........cP~ said...

Salam.

So far, pahar semua tu kami pinjam2 je. Family ada barang2 tu semua. Hantaran pun makcik yang buatkan. (pengalaman abang2 kahwin).Hantaran pun tak ada la canggih manggih. Biasa-biasa je.

Nong Andy said...

reenapple lambat lagi? heeee....

jgn brani ckp mcm tu. jodoh tu di tangan tuhan hahaha... (betul! kawan aku dia kata lambat lagi, belum puas bujang katanya.. tup2 dia dulu kawin dari aku!!)

Ikan kaloi.. aku pun curius juga ni kekeke... :p

Anonymous said...

CiK iFFAH PUNya HANTaran BiLA PULa :)

p/s : (1) TERimaKASih DiATAs PENGhormatan ANda.MOod TERHAru T.T

p/s : (2) NOng ANdy.. HYpe! NAk TAHu APaNya.NANti PERgi KEDai iKAn Ye.iKAn KALoi ADa 2 JENis.1 KALer HiTAM,1 LAGi PUTih.

HOpe METer CURious ANda MENunjukkan PENUrunan, DENgan SEDikit iNFO Ni :p

deno said...

deno suka pegi umah org kawen, tengok hantaran cantik2 semua... :)

maszull said...

assalamualaikum iffah..memang betul tu lebih baik berjimat dr membazir je kan...:)

aimie amalina said...

can u be my wed planner someday?
hahahahaha :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers