CORETAN TERBARU NADH

Matang dan usia tidak seiring

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dua tiga hari ni memang menyirap darah je. Habis pahala puasa. Apabila matang tidak hadir bersama usia, maka perangai sangat tidak matang akan muncul. Walaupun anak dah berderet, umur dah lanjut.

Ini soal kematangan berfikir. Macam mana kita memahami apa yang orang lain sampaikan tanpa perlu ada rasa sentap. Ini tidak. Baru ditegur yang lebih muda, dah mula meradang. Emosi mengawal minda. Bak kata lecturer aku, orang yang berjaya akan mendahulukan akal barulah emosi.

Dalam Islam pun ada menyatakan bahawa jangan buat keputusan ketika marah. Inilah hikmah yang dia patut lihat. Melenting tak kena masa. Mata nampak sudut yang negatif. Itulah orang tua-tua kata, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Kalau betul kita buat kerja kita, orang takkan menegur. Kalau orang tegur, terima dengan hati terbuka. Jangan cari salah orang dan menutup salah sendiri. Grow up!

Usia separuh dari aku tuanya, tapi aku rasa aku lagi matang dan bertanggungjawab. Sedarlah what you give you get back. Tak percaya? Allah dah aturkan jalan sebaiknya untuk kita. Contoh mudah, kau tak jaga orang tua kau, insyallah kau dah tua nanti anak-anak kau takkan jaga kau dengan alasan komitmen kerja. Tolonglah ingat, dunia ni bukan untuk kejar duit semata-mata. Renungkan dan selamat berpuasa.

10 comments:

Sunah Sakura said...

waaaa

Zuan said...

orang putih mengajar kita berfikiran positif, islam mengajar kita jangan berprasangka buruk.. ^^

Unknown said...

keep the faith :D

Unknown said...

ego sangt tuh..sampai susah nak ngaku salah sendiri..susah nak berurusan dengan orang macam ni..

Dayang Deno said...

yup :)

Nong Andy said...

N3 ini berbau... Geram.. dan meluahkan perasaan.

Selamat berpuasa .. tuhan sedang uji ko tu.. andaikan saja begitu..

boni kacak said...

sabar-sabar..

Yana Sakura said...

Be strong akk..yana tau akk dpt hadapi semua nie..sabar ea..
Allah uji org yg dia syg dgn ujian yg kita mampu hadapi je..

SELAMAT BERPUASA.. =)

kay_are said...

biase r tu..selalu terjadi.. mereka2 yang tua tu mane mau dengar pandangan2 aku yang muda ni..sume ni ego nye pasal r ni.. hmm

Kenari Putih said...

Ye tu memang la ada orang begitu, maksudku umur veteran2 ni, tak ngam dengan yg muda2 ni, dia konservatif, tak boleh nak follow kita yg muda2 ni, hihi, muda ke aku? Haha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers