CORETAN TERBARU NADH

Jelebu dan bergelar guru

Itulah tempat yang tertera dalam surat penempatan. Perasaan bercampur baur. Sedih pun ada. Blur ada. Gembira? Entah. Sejujurnya aku belum boleh terima kenyataan yang aku perlu ke tempat ini. Jauh dari keluarga dan rakan.

Lain benar rasa bila dah bergelar cikgu. Dulu belajar main-main. Seronok sangat bila murid panggil cikgu. Rasa nak melompat. Sekarang? Lain sangat. Rasa terbeban satu tanggungjawab yang besar.

Jelebu. Sebuah pekan kecil pada aku. Memang tak ada apapun. Jalan bengkang bengkok itu biasa. Pergi mana-mana rasa jauh semata. Tempat orang yang ganjil aku rasa. Serius aku tak pernah jejak kaki ke sini.

Apa yang aku lakukan? Cuba berubah untuk menyesuaikan diri. Janggal itu biasa. Dipulaukan itu ada terasa. Orang baru. Muda. Freshie. Ada degree pulak. Memang orang akan cop bukan-bukan. Itu normal. Aku cuba hadam gaya hidup di sini. Aku harap aku akan terus mampu bertahan.

Redha adalah perkara utama yang aku harus lakukan tika dan saat ini. Ada hikmah semua ini. Ada ganjaran menanti esok hari. Tiap hari menyedapkan hati diri sendiri. Di tempat terpencil ini. :-)

13 comments:

boni kacak said...

cuba untuk bertahan dan kuatkan semangat :)

misz aisya said...

alhamdulillah, dpt posting lps tggu lame kan. doakan sy pulak lps ni.

xpe kak. nak sesuaikan diri dgn tmpt yg bukan tmpt kita, mungkin amek masa. jnji kite buat baik pd org, xsombong. good luck!

Anonymous said...

Skrg kat sek hampir semua cikgu ada degree.. yg penting jgn rasa sombong x de org hebat didunia.jd cikgu sgt penting ajar seikhlas yg mungkin good luck.. semoga dirahmati Allah.
Frm teacher gak :-)

Unknown said...

kuat kan semangat dan semoga cepat dapat sesuaikan diri..:)

Unknown said...

bersemangat ! dan good luck :)

Dikbee said...

permulaan mmg akan rasa macam-macam.. aku dulu pun kecik2 dah tercampak jauh nun di kuala pilah.. tapi bila dah lama2 timbul rasa sayang.. adat la tu....

aDisH.sHidA said...

pada awal nya mmg terasa janggal sebab kita x biasa di stu...lama2 nanti jatuh cinta la dengan suasana di sana...

apa pun selamat mengjar cikgu ipah..jangan lupa pangkah tarikh di kalendar

Unknown said...

all the best

Cikgu Ma said...

ok la jalan bengkang bengkok masih dekat di sana..saya di s'wak ni...hati lg bengkok...apa2 pon masih bertabah dah 2 tahun setengah kat sini...

tahniah..dh jd cikgu Pah ^_^

Unknown said...

Sekaang mesti ko hepi kannnnnnn...
Chaiyok my gay.,,

Aimacomel said...

Alhamdulillah, Jelebu. Masih dekat lg. My friends, cousin lagi kesian ke Sarawak sana. lagi hulu, lg xde pe.
Awak, dulu sy suka cikgu. Sekarang sy tak suka cikgu. lg2 cikgu sekolah rendah yang mengajar luar bandar. Kenapa? entahlah i hate cikgu yang datangnya ke sekolah hanya niat nak makan gaji dan mengajar pun endah tak endah. jadi cikgu kan senang skg. budak pandai ke tak pandai ke tu bukan masalah besar pada cikgu. Saya harap awak boleh tolong ubah persepsi buruk saya pada cikgu2 yg begini. Serius, sebab saya nampak depan mata dan telinga saya sentiasa diperdengarkan dgn cerita2 cikgu yg begini.

Cik Iffah, all the best to you. Jaga diri, harapan besar di bahumu. hope u r doin well.

Dayang Deno said...

all the best ifa.. ifa dah jadi cikgu.. besar tanggungjawab ifa... :)

kay_are said...

habis r ko kne buli.. =P ape pun selamat maju jaye sebagai sorang guru ye. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers